Showing posts with label Dunia Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Dunia Akhir Zaman. Show all posts

Wednesday, November 21, 2018

Politik Malaysia

Salam

PRU yang lalu ramai yang memberi komen, gerun melihat kesungguhan saya berpolitik. Saya senyum sahaja. Pada saya, politik baru-baru ini memang memerlukan perhatian yang lebih khusus sebenarnya. Lihat sahaja impak yang kita lalui sekarang. Tidak ubah seperti menyalin baju sahaja, warna baju berlainan tapi badan pemerintahan tetap seperti yang dahulu kala. Malah tidak keterlaluan kalau saya kata pemerintahan kali ini lebih teruk dari yang dahulu.
.
Sentimen kos sara hidup yang lebih menurun semuanya tinggal satu sentimen. Tol tidak dihapuskan, harga minyak tidak turun, GST digantikan dengan SST, PTPTN tidak dimansuhkan dan sebagainya. Tapi kerana pertukaran tapuk pemerintahan, ramai yang pejam mata dengan alasan memberi peluang kerajaan baru membaik pulih keadaan getir negara. Hairan juga saya, manifesto yang dijanjikan tidak dapat dilaksana kerana keadaan negara yang terlalu kritikal tapi penindasan demi penindasan boleh pula di aplikasikan tanpa ada sebarang halangan.
.
PTPTN yang dijanjikan supaya pembayaran hanya dibuat sekiranya peminjam memperolehi gaji minimum RM4k kini berubah lebih teruk. Auto Debit akan dikenakan disemua peringkat pendapatan. Bayangkan mereka yang bergaji RM1k membayar PTPTN. RM1k, hidup pun sangat terdesak, wajib pula membayar hutang. Sudahlah itu, kegagalan menjelaskan hutang ini akan menyebabkan muflis pula. Tahukah apa akibat dari pengisytiharan muflis. Orang Melayu yang rata-rata berhutang PTPTN ini tidak lagi boleh membuat pinjaman dan juga memiliki perniagaan persendirian. Jadi siapa yang akan mendominasi pemilikan perumahan? Siapa yang akan memonopoli ekonomi? Orang Melayu, berniaga kecil-kecilan pun tak mampu. Ada yang turut melaungkan hujah Dr. Maszlee, kalau berhutang wajiblah bayar. Betul saya setuju. Kalau anda berhutang, wajiblah membayarnya. Tapi di mana tanggungjawab kerajaan disini, Malaysia dahulu sebuah negara yang memberi biasiswa kepada rakyatnya untuk menyambung pelajaran, kini semua rakyat dibebani hutang sedangkan kita mampu menawarkan biasiswa pendidikan. Yang keduanya, jika itu pemikiran kalian bahawa hutang perlu dijelaskan, kenapa sewaktu mahu memenangi pilihanraya kalian laungkan yang bertentangan. Tidak jujur.
.
Tol yang dikatakan akan dihapuskan tidak terhapus. Yang digembar gemburkan tol yang tamat perjanjian konsesi seolah-olah ianya satu usaha kerajaan baru. Aduhai. Sudah lah itu, saman AES kini sudah berkuat kuasa pula. Wajib dibayar, jika tidak akan mengalami kesukaran memperbaharui cukai jalan dan sebagainya. Katanya makin menyenangkan tapi saya lihat banyak dasar baru yang lebih menyusahkan. Manifesto yang dijanjikan semua tidak boleh ditunaikan kerana keadaan tenat, tapi dasar menekan yang baru boleh pula cepat-cepat dikuat kuasa. Itu belum cerita tentang imbuhan persaraan yang akan diambil untuk melangsaikan semua hutang. Kenapa perlu macam tu, kenapa tidak dikekalkan sahaja hutang itu dengan bayaran ansuran bulanan. Kenapa perlu diambil dari wang persaraan utnuk dijelaskan sekaligus. Sungguhlah kerajaan baru ini tidak memikirkan kebajikan rakyat, hanya keuntungan kerajaan sahaja. Kapitalis.
.
Itu belum lagi bersembang pasal pening-pening menteri agama, Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Tidak ada isu yang menarik hatinya selain LGBT. Siap ada conference khusus untuk memahamkan orang ramai  tentang LGBT. Sudahlah semakin memutar belit tentang compassionate Islam, rahmatan lil alamin, macam-macam statement dan tindakan bodoh yang ditonjolkan yang langsung tidak mencerminkan perjuangan Islam. Terlampau nak membela golongan ini sehingga meminta orang awam berkongsi surau dan toilet pula dengan mereka. Aduhai. Apa punya tahap pemikiran lah. Banyak lagi isu agama yang boleh diketengahkan sebagai bukti menteri-menteri baru ini buat kerja tapi mereka sibuk nak menggubal perkara-perkara pelik. Tidak ada tangkap khalwat la. Apa ni? Well, seperti yang dikatakan Dr. Mujahid, bukan semua Gay adalah homoseksual...maka saya katakan bukan semua mujahid adalah mujahidin (pejuang agama).
.
