Showing posts with label Oh My Ganu. Show all posts
Showing posts with label Oh My Ganu. Show all posts

Thursday, April 19, 2018

MBA Graduates

Salam

Alhamdulillah, perjalanan saya untuk menamatkan pengajian Master akhirnya berakhir  secara rasmi pada 11 Mac yang lalu. Allah sahaja yang tahu betapa leganya saya waktu itu. Oh, hampir saja berputus asa sebelum ini kerana merasakan ilmu yang diperlukan diluar kemampuan. Syukur diberi ilham oleh Allah SWT dan dibantu pula oleh adik saya yang pakar matematik yang kemudian berubah karier sebagai baker, Dalila. Seminggu lamanya saya bertapa di rumah Dalila gara-gara mahu menyiapkan thesis ini. Dari awal pagi hingga ke lewat petang kami berbincang, malamnya kami bekerjasama memasak untuk menyambut kepulangan suami masing-masing. Ya, minggu itu, suami dan anak-anak saya juga makan malam di rumah Dalila. Lebih mudah begitu, sampai saja di rumah saya nanti, anak-anak tinggal tidur saja. Kalau mahu memasak di rumah, alamatnya mungkin 12 tengah malam baru anak-anak dapat tidur.

Alhamdulillah, thesis selesai ditanda tangani para pensyarah dan telah di hantar ke Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSZa. Lega dan gembira, keduanya bersatu. Mudah-mudahan semua kerja keras ini mendatangkan hasil yang baik. Untuk anak, suami dan keluarga terutamanya. Thesis saya berbentuk kajian lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian (observation). Saya mengaplikasi Queuing Theory ke atas masalah lebihan waktu menunggu di kaunter-kaunter Pos Malaysia Bhd. cawangan Wangsamaju. Tajuk thesis saya: The Implementation of Queuing Theory for the Optimisation of Service Counter: Case Study of Pos Malaysia Bhd. Ianya hanya thesis Master, tidak setebal thesis berkriteria PhD tapi cukup untuk membuatkan saya rasa bangga dengan diri sendiri. Ini satu bukti perjuangan saya, suami dan anak-anak. Dalam kesibukan kehidupan, pengorbanan yang berpanjangan dan rasa mahu berputus asa yang berkunjung acap kali, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya. Terima kasih Allah, untuk inspirasi, semangat dan kemudahan yang diberikan kepada saya.

Dalam perjalanan ini, saya bertemu dengan beberapa insan baru yang menghulurkan ukhuwah persahabatan yang ikhlas. Saya bersyukur mengenali mereka. Banyak membuahkan kebahagiaan, tempat saya berkongsi rasa dan merasai 'remaja' semula. Hahahaha. Rakan seperjuangan Master saya, muda-muda semuanya. Ada seorang saja kakak yang lebih berusia daripada saya. Berbaki lagi 4 orang, semuanya muda 6-7 tahun dari saya. Ya, saya kakak-kakak sangat bila bersama mereka. Terima kasih Ain, Mekya, Syira, Maryam (dari Tanzania) dan Kak Tie...untuk kenangan yang akan saya kenang selamanya. Saya doakan kalian maju jaya dalam apa jua cita-cita dan taruhan masa depan yang kalian rencanakan.







p/s: Cuba teka apa lagi yang buat saya happy? Turnitin report 2%. Hahahaha. Sorry, can't help it. (*_^)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, October 14, 2017

Wujud Lagi

Salam

Baru-baru ini saya cuba menghantar emel kepada emel saya yanng lama. Seperti yang dijangka, tak wujud dah pun emel tu. Sudahnya saya terima Mailer-Daemon menandakan emel pengirim tidak dapat dihubungi..huhuhu. Jadi hari ini saya cuba nasib, dan kemudian terkejut sendiri. Eh, ada lagi blog ini. Ingatkan sudah terkubur. 

Haish...lama betul tidak menulis. Bila hati begini, berbolak-balik dan sayu, barulah mood menulis tu datang. Tapi sedihnya saya tak dapat meulang masa lama kerana ada tuntutan lain yang perlu didahulukan. Hari ini, genap 3 bulan saya berjauhan dari suami dan anak-anak. Ya Allah, cepatlah semua ini berlalu.. Saya rindukan suami, saya rindukan anak-anak. :'(


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Tuesday, August 8, 2017

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Salam

Siapa sangka kan? Saya akan merasai situasi ini, berjauhan dari suami dan anak-anak. Sendirian di Terengganu, hidup bersama mertua dan dikalangan ipar duai. Tapi takdir Allah itu satu rahsia. Di dalamnya penuh hikmah dan melatih diri supaya redha dan kekal tabah. PJJ ini tidak lama, paling lama pun mungkin mengambil masa sehingga 5-6 bulan sahaja. Syukur alhamdulillah, semoga Allah memberikan yang terbaik.

Tidak ada apa yang mahu saya rungutkan. Hari-hari yang saya lalui ini adalah hari yang Allah aturkan untuk saya. Berbeza dari perancangan yang susun tapi saya tahu ini satu kebaikan yang Allah rencnakan. Mudah-mudahan semuanya  dalam kebaikan dan dipermudahkan. Ameen.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, June 29, 2017

Ramadhan dan Syawal 2017

Salam

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekejap sahaja masa berlalu, dalam tidak sedar sebulan telah kita tempuhi dan Ramadhan sudah pun melabuhkan tirai. Syukur atau kesal dengan amal jariah yang kita kerjakan dalam bulan Ramadhan penuh keberkatan, tetap sahaja dipanjatkan doa agar mudah-mudahan kita akan bertemunya semula di tahun hadapan.

Tahun ini agak kesal sedikit bila tidak berjaya mengkhatamkan Al Quran seperti yang dirancang. Hanya berbaki beberapa Juzu' sahaja tapi tetap tidak cukup masa. Mahu disalahkan pada siapa selain saya yang culas, yang lebih rela menghabiskan banyak masa berteleku di depan buku yang lain berbanding menghadap senaskah Al Quran.

Tahun ini juga agak kesal kerana kurang benar berbanding tahun-tahun lain berterawih di masjid. Di Terengganu masjidnya tidak mesra kanak-kanak seperti di masjid sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi tetap juga kealpaan itu berpunca dari saya kerana sebenarnya ada satu masjid yang saya tahu jemaahnya memesrai kanak-kanak tetapi hati saya meragui 'kemesraan' senibina masjid yang belum sepenuhnya terbina sedangkan ibubapa lain tidak beralasan seperti saya. Mungkin tahun hadapan saya perlu lebih bersangka baik dan bertawakal kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, seperti tahun lepas, Allah rezekikan saya untuk berpuasa penuh. Jadinya ini adalah tahun kedua saya tidak perlu mengganti puasa. Mudah-mudahan saya dapat menyempurnakan rezeki itu dengan Puasa Enam pula. Mudah-mudahan tidak tertewas dengan godaan hidangan bulan Syawal yang sentiasa memikat selera.

Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk berpuasa secara bergilir-gilir dengan Mama dan Abah serta adik beradik, Ibu Mertua serta Ipar Duai dan nenda tercinta yang berada di Kelantan. Syukur ke hadrat Allah yang memberi kesempatan kepada kami semua untuk saling membahagiakan antara satu sama lain. Mudah-mudahan tahun hadapan juga kami akan beroleh kesempatan yang serupa.

