Showing posts with label Decoration. Show all posts
Showing posts with label Decoration. Show all posts

Friday, October 16, 2015

La Lumiere Hijab:Imaan Collection

Salam

Ini warna-warna yang available untuk Imaan Collection. Dari material satin tau...insyallah labuh, senang bentuk dan tak jarang. Macam biasa, ada 3 jenis...Square Hijab bidang 50, 60 dan Wide Shawl.. Awak pilih jer mana yang awak suka... :)








Dan macam biasa, lepas tengok gambar tudung,  wajib la tunjuk you all gambar photoshoot ye dak?









Berminat whatsapp 0122118905 ya.. :)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Wednesday, April 2, 2014

Felt, Guestbook Corner, Bazaar-Job!

Salam

Alhamdulillah, selesai sudah beberapa perkara yang membuatkan saya sibuk sepanjang 2 minggu. Tersangatlah sibuk sehinggakan kesihatan saya sedikit terganggu (ya, saya memang mudah sakit orangnya). Tapi dalam kesibukan itu, Allah permudahkan kesemuanya dan saya panjatkan kesyukuran untuk segala kelapangan dan kemudahan yang Allah berikan.

22 dan 23 Mac: Saya membuka booth di Bangi Gateway anjuran Eheh Bazaar. Kraftangan Felt seperti bantal, keychain, brooch, coin purse dan lain-lain tersedia untuk dijual. Pada waktu yang sama, saya juga mempamerkan hiasan yang akan digunakan untuk Guestbook Corner bagi mereka yang berminat. (gambar ada pada post sebelum ini, klik).

29 Mac: Saya menyediakan hiasa meja Guestbook Corner untuk pengantin yang tersangatlah cantik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, seronok melihat Guestbook Corner saya menjadi salah satu kemeriahan dalam majlis tersebut. (untuk gambar penuh majlis, boleh klik link)


30 Mac: Saya sekali lagi membuka booth tapi kali ini semperna dengan program Simfoni Warna di UKM. Walaupun sambutan tidak memberangsangkan seperti booth yang saya pernah buka di UIAM (klik), tapi sekurang-kurangnya saya sudah mengutip pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti. Insyaallah saya tidak serik dengan UKM. Kalau ada jodoh, saya akan buka booth lagi di sana tapi dengan menyertai program yang lebih ramai pengunjung. Insyaallah. (untuk gambar penuh booth, boleh klik link). 


p/s: Usaha telah pun saya kuatkan tapi rezeki masih belum mencapai tahap atau target yang saya mahukan. Mungkin saya perlu lebih lagi memperkasakan doa atau mungkin juga saya perlu berdoa agar dicukupkan dengan rezeki yang Allah kurniakan...kerana manusia...walau sudah berjumpa dengan sebukit emas, tetap juga dia akan mencari bukit kedua. Untuk renungan kita bersama. Wallahua'lam.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Wednesday, March 26, 2014

Booth Kraftangan Felt dan Guestbook Corner di Bangi Gateway























Bermminat dengan kraftangan Felt yang saya hasilkan atau nak saya hiaskan meja guestbook corner anda? SMS atau Whatsapp di  012-2118905. Insyaallah, saya seorang yang mudah berurusan.




Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Thursday, March 13, 2014

Booth di Eh Eh Bazzar Bangi Gateway

Salam.

Insyaallah, saya kan membuka booth untuk jualan kraftangan felt saya di Bangi Gateway. Harap semua dapat datang dan memberi sokongan kepada saya. Mengikut rancangan, saya akan membuat pameran bagi perhiasan yang akan digunakan untuk meja guestbook supaya mereka yang bakal berkahwin dapat melihat sendiri perhiasa yang saya gunakan untuk menghias meja guestbook corner.

Saya juga akan menyediakan ready stock untuk bantal, brooch pin/shawl, keychain dan pelbagai kraftangan Felt. Tempahan bagi bulan April juga akan dibuka di sana. Bagi mereka yang berminat untuk membuat sendiri kraftangan Felt, saya juga menjual kain Felt dan tutorial untuk anda membuat beberapa item. Insyaallah, banyak jualan dan promosi untuk anda yang memberikan sokongan. Datanglah, bawa kawan dan keluarga ya.



Tarikh: 22 dan 23 Mac
Masa: 11am- 7pm
Tempat: Bangi Gateway
Anjuran Eh Eh Bazaar


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Wednesday, January 22, 2014

Felt oh Felt!

Salam

p/s: Blog rasmi kraaftangan Felt saya. Boleh lihat banyak contoh di link ni ya, Sila klik.

Saya masih berpantang, baru 23 hari menjalani hari sebagai ibu muda, cantik dan langsing (ditulis bagi tujuan doa. Sila aminkan bila selesai membaca ayat ini. Terima kasih!) beranak tiga. Pada mulanya saya berazam untuk mengubat kerinduan pada dunia kraf dengan melihat hasil kraftangan crafter lain di Facebook, Instagram dan Pinterest. Kerinduan itu kemudiannya merebak sehingga saya mengemas semula peralatan menjahit dan timbunan kain Felt dan Velboa. Kemuncaknya saya bersengkang mata di malam hari bila ketiga-tiga anak melelapkan mata demi untuk menjahit Felt. Ya ampun, memang nak kena marah dengan mama dan nenek. Menjahit di dalam pantang!