Kemudian kecoh pula dengan pemilihan dalam parti PKR yang penuh dengan pergaduhan dan kekerasan. Oh, semuanya kerana kuasa. Saya tidak terkejut sebenarnya. Kalaulah mereka boleh mencintai Tun M yang dahulunya mereka keji semata-mata kerana kuasa, apalah sangat sekadar bergaduh melontar kerusi. Tun M menzalimi ramai pucuk pimpinan PAN dan PKR, dianiaya, difitnah, dipisahkan dari keluarga berpuluh tahun lamanya. Itu mereka dapat lupakan dan terus berubah 360 darjah kerana kuasa, maka pada saya melontar kerusi dan bertegang lidah adalah satu tindakan sebesar zarah yang mereka sanggup lakukan demi kuasa.
.
Beralih pula kepada menteri termuda Malaysa, YB Syed Sadiq. Awal-awal lantikan lagi saya dah tak berkenan. Terutamanya bila dia menyuarakan pemberian kondom sebagai satu langkah membasmi anak luar nikah. Bijak ke? Kemudian semakin banyak agenda mengarut yang mahu diketengahkan. Mahu mengarus perdanakan permainan video game sebagai satu sukan (tak menyihatkan langsung), mahu menukar umur mengundi dengan hujah kalau buat salah 18 tahun ke atas dah tak masuk juvana. Maaf, YB tak ada penasihat ke yang memberi maklumat. 18 tahun di Malaysia masih terlalu muda untuk membuat keputusan memilih pimpinan. Tak payah la nak samakan dengan negara lain, kita berbeza budaya dan keadaan. Pada saya idea penukaran umur ini ialah mudah untuk YB mengula-gulakan mereka untuk memilih YB lagi dilain penggal. Lagi pula bila YB sibuk bermain video game dengan mereka, lagilah mereka suka. Oh by the way, di Malaysia...pesalah berumur 18-21 tahun jika sabit kesalahan akan dipenjarakan di penjara yang berbeza dengan pesalah yang lebih tua. Mereka akan di kira sebagai pesalah muda. Penjara berbeza dan hukuman juga lebih ringan. Dan bila YB kata 18 tahun dah boleh masuk akademi tentera untuk jaga negara, takkan tak boleh pilih pemimpin negara. Suka sekali untuk saya beritahu YB, bukan semua orang apply nak masuk tentera boleh jadi tentera. Ada ujian saringan yang pelbagai sebelum dipilih untuk mempertahankan negara ya. Kalau ikut hujah YB ramailah tentera kita yang terkencing dalam seluar ketika menjaga sempadan.
.
Oh, saya bosan dengan pemerintahan baru ini yang terlampau banyak alasan. Semuanya dihujahkan dengan baru beberapa bulan memerintah, jadi banyak yang tak dapat dilaksana. Tapi lihatlah, beberapa bulan ini berapa banyak perkara mengarut yang mereka buat. Yang terbaru ICERD. Kalau rakyat tak buka mata lagi tak tahulah. Menteri-menteri kalian yang kata tak ada duit nak buat itu ini tu, gagah sahaja menurunkan semua papan tanda 1 Malaysia, gigih sahaja re-branding beberapa polisi dan institusi kerajaan. Tahu tak semua tu mengeluarkan duit. Penjenamaan semula memerlukan logo yang baru, papan tanda baru dan sebagainya. Mungkin kalian fikir modalnya kecil tapi ianya satu modal yang tidak perlu sedang negara kita memerlukan bantuan sehinggakan rakyat semua menderma. Termasuklah seorang budak lelaki berumur 18 tahun yang mengeluarkan semua duit tabungannya untuk dimasukkan ke dalam Tabung Harapan. Oh adik, akak harap bila awak dewasa nanti, Malaysia menyayangi awak seperti awak menyayangi Malaysia. Mudah-mudahan, tidaklah awak dikelilingi hutang (hutang belajar, hutang kereta, hutang rumah) untuk membina kehidupan.  Lagi karut bila mereka menamakan semula agensi kerajaan (SPAD kalau tak silap), motif? Ini semua keluar duit tahu. Kata tak ada duit. By the way people, they have all the time and money to do all these but they don't have the courtesy to at least honored what they have promised you.
.
Cukuplah setakat ini. Mudah-mudahan tidak banyak yang tergadai di dalam penggal pertama ini. Saya percaya PH akan memenangi kerajaan untuk penggal seterusnya dan PH akan menjadi UMNO yang menzalimi rakyat disepanjang pemerintahan mereka kecuali pada musim pilihanraya. Kemudian rakyat Malaysia, masih tipikal rakyat Malaysia yang percaya pada janji-janji manifesto, kemudian ditipu, kemudian percaya lagi dan ditipu lagi. PH akan terus menaung Malaysia..sehinggalah pada satu tahap, seperti UMNO juga, rakyat Malaysia tidak dapat lagi bertahan dengan kezaliman PH. Maka sekali lagi setelah 50 tahun, kita akan menukar kerajaan untuk kali kedua pula.
.
p/s: Oh please don't get me wrong, saya membenci DS Najib, UMNO dan sekutunya.....malah ia perjuangan istiqamah saya. Saya tidak menukar haluan untuk tiba-tiba taksub Tun M demi sebuah kemenangan..