Selesai perjalanan Ramadhan yang baru sahaja 5 hari berakhir dan kini kita sedang menyambut Syawal yang kelima. Semoga semuanya beroleh keberkatan hendaknya. Ameen.

p/s: Tidak sabar menunggu hari Sabtu dan berdebar untuk hari Ahad :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Sunday, March 12, 2017

Perjalanan Baru

Salam

Alhamdulillah, hari ini genap sebulan saya memulakan perjalanan baru ini. Cepat sungguh masa berlalu, harapnya setahun ini juga akan berlalu dengan pantas dan mudah. Saya mahu semuanya berkahir secepat yang mungkin. Bukan kerana saya tidak bahagia, tapi kerana kehidupan saya ini bukan lagi untuk suka-suka. Saya punya banyak perkara mahu dicapai.

Perjalanan yang baru sebulan cuma ini sangat mengambil banyak tenaga. Baru sebulan berlalu tapi saya sudah berendam air mata dan kepenatan yang teramat sangat. Sepertinya tekanan ini tidak mampu dikawal walapun saya tidak menolak, ianya menggembirakan saya sedikit sebanyak. Ianya membuatkan kehidupan saya terasa lebih bererti dan saya semakin banyak sebab untuk bangun pagi dan menempuh hari-hari yang mendatang.

Oh Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui...bantulah saya menggapai impian, sempurnakanlah cita-cita saya dan pernudahkanlah perjalanan baru ini. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah...semoga semuanya baik-baik belaka. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Friday, February 10, 2017

سيروا على بركة الله

Salam

Syukur ke hadrat Illahi kerana memperkenankan doa saya dan terima kasih juga kerana memberi rezeki dan memudahkan langkah pertama saya untuk memulakan perjuangan. Perkhabaran yang diterima pada 6 Februari lalu tentu sahaja bakal mengubah kehidupan saya, ianya akan bermula pada 12 Februari ini. Beberapa hari sahaja lagi. Semoga jalan perjuangan ini mudah dan lancar. Saya mahu melaluinya dengan baik dan kemudian meneruskan perjuangan ke peringkat yang seterusnya..yang sudah pastinya lebih sukar.

Ini adalah satu jalan yang berbeza, yang mungkin tidak dipilih kebanyakan para Ibu. Tapi saya mahu mengubah kehidupan saya, mahukan kebaikan mendampingi diri saya. Ini sahaja jalan yang saya tahu walaupun ianya kemungkinan dipenuhi liku-liku, sangkaan baik saya terletak pada Allah SWT. Dialah yang akan membantu, yang akan memudahkan semuanya. Ameen!

12 Februari 2017 satu langkah baru. سيروا على بركة الله


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Tuesday, February 7, 2017

Bukan KL

Salam

Dah sebulan sebenarnya saya consumed Magic Slim. Jujurnya saya  tak turun berat badan pun. Tidak dapat tidak saya kecewa sebenarnya, saya mengharapkan dengan makanan tambahan itu berat badan saya turun. Tapi nak menyangkal 100% kebaikannya tak adil lah pula. Semenjak consumed Magic Slim ni, walaupun berat badan tak turun, sistem perkumuhan berjalan dengan baik. Dulu saya orangnya memang jarang benar menjengah ke toilet (hajat besar) tapi sekarang ianya menjadi rutin harian which is bagus sebenarnya sebab kalau ikut apa yang saya baca, kalau sihat normally kita akan buang air besar 2 kali sehari. Dan itulah yang terjadi bila saya consumed Magic Slim. Jangan salah faham pula ya, dia tak cirit birit ya...dia cuma lawas buang air sahaja. Kesan dari pembuangan yang teratur ni, walaupun saya agak makan berlebihan, berat saya tak naik. Jadi berdasarkan rutin saya, saya simpulkan Magic Slim ini berkesan sebenarnya cuma saya yang tidak berdisplin menjaga makan. Aduhai...bilalah saya nak mula balik diet atkin dan turun berat badan beberapa kilo lagi. -_-'

Pejam celik, pejam celik....sudah hampir 6 bulan saya menetap di Terengganu. Kalau tanya saya masihkah ada perasaan mahu berpindah semula ke KL. Saya kira, sedikit sahaja perasaan sebegitu yang tinggal. Saya sudah selesa hidup santai di Terengganu walaupun terkadang kebosanan juga kerana disini kurang tempat yang boleh saya lakukan aktiviti luar. Sudahnya di hujung minggu pun saya dan keluarga bersantai di rumah sahaja. Tapi bila timbal balik, secara keseluruhannya...hijrah ini lebih banyak kebaikan. Duduk di rumah yang lebih selesa, kurang perkara "lagha" dalam kepala....automatik bertambah aktiviti manfaat yang boleh dilakukan. Mudah-mudahan macam tue la....semakin hari semakin baik hendaknya. Cuma ada la beberapa perkara berbangkit yang timbul tapi...sebenanrnya di mana pun kita berada, masalah tetap ada tidak boleh lari. Harapnya masalah yang timbul ini tidak menghimpit saya sehingga perlu kepada penghijrahan yang seterusnya. Andai memerlukan penghijrahan, saya mungkin tidak lagi memilih KL sebagai tempat saya mahu menetap. Mungkin di Kedah atau Pahang. Mana-mana yang Allah takdirkan terbaik untuk saya.

Bukan apa, saya sangat sukakan KL...saya membesar di sana, keluarga dan sahabat handai semuanya di sana. Tapi saya tidak dapat mengawal diri dari berseronok di KL. Di KL semuanya ada....dari sekecil-kecil benda sehinggakan perkara-perkara besar yang mengkhayalkan. Saya ini tidak kuat iman, mudah sahaja hanyut dalam hiburan dan keseronokan. Lihat sahaja hari-hari saya pulang ke KL...walaupun sekali sekala sahaja, jadual penuh dengan macam-macam benda, window shopping di Aeon, ke kedai buku Kinokuniya, berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa dan sebagainya. Jangan salah anggap, saya tak kata kalau kalian lakukan aktiviti itu, kalian tak baik ya...tapi masalah saya ialah...itu jer la yang saya nak lakukan, berseronok. Jadi masalahnya bukan pada KL atau aktiviti yang dilakukan, tapi pada saya yang tidak dapat mengawal diri. Saya tidak seperti kalian, pandai membahagi masa dan mengawal diri. Saya lemah dan selalu sahaja alpa. *sigh*

Apa-apa pun, doa saya yang sebenar-benar saya panjatkan ialah....biar dimana pun Allah campakkan kami sekeluarga, saya mahu kami berada dalam kebaikan. Dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, diberi ketetapan Iman. Semoga Allah makbulkan.. Semoga kita semua berbahagia di dunia dan di akhirat, dan dijauhkan dari api neraka. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Friday, February 3, 2017

Ya Allah, Jemputlah Aku Menjadi Tetamu Mu

Salam

Beberapa minggu ini asyik terlintas dengan posting FB berkenaan dengan ziarah umrah rakan-rakan. Hati saya terjentik sendiri. Allahu, terasa nak sangat menjejakkan kaki ke sana. Cemburu sebenarnya, ramai kawan-kawan yang muda-muda lagi dah menjejakkan kaki ke Mekah. Masih bertenaga, mampu melakukan ibadat dengan baik (Insyaallah). Allahu, saya cemburu. Dalam hati terasa nak sangat-sangat ada rezeki untuk ke sana. Lama saya tenung gambar-gambar yang mereka kongsikan...gambar mereka beratur menunggu giliran di Raudhah, gambar menaiki Jabal Rahmah, gambar Gua Hira' dan yang paling menyentuh hati...gambar Kaabah. Allahuakbar. Seronoknya. Murah rezeki mereka dikurniakan kesempatan, masa dan kewangan yang baik untuk menjadi tetamu Allah.

