Saturday, December 28, 2013

Photobooth dan Guestbook Corner.

Salam

Seperti yang saya janjikan, di sini saya huraikan beberapa idea saya mengenai bidang baru yang akan saya ceburi. Saya sedang berkira-kira untuk memberikan sentuhan kelainan pada kertas ucapan tetamu. Maka ada beberapa idea yang terlintas di fikiran saya. Ada yang sudah berjaya saya siapkan dan ada juga yang masih sebuah illusi di dalam kepala. Ternanti-nanti waktu untuk direalisasikan. Berikut adalah pilihan tag ucapan:

1. Wishing Tree
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka buat pengantin dan ucapan itu akan digantung pada ranting yang di hias mengikut tema atau permintaan pengantin. Selesai majlis, ucapan ini akan dikepilkan di dalam sticky album sebagai kenangan untuk pengantin.
Status: Dalam proses.

2. Ballon Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas kertas berbentuk belon dan akan menampal kertas tersebut di atas board yang siap dihias. Selesai majlis, board tersebut akan di frame kan sebagai kenangan kepada pengantin.
Status: Siap.



3. Sticky Tree
Huraian: Ideanya seperti Balloon Wishes, bezanya kad ucapan yang ditulis berbentuk daun dan akan ditampal pada board yang dihiaskan dengan ranting. Selesai majlis, board tersebut akan di frame kan sebagai kenangan kepada pengantin.
Status: Siap



4. Pick Stick Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas sekeping kertas yang kemudiannya akan dilekatkan pada lidi dan dipacak ke atas board hiasan. Selesai majlis, pengantin boleh menyimpan board hiasan beserta ucapan para tetamu.
Status Siap 




5. Classic Rock Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas batu menggunakan pen khusus. Batu tersebut akan diletakkan di dalam bakul yang dihias mengikut tema perkahwinan. Selesai majlis, pihak pengantin boleh menyimpan bakul tersebut bersama-sama dengan batu yang ditulis dengan ucapan para tetamu.
Status: Dalam proses

Semua pilihan di atas akan dilampirkan bersama dengan guestbook bagi menampung jumlah tetamu yang hadir. Untuk hiasan meja pula, kebanyakannya sudah pun saya siapkan. Bagi menyesuaikan hiasan ini dengan bajet pengantin, saya memberikan pilihan kepada pengantin untuk menambah dekorasi tambahan pada meja atau kekal sahaja dengan hiasan yang sudah ditawarkan di dalam pakej. Gambar-gambar di bawah adalah contoh hiasan sahaja, semuanya boleh di ubah suai konsep dan warnanya mengikut tema majlis perkahwinan itu nanti.











Ada beberapa lagi pilihan dekorasi yang masih belum selesai, insyaallah gambarnya akan saya update nanti. Begitu juga dengan contoh guestbook (boleh disesuaikan dengan citarasa pengantin). Insyaallah, post ini saya akan update dari masa ke semasa sebaik sahaja semua dekorasi contoh disiapkan. Manakala untuk pakej, sebut harga dan contoh hiasan bagi setiap pakej akan saya tulis di lain lembaran bagi mengelakkan kekeliruan. Untuk bakal pengantin yang berminat, boleh hubungi saya di +6012-2118905 (Nabila) melalui Whatsapp, WeChat mahupun SMS.

p/s: Maaf kalau mengelirukan, saya jadi tidak sabar memperlihatkan hasil idea saya sepanjang mengandungkan cahaya mata ketiga ini. Huhuhuhu :p


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...