Salam Malaysia Baru.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, February 11, 2017

Doa Akhirat Melebihi Dunia

Salam

Bila berada dalam kerata bersama dengan suami, itulah tempat paling banyak saya menerima tazkirah dari dia. Alhamdulillah, kadang-kadang tazkirah ringan sebegini buat saya insaf dan terharu. Pernah sekali waktu saya sedang bersedih dan menceritakannya kepada suami, suami membacakan satu keratan ayat Al Quran kepada saya. Automatik saya menangis. Sungguh ayat itu menyentuh hati saya kerana ayat itu terasa seperti ditujukan untuk saya. Mendengar ayat itu sahaja saya rasa Allah faham hati saya, Allah faham kebimbangan dan kesedihan saya. Allahu, begitu terkesan sekali saya waktu itu. Sebab itulah saya sangat menghargai waktu perjalanan di dalam kereta bersama suami, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh. Banyak perkara yang dikongsikan dan semuanya menenangkan dan memberi kelegaan.

Pernah sekali kami berbincang tentang berniaga zaman sekarang....kerana sekarang ini semua orang mahu menceburi bidang perniagaan kerana ianya dianjurkan dalam Islam. Malah ada yang mengatakan kerana mengikut sunnah (sunnah ada beberapa tahap ya, itu saya akan kongsikan di lain post. Insyaallah) Nabi. Alhamdulillah, bagus sebenarnya mempunyai perniagaan sendiri yang digunakan untuk menampung keluarga, yang boleh diwariskan dan yang paling penting memperkasakan ekonomi orang Islam. Malah Saidina Ali pernah berkata, "Jika kefakiran itu adalah seorang remaja lelaki, maka aku akan membunuhnya", begitu sekali tuntutan kita orang Islam agar tidak hidup dalam kefakiran kerana bimbang dari kefakiran itu timbul perkara maksiat yang dibenci agama. Masyaallah. Semoga kalian semua maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Cuma apa yang dibimbangkan sekarang ini, orang kita terlampau mengagungkan duit. Malah ikon hartawan kita puja dan jadikan idola. Tidak salah sebenarnya sebagai tujuan motivasi tapi cuba periksa kembali, betulkah kita sekadar menjadikan mereka sebagai motivasi atau kita sudah pun melebihi batas dengan mengagungkan mereka sehingga kesalahan-kesalahan mereka pun kita takrifkan dan rasionalkan supaya betul dan diterima masyarakat. Lebih menyedihkan, kita sudah menukar definisi kejayaan itu sendiri. Asal ada duit sahaja dikira berjaya. Kau jutawan, kau hartwan, kau berjaya. Sudahnya yang berilmu dan berpendidikan ini, selagi duit bulanan tidak mencecah puluhan ribu ringgit kita anggap gagal. Malah ada yang menjual kata-kata seperti, "Tidak perlu pandai atau cemerlang SPM pun boleh jadi kaya raya", ayat biasa digunakan untuk pemasaran MLM. Sampai begitu sekali matlamat kita mahu menjadi kaya sedangkan tuntutan menuntut ilmu tu sangat banyak dan ditegaskan dalam Islam.