Setiap kali perasaan mahu mengerjakan umrah (nak ambil pengalaman buat umrah dulu, baru buat haji ) ini timbul, saya rasa macam...tak sabarnya! Tapi dalam masa yang sama, logik akal semacam membantutkan perasaan teruja. Tapi...PTPTN tak bayar lagi, entah-entah dah kena blacklist dan tak boleh keluar negara. Tapi...anak-anak kecil lagi, nak tinggal pada siapa? Adik semua kerja. Tapi...kalau ke sana banyak pakai duit, mampu ke menyediakan duit secukupnya untuk ke sana, dan untuk yang ditinggalkan di sini untuk perbelanjaan anak-anak. Macam-macam perkara timbul. Jadi bimbang sekejap walaupun rancangan mahu ke sana tu, entah bila akan menjadi. Termenung beberapa ketika, then bila teringat balik, teruja semula. Tak apa lah, aim sahaja mahu kesana..yang lain serah pada Allah. Mudah-mudahan dibukakan jalan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberi kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan.

Baru-baru ini ada satu posting yang dikongsikan secara meluas di lama FB. Banyak perkara yang dikongsikan penulis...gambar-gambar yang dimuat naik juga banyak. Hati saya jadi tak keruan, teruja dan rasa teringin yang amat sangat. Saya tilik betul-betul gambar di sekitar Madinah dan Mekah. Ya Allah...walau banyak perkara yang belum selesai, seolah-olah lambat lagi peluang saya nak ke sana...saya berdoa Allah selesaikan semuanya dan jemputlah saya ke sana secepat mungkin. Saya mahu ke Mekah dan Madinah ketika usia masih, badan masih sihat dan bertenaga. Ya Allah perkenankanlah semuanya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Tuesday, January 24, 2017

Freelance

Salam

Freelance. Begitulah kiranya status saya ketika ini. Kalau nak kata buat business online, orang pandang sebelah mata...yela pendapatan setiap bulan tidak tetap. Belum-belum apa-apa, orang dah terbayangkan kapal yang terumbang-ambing dipukul lautan. Bila kita kata suri rumah sepenuh masa, terus mereka tutup mata...tak pandang langsung. Maklumlah, bunyinya seperti orang pemalas yang tidak berguna, duduk di rumah goyang kaki sahaja. Biarpun graduate degree (hons), tetaplah suri rumah ini dipandang hina. Oh, apalah nasib. Hahaha. Gurau sahaja, I olls tak ambil hati pun dengan pandangan orang. Bukannya mata-mata itu memberi makan kepada kita. Kalau dia tak pandang kita tak rugi, kalau dia tengok kita terbeliak pun kita tidak untung. Huhuhu.

Sebenarnya tajuk freelance tu bersempena dengan secara rasminya I olls telah mendaftar di beberapa buah website untuk bekerja sebagai freelance. Yela, semua kawan-kawan bekerja depan laptop, kita pun nak berangan professional juga. Mengadap laptop, kemudian menaip keletung keletang (mengalahkan bunyi periuk belanga)...tahu-tahu sahaja hujang bulan dapat duit. Hahaha. Insyaallah! Baru hari ini sebenarnya daftar, jadi belum ada apa-apa kerja pun lagi, sebab tu lah saya ada masa keletung keletang update blog. Kalau dah banyak projek masuk nanti, mungkin blog ini akan sedikit terabai. Oh...

Itu sahaja untuk hari ini, tiupan angin dari sliding door sangat menyeramkan bunyinya...macam ada suara dengusan garau yang kasar. Malam-malam kalau nak bangun seorang pun takut jadinya (jangan jadikan ini alasan tak bangun tahajjud ya!). Oh Terengganu yang sedang sejuk...menyebabkan daku malas mahu mandi dan malas bangun pagi (dasar suri rumah! Heh).




Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, January 19, 2017

Steamboat: Seoul Garden vs. Flaming Steamboat vs. Tupai-Tupai

Salam

Alhamdulillah, beberapa hari lepas suami telah pun menerima surat rasmi dari senate berkenaan dengan pangkat doktor falsafah yang diterimanya. Syukur ke hadrat Illahi, isteri doktor falsafah juga saya akhirnya. Hehehe. Mudah-mudahan, saya pula dapat doktor falsafah beberapa tahun akan datang. Insyaallah.

Baru sahaja beberapa hari pulang ke Terengganu, saya sudah rindukan adik-adik yang di KL. Tak cukup rasanya meluang masa 5 hari bersama mereka. Mengayuh basikal di FRIM sehinggakan Syaza muntah-muntah, kemudian seharian pula ke SOGO membeli belah dan ke Sunway Putra pula menikmati Seoul Garden. Itu kali pertama saya makan Steamboat di Seoul Garden, sebelum ini makan di Tupai-Tupai dan Flaming Steambot. Secara keseluruhannya, saya menikmatinya walaupun harganya sedikit mahal berbanding Steamboat yang lain. RM45 seorang kalau tak silap. Variety makanan tidaklah terlampau banyak tetapi dia punya perapan kambing dan daging memang superb. Tengah menaip blog ni pun kecur air liur teringatkan kambing dia. Sedapnya!! Hehehe. By the way, dekat bawah ni saya sediakan ringkasan rating Steamboat yang pernah saya cuba.


Flaming Steamboat
Tupai-Tupai
Seoul Garden
Variasi Makanan
****
****
***
Perapan
-
-
*****
Sos
***
***
****
Makanan Laut
*****
***
***
Makanan Sampingan
*****
****
***
Sup/Tomyam
****
****
****
Grill
-
-
*****
Aiskrim
*****
****
***
Air
*****
*****
**
Harga
RM30.99
RM39.00
RM40.45

Beginilah ratingnya secara ringkas ya. Maaf la, akak biasa makan yang ini jer la Steamboat. Lepas tu tak mencuba dah. Kesimpulannya...kalau nak makan yang macam Tomyam tu, berbaloi ke Flaming Steamboat...Tomyam dia sedap, sos dia sedap, makanan dia sangat banyak dan seafood dia fresh. Kalau suka yang jenis grill...pergilah ke Seoul Garden...perapan dia memang awesome cuma kuah Tomyam dia biasa sahaja. Makanan dia tak berapa banyak dan air dia ada caj untuk permulaan tu...lepas tu boleh refill macam biasa. So lebih kurang RM45 juga seorang lepas caj air. Kalau di Tupai-Tupai, makanan memang banyak tapi lebih kepada fish ball, crab ball and etc. Tak fresh macam yang disediakan di Flaming Steamboat, yang lain pada saya seperti biasa, makanan banyak tapi air kena order...so extra charges ya...tak boleh refill...kena order lain. Oh ya, di Flaming Steamboat dan Tupai-Tupai tak ada grill.