Gambar atas tu gambar keychain kunci, satu saya gantung pada gugusan kunci rumah dan satu lagi pada gugusan kunci kereta yang seterusnya dibebel suami. Lelaki mana pakai keychain, tapi saya tidak peduli, yang saya tahu saya mahu menjahit keychain. Hehehehe. Gambar di bahagi8an bawah gambar hiasan dinding. Penat juga memotong karakter kecil-kecil itu, ditambah lagi karakter keluarga yang perlu ditambah anak lelaki, Izzul Haris. :)

Alhamdulillah, selesai saya memuat naik gambar ini ke Facebook, saya terima 2 tempahan bantal bersaiz A4, 2 bantal bersaiz sederhana 12x12 inci dan 3 keychain kunci. Apa lagi, terus saya terima dengan hati dan mulut terbuka. Maklumlah, dah kemaruk lama sangat mahu menjahit.

Ya, saya secara rasminya menerima tempahan. Apa tunggu lagi? Tempah sekarang sebelum jadual saya penuh ya. SMS/Whatsapp 012-2118905. Oh ya, untu yang nak bertanya apa saja berkaitan Felt pun boleh SMS no tu ya. Insyaallah, saya bantu meleraikan kekusutan anda semampu mungkin. (ewah~).



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, December 28, 2013

Photobooth dan Guestbook Corner.

Salam

Seperti yang saya janjikan, di sini saya huraikan beberapa idea saya mengenai bidang baru yang akan saya ceburi. Saya sedang berkira-kira untuk memberikan sentuhan kelainan pada kertas ucapan tetamu. Maka ada beberapa idea yang terlintas di fikiran saya. Ada yang sudah berjaya saya siapkan dan ada juga yang masih sebuah illusi di dalam kepala. Ternanti-nanti waktu untuk direalisasikan. Berikut adalah pilihan tag ucapan:

1. Wishing Tree
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka buat pengantin dan ucapan itu akan digantung pada ranting yang di hias mengikut tema atau permintaan pengantin. Selesai majlis, ucapan ini akan dikepilkan di dalam sticky album sebagai kenangan untuk pengantin.
Status: Dalam proses.

2. Ballon Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas kertas berbentuk belon dan akan menampal kertas tersebut di atas board yang siap dihias. Selesai majlis, board tersebut akan di frame kan sebagai kenangan kepada pengantin.
Status: Siap.



3. Sticky Tree
Huraian: Ideanya seperti Balloon Wishes, bezanya kad ucapan yang ditulis berbentuk daun dan akan ditampal pada board yang dihiaskan dengan ranting. Selesai majlis, board tersebut akan di frame kan sebagai kenangan kepada pengantin.
Status: Siap



4. Pick Stick Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas sekeping kertas yang kemudiannya akan dilekatkan pada lidi dan dipacak ke atas board hiasan. Selesai majlis, pengantin boleh menyimpan board hiasan beserta ucapan para tetamu.
Status Siap 




5. Classic Rock Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas batu menggunakan pen khusus. Batu tersebut akan diletakkan di dalam bakul yang dihias mengikut tema perkahwinan. Selesai majlis, pihak pengantin boleh menyimpan bakul tersebut bersama-sama dengan batu yang ditulis dengan ucapan para tetamu.
Status: Dalam proses

Semua pilihan di atas akan dilampirkan bersama dengan guestbook bagi menampung jumlah tetamu yang hadir. Untuk hiasan meja pula, kebanyakannya sudah pun saya siapkan. Bagi menyesuaikan hiasan ini dengan bajet pengantin, saya memberikan pilihan kepada pengantin untuk menambah dekorasi tambahan pada meja atau kekal sahaja dengan hiasan yang sudah ditawarkan di dalam pakej. Gambar-gambar di bawah adalah contoh hiasan sahaja, semuanya boleh di ubah suai konsep dan warnanya mengikut tema majlis perkahwinan itu nanti.











Ada beberapa lagi pilihan dekorasi yang masih belum selesai, insyaallah gambarnya akan saya update nanti. Begitu juga dengan contoh guestbook (boleh disesuaikan dengan citarasa pengantin). Insyaallah, post ini saya akan update dari masa ke semasa sebaik sahaja semua dekorasi contoh disiapkan. Manakala untuk pakej, sebut harga dan contoh hiasan bagi setiap pakej akan saya tulis di lain lembaran bagi mengelakkan kekeliruan. Untuk bakal pengantin yang berminat, boleh hubungi saya di +6012-2118905 (Nabila) melalui Whatsapp, WeChat mahupun SMS.

p/s: Maaf kalau mengelirukan, saya jadi tidak sabar memperlihatkan hasil idea saya sepanjang mengandungkan cahaya mata ketiga ini. Huhuhuhu :p


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...