Jangan kawan-kawan, harta di dunia ini sementara. Saya tidak nafikan keperluan yang mendesak dan keseronokan yang bakal dikecapi kalau banyak duit. Saya tahu dan saya mengakuinya. Siapa yang tak nak banyak duit tapi marilah kita bersama-sama perbaiki niat dan cara kita. Ada yang memberitahu, "Apa salahnya banyak duit, dulu Saidina Umar pun kaya raya. Kita pun mahu jadi macam tu". Betul tu, Saidina Umar memang kaya raya sehinggakan sewaktu Nabi SAW mahu ke medan perang, beliau mampu menghadiahkan unta sebagai pengangkutan untuk ke medan perang. Betapa kayanya beliau waktu itu. Tapi cuba kita tengok betul-betul, adakah Saidina Umar menjadi kaya kerana dia menjadikan hartawan lain sebagai idola? Adakah dia menjadi kaya kerana dia berusaha keras mahu menjadi kaya? Siang dan malam tentang kekayaan sahaja dalam kepalanya? Tidak. Saidina Umar itu langsung tidak mengejar dunia, dia mencita-citakan akhirat...mencintai akhirat, dan kemudian Allah datangkan 'dunia' untuknya.

Dan pesan suami yang kemudiannya mengetuk hati saya dengan lebih kuat ialah apabila dia memberitahu saya, "Boleh...mintalah sebanyak mana pun nikmat dunia yang awak mahukan, tapi kemudian mintalah akhirat melebihi dunia seperti mana Rasulullah SAW mengajar kita melalui doa:


 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia, dan berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksaan api neraka"

Kita memohon kebaikan di dunia (nikmat dunia) dan kemudiannya memohon perihal akhirat dua kali ganda dengan meminta kebaikan di akhirat dan dijauhkan dari seksaan api neraka" Allahu, saya membacanya setiap hari tapi tidak terfikir tentang ini. Insaf lagi. Syukur ke hadrat Allah yang sentiasa menghantar pesanan buat saya melalui suami dan sebagainya. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipelihara Allah dari kelalaian. Nikmat dunia ini memang memabukkan, ilmulah yang akan membantu kita membendungnya, yang akan membantu kita dari terus hanyut dan lalai dari mengingati Allah. Jom sama-sama kita perbaiki diri, perbetulkan niat dan matlamat...dan kemudian pohon pada Allah 2x ganda nikmat akhirat yang berpanjangan berbanding nikmat dunia yang kita perolehi. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga dengan rahmatNya. Ameen.

p/s: Ingat, minta dunia 1, minta akhirat 2. ^_^


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, March 1, 2014

Felt dan Monolog Dalaman

Salam

Alhamdulllah, hari ni berakhirlah bulan Februari yang penuh dengan tekanan. Tekanan daripada para pelanggan yang menempah Felt. Hairan juga sebenarnya, macam mana lah customer di bulan Februari boleh meragam beramai-ramai. Tapi tak apa, semuanya baik-baik belaka dan saya sudah pun selesai mengepos barang mereka setiap satu walaupun mengalami kesukaran untuk memungut bayaran.





Beralih topik...

Ada beberapa perkara sebenanrnya yang saya ingin kongsikan tapi belum mempunyai peluang untuk duduk berteleku, mencari bahan bacaan agar kefahaman saya makin mendalam dan mereka ayat yang mudah difahami.Saya mahu mencoret pandangan saya tentang beberapa isu yang sedang hangat di Malaysia.