Ini berdasarkan selera saya jer tau, you all pandai-pandai la menilai ya, yang mana memenuhi selera perut dan poket anda. Nanti kalau saya cuba lagi, saya review lagi. Sekian sahaja...selamat mencuba!!



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Monday, January 9, 2017

Diet

Salam

Hari ini nak kongsi satu cerita rahsia. Bukanlah rahsia sangat sebenarnya cuma saya tak cerita pada kawan-kawan, hanya keluarga sahaja yang tahu. Tapi disebabkan semalam saya ambil satu langkah yang baru, jadi saya rasa saya patut coretkan di sini sebagai rujukan saya di masa akan datang nanti.

DIET

Aduhai, kalau cakap pasal diet ni, entah berapa tahun dan sebenarnya saya berazam untuk kurus tapi tak pernah menjadi. Pernah sekali berazam waktu kurus, tiba-tiba pregnant kan Rauhah pula. Jujurnya saya mulai gemuk (BMI overweight) bila saya mula mengandungkan Rauhah. Selepas pada bersalin Haris, badan saya sudah berisi berbanding dulu tapi BMI masih normal. Bila mengandungkan Rauhah, nafsu makan memuncak, mencanak-canak (sebegitu dahsyat sekali)...sudahnya di akhir kandungan, berat saya menceah 85kg. Tapi waktu mengandung, kenaikan berat badan ni saya tak kisah asalkan semua yang rasa nak makan, saya dapat makan. Tapi alhamdulillah, walaupun kuat makan, saya tidaklah mengidam benda pelik-pelik, mungkin sebab nafsu makan tu ada...so tak la rasa nak makan yang bukan-bukan. Sebab bagi saya, selalunya ibu yang tak berselera itulah yang selalu mengidan yang pelik, mungkin sebab nak naikkan selera kot. Nafsu saya makanan biasa-biasa sahaja, cuma banyak permintaan. Hahahaha.

Berbalik ke topik asal. Sebaik sahaja bersalinkan Rauhah, berat turun 7kg...mungkin hasil dari berpantang, tapi habis sahaja pantang, saya mula makan tidak sedar diri. Mana tidaknya, perut dah biasa mengembang sebab mengandung, jadi sudah terbiasa meregang, makanya...makanan yang perlu diisi juga terasa banyak. Sudahnya, saya naik semuala hingga mencecah 80kg. Teruk! Kemudian selama hampir 2 tahun saya maintain dengan berat yang sama. Mula-mula tak rasa apa-apa dengan kegemukan yang melanda diri sehinggalah lama-kelamaan saya sendiri jadi tak gembira bila melihat penamplan diri di cermin. Kalau di tanya orang sekeliling, rata-rata akan meyakinkan saya yang saya ini tidak gemok. Ditambah pula dengan ketinggian dan jubah, lagilah ramai yang membertitahu mereka tengok saya ini tidak berubah sahaja badan. Pfft..saya gemuk, mohonlah percaya....tengok dagu yang berlapis-lapis ni.


Maka bermulalah diet saya secara rasmi pada 7 November 2016. Saya mulakan dengan diet Atkins. Pada saya diet ini lebih mudah, saya hanya perlu makan lauk seberapa banyak saya suka. Nasi dan segala bentuk makanan yang mempunyai gandum (sphagetti, laksa, kuew teow, cekodok, roti dan sebagainya) adalah harom. Hehehe. Pada saya diet ini lebih mudah di kawal berbanding dengan diet mengira kalori. Makan nasi tapi sedikit sahaja. Pada saya susah. Cuba bayangkan makan nasi, ada pula sambal belacan dan ulam-ulaman, tapi nasi boleh makan sikit jer. Confirm tak puas. Lebih baik jangan makan nasi terus, makan lauk sahaja. Itu lebih mudah bagi saya. Bermulalah diet Atkin saya dengan bahagia...seronok sahaja makan lauk, Ayam Panggang, Salmon Grill, Hard Boiled Eggs and etc. Semingg diet saya turun 4kg!! Apa lagi, bukan main saya bersemangat. Terus rasa sinar harapan nak kurus tu memancar-mancar. Huhuhu.


2 minggu kemudian saya timbang lagi, turun lagi 2kg. Saya seronok, terus berkira-kira...cukup 2 bulan lagi dah boleh kembali ke berat anak dara iaitu 56kg (berat ideal untuk ketinggian saya 172cm). Cukup sebulan diet, saya buat cheat day...keluarlah makan Pizza Hut kononnya...bila dah merasa cheat day, kita merasa dengan sesungguhnya. Malam cheat day tu, makan pula kek Secret Recipe. Sudahnya, selepas 2 minggu saya timbang balik, saya nak 2kg. Allahu, sedih saya waktu itu. Rasa macam nak give up pun ada sebab cheat day nya sehari jer...maknanya nikmatnya sekejap je, tapi akibat dia tu lama betul padahal saya diet lagi selepas pada itu. Jadi berat saya waktu ini, 76kg. Dalam sedih tu, suami pun memujuk, alhamdulillah, saya kuatkan semangat, saya diet lagi. Cukup seminggu saya timbang, turunlah 2kg. Tapi hati ni dah terasa tak sabar dah lambatnya turun kan... Jadi waktu ni dah mula dah ambil makanan bergandum sikit demi sedikit. Jadi penurunan berat badan tu perlahan.

Cukup 1 1/2 bulan diet, saya mula senaman. Google la macam-macam jenis Zumba...dan terjumpa juga la senam Aerobik bersama Bipasha Basu.. So bersenamlah saya selama 30 min sehari secara rutin. Bila ditimbang semula berat badan saya sudah 72kg. Lega hati bila angka hampir mencecah 60an. Tapi masalah baru pula timbul, berat badan saya tak turun-turun. Bila makan dia naik, tak lama lepas tu dia turun...tapi dia tak turun lebih dari 72kg. Duduk di takuk tu la berat saya. Bingung juga sehinggalah saya ambil keputusan untuk bertanya pada Kevin Zahri (semangat tak?). Katanya ini adalah Plateu...kesan di mana badan sudah mula membiasakan diri dengan diet dan senaman yang kita buat, jadi ianya tak berkesan lagi utnuk mengurangkan berat badan. Nasihat beliau supaya saya tukar diet dan senaman. Sekali lagi...meng'google' la senaman yang ada di internet tu.

Berkenaan dengan diet, saya fikir saya mahu mengambil langkah tambahan untuk membantu saya mengurangkan berat badan. Saya tinggalkan Diet Atkins dan mula makan buah-buahan sahaja (masih puasa nasi). Saya juga mengambil supplement untuk turunkan berat badan Magic Slim (terpengaruh dengan perubahan Rosma dan adik beradiknya). Hari ini hari kedua saya mengamalkan supplemennt itu. So far so good. tak cirit birit dan sebagainya. Kalau diikutkan pada kandungan, insyaallah supplement ini bersifat semulajadi, harapnya tidak adalah kesan sampingan. Insyaallah. Jadi hari ini 9 Januari 2017, saya bermula dengan berat 72kg. Nanti lagi sebulan kita timbang tengok macam mana. Target saya 1 bulan turun 5kg. Ameen!!

p/s: Kalau tak turun 5kg kita tukar supplement ya...huhuhu. Kalau diet menjadi kita share gambar ya.. ^_^



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, January 5, 2017

Motif Viral

Salam

Saya lihat kebelakangan ini, viral di Facebook sudah menjadi satu kuasa besar di dalam kehidupan kita sehinggakan semua orang pun mengejarnya. Semua benda mahu diviralkan dan semua orang mahu menjadi viral. Tidak melampau kalau saya katakan sesetengah dari kita berpendapat viral itu satu ruang untuk kita mencari rezeki dan mengubah kehidupan. Saya lihat itu yang berlaku sekarang ini. Saya melihat viral ini menjadi masalah kerana beberapa isu.

