Pagar (masih tidak sempurna) |
Ruang solat |
Masjid Tahfiz (tanpa dinding) |
Tergendala |
Ini rupa sebuah masjid yang berada di Kuala Terengganu. Pembinaannya masih terbengkalai kerana keadaan keewangan yang tidak mengizinkan. Masjid ini biasanya di'imarah'kan oleh pelajar-pelajar dari sekolah Tahfiz yang terletak bersebelahan dengan masjid. Mereka sujud mengadap Illahi dengan beralaskan lantai marmar yang dingin, dilindungi dengan dinding-dinding yang tidak sempurna dan tempat bagi jemaah perempuan dan lelaki yang dibezakan hanya dengan selembar kain lusuh. Kalau di Kuala Lumpur, masjid-masjid mewa hsunyi sepi, lengang tidak beraktiviti. Berbeza dengan masjid ini yang menjadi nadi para pelajar Tahfiz. Jadi, bolehkah kita berdiam diri. Berpeluk tubuh buat tidak mengerti. Ini masanya, mencari bekal yang akan menemani kita di sana nanti. Bekal tatkala segala harta dan kekayaan tidak mampu membantu melainkan yang dibelanjakan ke jalan Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata : “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? " Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al Munafiqun : 9-11)
Saya wakil Masjid Tahfiz Darul Iman, memohon sumbangan ikhlas dari mereka yang mampu. Tidak kira dalam apa jua bentuk, asalkan dapat membantu menjadikan masjid ini lebih selesa. Jadikan sedekah ini sebagai amalan kita yang berkekalan, yang membantu tatkala kesempitan di apit Munkar dan Nakir.
Bantulah bagi sesiapa yang mampu
ReplyDeleteSaya hanya mampu berdoa...
SALING MEMBANTU AMALAN KITA...
ReplyDeleteSesiapa yang mapu bantulah mereka agar kita dirhedai Allah...
bagila no acc. cmne nk transfer ni lau xde no acc
ReplyDelete