Siapa sangka kan? Saya akan merasai situasi ini, berjauhan dari suami dan anak-anak. Sendirian di Terengganu, hidup bersama mertua dan dikalangan ipar duai. Tapi takdir Allah itu satu rahsia. Di dalamnya penuh hikmah dan melatih diri supaya redha dan kekal tabah. PJJ ini tidak lama, paling lama pun mungkin mengambil masa sehingga 5-6 bulan sahaja. Syukur alhamdulillah, semoga Allah memberikan yang terbaik.
Tidak ada apa yang mahu saya rungutkan. Hari-hari yang saya lalui ini adalah hari yang Allah aturkan untuk saya. Berbeza dari perancangan yang susun tapi saya tahu ini satu kebaikan yang Allah rencnakan. Mudah-mudahan semuanya dalam kebaikan dan dipermudahkan. Ameen.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)