1. Viral dengan Teknik Pemasaran Kotor.
Lihat saja impak kepada teknik pemasaran yang berpura-pura membuat laporan polis ke atas sesuatu jenama dan lakonan memaki hamun penjual kerana tahap keberkesanan sesuatu produk. Peniaga-peniaga ini melariskan jualan mereka melalui lakonan. Melakonkan pelbagai situasi yang bakal menyebabkan orang tertanya-tanya dan ingin mengambil tahu tentang produk mereka. Lakonan ini kemudiannya dimuat naik ke Facebook dan warga Facebbok beramai-ramai meng'viral'kan video tersebut. Selesai. Berjayalah teknik pemasaran mereka yang menggunakan tipu helah untuk menarik minat orang ramai. Baikkah begitu?

2. Viral dengan Hal Peribadi
Tidak kurang juga yang meng'viral'kan kehidupan peribadi yang sepatutnya tidak diwar-warkan kepada umum, seperti kenyataan Rozita Che Wan mengenai usaha suaminya untuk menghamilkan beliau lagi. Sungguh tidak ada keperluan perkara itu diceritakan dan kemudian di'viral'kan pula oleh warga Facebook secara besar-besaran. Kemudian viral mengenai seorang remaja yang mengaku kacukan dan sebagainya. Dia menjadi terlalu viral sehinggakan kehidupannya (yang tidak patut dicontohi) menjadi ketahuan ramai. Saya bimbang melihat situasi begini. Bagaimanalah tahap intelek kita andai perkara sebegini menarik minat kita sehingga kita memilih untuk mengongsikannya di laman Facebook. 

3. Klik dan Viral
Saya faham bila melihat video-video lucu di'viral'kan...mungkin anda berasa lucu dan mahu sahabat lain tertawa sama. Tapi cuba fikir kembali, anda kongsikan sesuatu kisah, video atau maklumat itu untuk apa? Mendatangkan manfaatkah? Silap hari bulan, orang sekeliling kalian terikut sama dengan gaya hidup remaja banyak kacukan yang nampak menyeronokkan. Tak perlu fikir masalah, berhibur dan berhibur sahaja kerjanya. Kita langsung tidak peduli kan? Sahih atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya...yang kita tahu kita klik dan kita share. Tidak terfikir yang kita klik dan share itu menambah pahala yang banyak atau menjadi dosa yang bertimbun...yang mungkin akan berterusan menimbun sehinggalah Facebook ini ditutup (Bila tu? Mungkin kiamat)

4. Berkuasa bila Viral
Ada juga yang menggunakan kuasa viral mereka untuk mengutuk atau menghina orang lain. Tidak boleh berlainan haluan atau berbeza pendapat, terus sahaja si musuh di'viral'kan dan mengajak para penyokong menghina dan mengutuk si musuh secara berjemaah. Ada masanya saya nampak juga keperluan sesuatu perkara itu dibangkitkan, ada masa saya lihat...viral telah menjadikan kita buta tentang apa yang betul dan apa yang salah. Malah ianya menjadikan kita tidak dapat membaiki diri, mana tidaknya asal dikritik, kita terus gunakan kuasa viral kita, memanggil kawan-kawan untuk menyerang balas si kritik tanpa memikirkan perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki diri, membaikpulih sistem atau apa sahaja yang memanfaatkan masyarakat. Dalam kepala kita hanya memikirkan hit LIKE dan SHARE yang bakal kita terima dan juga sokongan dan pujian para peminat yang melambung-lambung.

5. Mahu Viral
Aduhai, tepuk dahi tengok mereka ini. Ada yang sanggup muat naik video diri sendiri berkelakuan pelik, tidak senonoh dan memalukan...dan ada juga yang sanggup membuat perkara berbahaya yang tidak sayangkan nyawa. Kalau dilihat video parody yang bermacam-macam, memang geleng kepala dibuatnya...harap sangat tidak jadi menantu. Sama juga dengan video melakukan perkara ekstrem tanpa apa-apa langkah keselematan. Allahu, tidak sayang nyawa atau macam mana? Bila kita tegur begini, ramailah yang membela..siap ada yang mahukan kebebasan seperti mat salleh lagi. Alahai...janganlah mahu kebebasan hidup seperti orang yang tidak punya agama. Islam itu ada matlamat dan tujuannya, bukan kebebasan yang tidak akan memberi makna atau hanya mampu menyumbang kepuasan sementara. Jangan salah faham, saya tidak anti sukan ekstrem, yang saya tekankan disini...panjatlah mercu tanda Ipoh atau Kuala Terengganu sekalipun, tak ada masalah...cumanya ambil langkah keselamatan. Yela, kalau berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecacatan, cuba kalian fikir, berbaloikah? Lebih memberi kepuasan dan kenikmatan lagi andai kalian bertarung nyawa membantu menghantar makanan kepada mangsa banjir. Segan saya. Dalam kesibukan rakyat Rohinya dan Aleppo dibunuh...ada remaja kita yang mahu mati kerana memanjat mercu tanda atau sedang beraksi motor. Please remaja yang berjiwa kental sekalian, gunakanlah keberanian, kelincahan dan tenaga kalian untuk perkara yang bermanfaat...yang bila tua nanti kalian tidak akan mengeluh kesal di kerusi malas sambil merenung keluar tingkap dan berfikir dengan mendalam betapa banyak perkara bermanfaat yang kalian dapat lakukan dengan tenaga dan keremajaan yang Allah bekalkan.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Tuesday, January 3, 2017

Tahun Baru (2017)

Salam

Kita sudah pun memasuki tahun baru, bermakna tahun lepas, 365 hari sudah berlalu. Saya terfikir sendiri, 365 hari yang sudah, apa yang saya lakukan. 365 hari, satu jangka waktu yang amat panjang, apakah ianya satu garis waktu yang bermanfaat atau hanya satu pembaziran usia dan masa.

2016

Tahun ini saya membuat keputusan yang besar dalam kehidupan saya. Saya berpindah ke Terengganu, mengotakan janji kepada arwah bapa mertua untuk berpindah ke sini dan 'mewarisi' maahad tahfiz yang diasaskannya. Itu rancangan kami. Rancangan asal yang kini kami lalui dengan sangat berbeza. Jauh sekali dengan apa yang kami rancangkan. Saya kira inilah ujian terbesar 2016 yang tentu sahaja akan di bawa ke 2017. Kalau mahu diceritakan perasaan ketika ini, mungkin bakal menimbulkan fitnah. Cukuplah sekadar saya mencoretkannya sebagai satu pengalaman dan pengajaran terhadap saya dan keluarga. Di sinilah saya kira, kata-kata seperti, "Kita merancang dan Allah juga merancanga dan perancangan Allah itulah yang paling baik" paling terasa. Ketika inilah perlunya kekuatan dan perasaan redha yang tinggi..percaya dan menerima segala Qada dan Qadar serta percaya setiap yang belaku itu ada hikmahnya. Mudah-mudahan, dalam sedih dan duka, susah dan payah....Allah datangkan senang dan kelapangan, cinta dan bahagia...nikmat iman dan balasan syurga. Itu yang paling penting sekali. Saya merasakan saya sudah melakukan yang terbaik dari semua sudut...tapi saya sendiri tahu, saya yang penuh kelemahan ini pastinya ada kekurangan di mana-mana.

