Wednesday, January 22, 2014

Felt oh Felt!

Salam

p/s: Blog rasmi kraaftangan Felt saya. Boleh lihat banyak contoh di link ni ya, Sila klik.

Saya masih berpantang, baru 23 hari menjalani hari sebagai ibu muda, cantik dan langsing (ditulis bagi tujuan doa. Sila aminkan bila selesai membaca ayat ini. Terima kasih!) beranak tiga. Pada mulanya saya berazam untuk mengubat kerinduan pada dunia kraf dengan melihat hasil kraftangan crafter lain di Facebook, Instagram dan Pinterest. Kerinduan itu kemudiannya merebak sehingga saya mengemas semula peralatan menjahit dan timbunan kain Felt dan Velboa. Kemuncaknya saya bersengkang mata di malam hari bila ketiga-tiga anak melelapkan mata demi untuk menjahit Felt. Ya ampun, memang nak kena marah dengan mama dan nenek. Menjahit di dalam pantang!



Gambar atas tu gambar keychain kunci, satu saya gantung pada gugusan kunci rumah dan satu lagi pada gugusan kunci kereta yang seterusnya dibebel suami. Lelaki mana pakai keychain, tapi saya tidak peduli, yang saya tahu saya mahu menjahit keychain. Hehehehe. Gambar di bahagi8an bawah gambar hiasan dinding. Penat juga memotong karakter kecil-kecil itu, ditambah lagi karakter keluarga yang perlu ditambah anak lelaki, Izzul Haris. :)

Alhamdulillah, selesai saya memuat naik gambar ini ke Facebook, saya terima 2 tempahan bantal bersaiz A4, 2 bantal bersaiz sederhana 12x12 inci dan 3 keychain kunci. Apa lagi, terus saya terima dengan hati dan mulut terbuka. Maklumlah, dah kemaruk lama sangat mahu menjahit.

Ya, saya secara rasminya menerima tempahan. Apa tunggu lagi? Tempah sekarang sebelum jadual saya penuh ya. SMS/Whatsapp 012-2118905. Oh ya, untu yang nak bertanya apa saja berkaitan Felt pun boleh SMS no tu ya. Insyaallah, saya bantu meleraikan kekusutan anda semampu mungkin. (ewah~).



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...