2017

Tahun yang mempunyai segala impian dan harapan saya. Banyak perancangan yang saya atur untuk melalui 2017. Perancangan untuk diri sendiri dan keluarga. Saya mahu memanfaatkannya dengan lebih baik, sesuai dengan usia saya yang sudah mencapai 30 tahun. 2017 ini ada satu cita-cita yang sangat tinggi, yang hati saya sangat meronta-ronta mahu berkongsi tapi saya tak berani. Takut cita-cita itu menjadi satu harapan yang tidak kesampaian atau menjadi angan-angan yang diperlekehkan. Jadi saya serahkannya kepada Allah SWT, yang semestinya sudah mengaturkan sesuatu untuk saya. Walau begitu saya tetap akan berusaha kerana takdir sesuatu kaum itu tidak akan diubah melainkan oleh mereka sendiri. Allah. Allah. Allah. Sangka baik saya terletak pada Allah. Semoga semuanya diperkenankan, malah dipermudahkan untuk saya. Walau mungkin niat asal cita-cita ini tercipta bukanlah satu niat yang murni, tapi saya percaya, dalam perjalanan merealisasikan cita-cita ini, Allah akan pertemukan saya dengan kebaikan dan melalui kebaikan itu niat saya akan bertukar, dan saya akan melakukannya dengan niat dan matlamat yang lebih baik lagi. Ya Allah, perkenankanlah doa-doa yang saya lantunkan di setiap tadahan tangan dan doa-doa yang saya bisikkan di setiap tunduknya sujud.

2017....semoga segala impian tercapai  dan semoga segala kekusutan semakin terlerai dan mengurangkan  segala resah dan lelah di hati. Ameen.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Tuesday, December 27, 2016

Wahai Orang Yang Berselimut

Salam

Saya bukanlah seorang yang rajin beramal ibadat. Lebih kepada malas orangnya. Ada masa tertinggal solat, ada masa juga terlewat. Al Quran tertinggal dari jadual kehidupan saya, ada masa saya lebih rela membaca novel dari membuka kalam Allah itu. Dikesempatan yang ada saya berdoa kepada Allah agar menjadikan saya orang rajin solat, yang khusyuk ketika solat dan orang yang rajin dan serta bersungguh-sungguh dalam melakukan suruhannya. Itu doa saya, ketika saya solat.

Alhamdulillah, walaupun jauh benar dari alim ulamak atau para solihin, saya tahu Allah yang Maha Penyayang, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani itu memakbulkan doa saya. Saya berubah sedikit demi sedikit dan saya mengharapkan perubahan ini semakin baik dan kekal selamanya. Saya mahu menempah syurga Allah dengan rahmat Allah yang luas itu dan dengan amal ibadat saya yang sedikit cuma. Saya mahu menjadi orang yang berbahagia di syurga...bersama ahli keluarga yang tercinta.

Hari ini, saya bangun awal sedikit dari biasa....sebelum azan Subuh berkumandang. Dengan masa yang terluang, saya solat...dan kemudiannya mengaji, membaca Al Quran. Dan di dalam hening malam itu, Allah menyentuh hati saya. Saya buka lembaran Al Quran, dan Surah Al Muzammil tertera di hadapan saya tanpa saya fahami maksudnya. Baca sahaja ayat pertama, saya terhenti seketika. Tiba-tiba tergerak untuk mengetahui maksudnya. "Wahai orang-orang yang berselimut (Muhammad)" Al Muzammil, Ayat 1. Saya jadi berdebar-debar tapi saya tetap menghabiskan bacaan saya sehinggalah ayat terakhir. Selesai pembacaan, saya membaca makna surah itu pula. Sungguh seperti Allah menyentuh hati saya. Sedih. Teharu. Itu yang saya rasakan sekarang. Ayat terakhir surah itu seperti benar-benar menyuruh saya bangun malam dan mengadu pada Allah SWT,

"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau (Muhammad) berdiri (solat) kurang dari dua pertiga malam atau seperdua malam, atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu. Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menentukan batas-batas waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah daripada apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran; Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit, dan yang lain berjalan di bumi mencari sebahagian kurniaan Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah bagimu dari Al Quran dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya  disisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sunguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang". Al Muzammil, Ayat 20

Saya menangis, terkesan dengan apa yang saya baca hari ini. Walaupun dalam keadaan bacaan yang tidak lancar, Allah masih sudi menyentuh hati saya. Terasa seperti kesukaran dan kesedihan yang saya rasakan waktu ini, Allah tahu semuanya dan Allah mahu saya mengadu kepadaNya. Mungkin selama ini saya lalai, saya tercari-cari pendengar yang baik sedangkan Allah lah pendengar yang baik. Yang saya tidak perlu risau pun dia akan membocorkan rahsia atau mengaibkan saya. Allah. Allah. Allah. Terima kasih kerana masih mengingati saya walaupun saya ini selalu sahaja lupa dan alpa. Mudah-mudahan malam ini menjadi titik permulaan kepada saya untuk bangun pada malam hari, berdoa dan bertahajjaud kepada Allah. Saya mahu menjadi lebih baik, hari demi hari..sejajar dengan menginjaknya usia dan kesuntukkan waktu yang kita ada kerana ajal yang tidak tahu bila akan tiba. Mudah-mudahan kita semua mendapat khusnul khatimah.

p/s: Saya tidak berniat untuk menunjuk tentang amal ibadat saya malah jauh sekali berasa kagum dengan diri saya sendiri. Saya ini insan yang lemah, perlu lebih banyak perubahan dan penambah baikan. Penulisan ini hanya bertujuan untuk kebaikan, semoga menjadi peringatan untuk saya dan memberi manfaat pada orang yang sudi membaca. Wallahualam.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, December 24, 2016

Lapang Sebelum Sempit

Salam

Sedak tak sedar, sudah 4 bulan saya menetap di Terengganu. Menetap di sini memberikan saya banyak masa lapang. Bosan saya jadinya, mati kutu tak tahu berbuat apa. Tapi bila saya sedang menullis di sini, tiba-tiba terlintas di fikiran saya...mungkin ini ujian Allah untuk saya. Ujian lapang sebelum sempit. Sebaiknya waktu ini saya manfaatkan dengan perkara-perkara yang baik. Jujurnya, saya punya rancangan untuk dilaksanakan, cuma buat masa ini saya rasa keadaan masih belum sesuai. Keadaan saya sekeluarga masih belum mampu. Saya berharap sangat Allah memudahkannya secepat mungkin, sementara semangat saya masih membara dan perasaan saya sedang berkobar-kobar.

Handphone Lenovo yang dihadiahkan Abah, yang saya gunakan untuk tujuan business rosak pula. Yang tinggal hanya telefon Oppo. Geram pun ada kerana kebanyakan maklumat customer semuanya berada di dalam handphone Lenovo tu. Niat mahu membaiki tapi sayang mahu habiskan ratusan duit untuk handphone yang sensor screen nya agak lemah. Baiklah saya laburkan duit membeli handphone yang baru...tapi bagaimana dengan maklumat customer? Dilema orang tak berapa nak kaya...huhuhu. Dalam kalut memikirkan maklumat yang hilang, saya terlupa yang saya hilang sesuatu yang lain juga. Semuanya jadi teringat bila saya mahu menulis bab baru utnuk novel saya. Eh, tak ada dalam handphone Oppo? Habis yang selama ini tulis panjang-panjang di mana? Fikir punya fikir, baru teringat, dalam Apps Evernote dalam handphone Lenovo juga. Allahu...geramnya rasa, novel itu saya tulis dari masa ke semasa, mengikut idea yang datang tak kira masa. Tengok-tengok semuanya hilang begitu sahaja. Mungkin perlu juga saya habis ratusan ringgit membaiki handphone Lenovo itu. Kemudian beli handphone baru? Entah...tapi malas nak terus guna handphone tu sebenarnya sebab dari dulu lagi kurang senang dengan sensor nya yang lemah. Banyak typo dan lembab. Masalahnya maklumat dalam tu penting untuk saya dapatkan. Tapi tak kan nak baiki, dapatkan maklumat dan tak guna handphone tu dan beli baru. Membazir jer. Aduhai...

Saya masih minat menulis. Jadi saya masih kekalkan blog ini di sini, biarpun ambil masa bertahun juga mahu mengemaskni satu-satu post. Biarlah. Ada masa saya tulis, tak ada masa, biarlah ia berkepuk. Saya bercita-cita mahu menerbitkan dua biji buku sebenarnya, pertama sebuah novel yang menceritakan tentang kisah suami isteri yang berpoligami, pahit dan manisnya...dan kedua sebuah buku bukan fiksyen yang menceritakan pengalaman saya, yang saya kira sangat berharga dan jarang di alami orang ramai. Pengalaman ini mengajar saya banyak perkara dan saya amat berharap hasil perkongsian itu dapat memberi sedikit ilmu dan pengetahuan asas kepada masyarakat bila mana perlu melalui situasi yang saya alami. Ya...saya mahu menerbitkan buku. Tapi untuk memberikan komitmen sebegitu jitu, saya perlukan banyak masa. Perlu fokus dan duduk menghadap laptop berjam lamanya. Oh....kalaulah saya berteleku di depan laptop berjam-jam, kelaparan lah anak-anak yang tak pernah kenyang itu, walaupun baru disuapkan nasi 5 minit yang lalu. Itu belum lagi difikirkan tentang kerja rumah...kain dan sebagainya. Mungkin dah sampai masa saya ambil orang gaji (bila berkemampuan). Hahaha.

Ini coretan saya, tentang kehidupan saya, angan-angan dan impian, perkongsian pengalaman dan pandangan. Saya suka menulis. Mudah-mudahan suka itu selamanya kerana pada saya ia boleh menjadi salah satu medan amal jariah yang berpanjangan untuk saya. Maklumlah, kalau mahu berbual bicara, tidak ada slot TV yang sudi memanggil saya. Huhuhu. Eh, tapi kalau nak panggil boleh saja, tak ada masalah. Saya suka untuk berkongsi pengalaman berkahwin ketika belajar, mempunyai anak ramai ketika belajar, membahagi masa antara suri rumah dan berniaga online. Hehehe.


p/s: Widad Jannati. Syurga Cinta. Semoga kita semua mengecapinya...menjadi orang yang menyajikan cinta dan menjadi orang yang menerima cinta. Cinta yang membawa kita ke syurga.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, November 10, 2016

Masa Terluang

Salam

Saya tak pasti samada blogger ini masih relevant atau tidak pada zaman sekarang. Dulu semua orang menulis blog, siap ada yang jana pendapatan melalui blogging. Saya masih ingat beberapa rakan yang membuat business card dan menulis karier sebagai blogger. Tapi sekarang ini, Instagram dan Twitter (dan mungkin snapchat) lebih trending. Saya masih mahu bertahan dengan blogger, bukan kerana saya menjana pendapatan melaluinya. Tapi ianya satu-satu tempat yang saya boleh karang sepanjang mungkin. Oh, saya teringat pada blog pertama saya rabiatulnabilacj...kalaulah blog itu saya tak delete, tentu banyak sekali posting saya. Dulu saya tersangatlah rajin menulis. Setiap hari pun menulis, in fact saya memang ada masa khusus untuk menulis blog. Jauh sungguh bezanya dengan sekarang, masa kosong cepat-cepat saya mahu tidur atau menjahit...huhuhu.

Cakap pasal menjahit,saya nak minta sokongan kawan-kawan untuk LIKE atau FOLLOW FB dan Insta kraftangan saya. Saya sekarang semakin aktif menjahit, macam-macam saya buat. Makin semangat sebenarnya, saya sedang belajar menjahit baju kurung. Sebenarnya dah siap sehelai yang bersaiz anak patung dan sedang berazam untuk menjahit baju kurung Zahra, Wardah dan Rauhah. In fact, saya telah membeli kain secara sembunyi-sembunyi dari suami. Hahaha. Sungguh tak patut. Sebenarnya suami saya tidak pernah sekali pun melarang saya dari membeli sesuatu, tapi bila saya bagitahu jer saya nak beli barang....dia akan menyatakan pendapat bernasnya yang tidak wajib diikut. Tapi selaku isteri mithali, kalau suami bagi pendapat, rasa bersalah sangat tak ikut. Jadi saya ambil keputusan tak payah bagi tahu terus, tak dapatlah dia memberi pendapat. Bila barang dah sampi nanti, semua pendapatnya sudah pun menajdi bubur. Hahaha.

Dah beberapa bulan saya menetap di Terengganu dan kesimpulannya saya rasa bosan. Bukan salah Terengganu, tapi kerana saya yang masih belum biasa dengan kelegangan Terengganu. Saya sudah biasa membesar dengan kesibukan Kuala Lumpur. Tambah pula bosan bila disini saya tak kenal sesiapa, hanya suami, anak-anak dan keluarga mertua sahaja. Dan yang paling terkesan sekali, disini tak ada shopping mall untuk saya berjalan-jalan. Sudahnya, kalau mahu bersosial, saya dan anak-anak ke Mydin saja. Itu pun untuk beli barang keperluan. Kalau mahu window shopping, disini tak ada window untuk di shopping. Hehehe. Tapi tak apa, bak kata suami, mungkin ini semua akan mendidik saya menjadi insan yang lebih baik. Duduk di rumah, mengaji Quran...hahahaha. Kejam sungguh!

Anyway, tak ada apa sangat yang mahu dicoretkan sebenarnya tapi ada masa lapang dan anak-anak tak pula bersibuk dengan saya. Jadi saya menulis. Hehehe. So di akhir post ini, saya persembahkan kepada kalian karya Felt saya. Siapa berminat nak beli boleh whatsapp saya ya... 012-2118905












Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, October 13, 2016

Doktor Pujaan Hati

Salam

Dulu sewaktu di sekolah menengah saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar bedah jantung. Minatnya saya pada jantung waktu itu, sehingga saya mampu melukis anatomi jantung dengan baik termasuk mengingati bagaimana aliran oksigen dan darah di dalam jantung. Saya boleh melabel struktur jantung dengan baik dan menghafal kepentingan setiap struktur tersebut. Sebegitu sekali saya meminati jantung.

Sayangnya minat saya hanya pada jantung dan Biologi sahaja. Fizik dan Kimia saya tidak ambil peduli. Pada saya Fizik membosankan. Untuk apa saya mempelajari perihal kelajuan, daya dan sebagainya sedangkan saya tidak memerlukannya dalam kehidupan. Berbeza dengan Kimia, saya rasa seperti punya keperluan memahaminya...sekurang-kurangnya saya fikir sebagai seorang doktor saya perlu ada asas Kimia untuk tahu kandungan ubat...atau pun untuk mencipta ubat. Malangnya pada saya, Kimia terlampau rumit. Formula dalam jadual yang berpetak-petak itu sungguh susah untuk dihafal.

Jadi....waktu keputusan SPM keluar...keputusan Kimia dan Fizik saya teruk. Maka terkuburlah impian saya untuk menjadi doktor pakar bedah. Dengan keputusan Fizik dan Kimia sebegitu saya tahu, saya tidak mungkin diterima masuk ke mana-mana universiti untuk melanjutkan pengajian sebagai seorang pelajar kedoktoran.

Jadi saya menukar cita-cita.

Saya mahu berkahwin dengan doktor. Tidak kiralah doktor apa pun, asalkan doktor. Begitu mudah saya rumuskan hidup saya setelah gagal menjadi doktor. Pada saya...kebahagiaan menjadi doktor dapat ditukar ganti dengan kebahagiaan mengahwini seorang doktor. Dan...impian budak hingusan itu Allah makbulkan. Insyaallah, esok suami saya akan menempuhi pembentangan tesis (viva) PhD nya dan akan bergelar doktor falsafah, insyaallah!

Terima kasih Allah kerana mengabulkan impian saya untuk berkahwin dengan seorang doktor. Bukan itu sahaja, melalui doktor ini...dia telah banyak mengubati hati saya, menceriakan hidup saya dan menjadikan saya ibu dan isteri yang gembira. Semoga jodoh saya dengan Dr. Ahmad Izzuddin b. Abu Bakar kekal hingga syurga. Ameen!



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Monday, September 19, 2016

Hijrah

Salam

Bila semak kali terakhir saya menulis, Januari yang lalu...maknanya dah 8 bulan berlalu. Baru 8 bulan tetapi terlalu banyak yang terjadi. Saya kini sudah pun menjadi warga Terengganu. Ya saya sudah berpindah setelah bertahun-tahun saya canangkan tentang perhijrahan ini sehingga ada di antara kawan-kawan yang tak percaya pun saya akan berpindah. Hahaha.

Alhamdulillah, kehidupan di sini memuaskan hati. Rumah yang lebih baik dan suasana yang lebih harmoni. Kenapa saya kata harmoni? Sebab jalan tak jem sama sekali. Huhuhu. Kalau dulu di KL, kita naik hairan bila perjalanan lancar, tapi sekarang setiap hari pun lancar. Banyak masa perjalanan yang dapat dijimatkan walaupun saya rasa di sini tidak ada one stop centre. Jadinya kalau nak selesaikan sesuatu kerja kena pergi ke banyak tempat. Kalau di KL, satu tempat boleh selesaikan banyak perkara. Saya bagi contoh, kalau nak beli barang dapur, nal pos barang dan selesaikan bill...di KL pergi sahaja ke JJ atau NSK semuanya selesai. Di sini, barang-barang basah boleh di dapati di pasar manakala barang kering boleh di dapati di kedai runcit, kemudian kena pula ke pejabat pos. Maknanya kena naik kereta pula menuju ke kedai runcit dan sebagainya. Tapi syukurlah jalan tak jem. Kalau jem, mahu sepanjang hari keluar membeli barang sahaja jadinya.

Saya masih belum betul-betul menerima Terengganu atau sebenarnya Terengganu masih belum menerima saya...saya pun tidak pasti. Tapi saya selalu sahaja bersedih dengan makanan-makanan yang dijual di sini, selalu sahaja tidak memenuhi selera saya. Ada sahaja yang tidak kena pada saya. Kari nya rasa berbeza, sup nya terasa pelik dan sebagainya. Pendek kata, cara memasak warga Terengganu tidak sesuai lagi denga selera saya. Tapi, kalau dilihat positifnya, saya semakin banyak memasak di rumah walaupun berkejaran menyiapkan kerja diluar, bila bab makan maka saya rancang perjalanan yang membolehkan saya balik dan memasak di rumah.

Oh ya, saya juga merasakan warga Terengganu agak terlalu santai. Tidak terkejar-kejar seperti warga KL. Mereka di sini membawa kereta dengan lebih perlahan, membuat kerja dengan terlebih tenang dan sebagainya..mungkin tiada apa yang mahu dikejarkan. Saya sudah terbiasa hidup di KL berkejar-kejar...jadinya bila semua kedai sepakat tutup pada 7 malam. Saya tidak puas hati kerana pada saya, masih berbaki beberapa jam untuk kita selesaikan kerja hari itu. Saya ingat lagi ketika saya berkejar mahu menyipakn homestay (nanti akan diceritakan pada post seterusnya), sudah beberapa kedai hardware kami kunjungi tutup. Akhirnya kami tiba disebuah kedai yang masih buka. Kami minta dia potongkan railing langsir seperti ukuran yang kami bawa, dengan slumber nya pekerja itu meminta kami datang esok sahaja kerana dia enggan memotong railing. Alasannya, barang memotong telah pun dia simpan di stor, dia mahu menutup kedai setengah jam sahaja lagi. Saya seperti menyirap, kalaulah saya mahu menyelsaikan kerja itu esok, tidaklah saya berkejar ke kedainya. Esok saja saya datang. Tapi apakan daya, dia tidak punya dateline atau motivasi untuk kerja lebih masa. Di sini, semuanya hampir begitu. Jadi, mungkin saya yang perlu belajar sesuaikan diri, yela...masakan mahu memberi kesedaran pada seluruh rakyat Terengganu? Tentu sahaja saya yang kerdil inilah yang perlu berubah.

Tapi kesimpulannya walau dalam kejanggalan dan sedikit ujian tinggal berdekatan dengan mertua, saya bersyukur....sekurang-kurangnya Allah berikan saya rumah yang baik dan selesa untuk saya pulang dan legakan segala resah dan gelisah di sini. Rumah ini selesa, cantik dan luas. Ada ruang untuk buku bacaan suami, ada ruang untuk saya menjahit, ada ruang untuk anak-anak bermain dan ada juga ruang saya dan suami simpan stok barangan perniagaan kami. Mungkin Allah tahu, dalam kusut itu, saya dan suami memerlukan tempat  untuk menenangkan diri. Ya...mestilah Allah sudah tahu, dia yang aturkan semuanya. Allah sebaik-baik perancang.

Salam sayang yang merindukan kesibukan Kuala Lumpur.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...