Tentang penjagaan anak yang semakin menjadi kawan kepada ibubapa sehingga kehormatan sebagai ibu atau bapa tidak lagi diendahkan. Juga berkenaan perspektif orang ramai mengenai pendidikan anak-anak yang saya rasakan tidak selari dengan cabaran dan ujian yang kita hadapi ketika ini. Isu kedua ialah tentang fenomena bertanyakan hal-hal agama kepada yang bukan ustaz. Saya tidak kata tidak boleh bercakap perihal agama jika tidak memegang gelaran ustaz, tapi kesan dan akibatnya bila hukum hakam ditanyakan pada yang kurang ilmunya. Maklumlah, dunia ini berputar, peredaran masa memerlukan hal-hal sebegini dikupas dengan baik, bukan sekadar memberi jawapan mengikut apa yang kita tahu sahaja. Ianya menjadi masalah bila jawapan senteng itu dijadikan panduan dan dikongsi pula di lama sosial secara berleluasa.

Oh, sungguh saya benar-benar mahu menulis tentang dua perkara ini. Semoga ada masa untuk saya menelaah dan bertanyakan kepada mereka yang lebih tahu agar perkongsian saya itu nanti bukanlah perkongsian yang sia-sia. Paling tidak ianya memberi perspektif baru ataupun  menimbulkan rasa ingin tahu yang membawa kepada pencarian ilmu yang lebih mendalam.

p/s: Ya Allah, masa yang ada cuma 24 jam sehari, maka jadikanlah saya orang memanfaatkan setiap detik yang berlalu. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Sunday, March 10, 2013

Saya Bangkang!

Salam

Banyak sebenarnya yang mahu saya coretkan untuk menjadi santapan dan pedoman para pembaca. Saya mahu blog ini punya isi yang boleh di manfaatkan, tidak kira lah dalam bidang apa sekali pun kerana saya percaya selagi ia bermanfaat, selagi itu Allah mengambil kira ianya sebagai amalan jariah. Insyaallah. 

Baru-baru ini saya terdengar komen rakan yang saya kira tidak tepat dan tidak seharusnya di luah sebegitu rupa. Ramai di antara kita yang lebih menuntut perjuangan dan pengorbanan orang lain berbanding menunaikan tanggungjawab sendiri. Saya tidak suka sikap yang sebegini, bukan kerana tidak mahu dipaksa berjuang tapi tidak mahu para pejuang merasa bebanan menegakkan agama itu dipikul seorang sendiri sedangkan umat sejagat bertanggungjawab ke atasnya.

Kalau di lihat fenomena yang sudah biasa di kalangan masyarakat kita, ustaz dan ustazah di pandang remeh dan di anggap sebagai golongan yang tidak berpendidikan tinggi. Ada yang beranggapan mereka-mereka ini memilih karier sebagai ustaz dan ustazah kerana keputusan peperiksaan SPM yang tidak cemerlang. Saya bangkang! Tahukan anda, untuk memahami kitab-kitab Hadith, Fiqh, Muamalat, Munakahat dan sebagainya memerlukan ilmu dan pemahaman yang tinggi. Malahan mahu mengusai Bahasa Arab itu sendiri menuntut satu kemahiran yang bukan sedikit. Sewajarnya ustaz dan ustazah tidak di anggap sebagai profession lekeh dan boleh diperlekehkan.

Kebiasaannya juga apabila kita memanggil penceramah motivasi, ramai pihak yang menawarkan bayaran yang lumayan tapi apabila tiba giliran ustaz yang dipanggil untuk memberikan kuliah, bayarannya di kurangkan dengan alasan ustaz itu perlu ikhlas dalam berjuang. Saya bangkang! Apa anda mengira ustaz-ustaz ini tidak memerlukan keperluan untuk makan dan minum. Apa anda mengira keikhlasan itu dapat diukur dengan matawang. Saya tidak meminta bayaran yang lumayan atau pun terlampau mahal diberikan kepada ustaz mahupun ustazah tapi biarlah bayaran itu sesuai dengan tahap pendidikan seseorang itu.


Perkara-perkara ini saya lihat teramat biasa di dalam masyarakat. Malah jika di fikirkan secara lebih mendalam, sikap acuh tidak acuh dan memandang remeh dengan profession debagai ustaz dan ustazah boleh membunuh dan mematikan langkah dakwah yang sepatutnya tersebar luas.

Bayangkan niat seorang anak yang mahu menjadi seorang ustaz apabila menginjak dewasa nanti diperkecilkan ibubapa nya. Ucapan seperti, "Kenapa nak jadi ustaz? Jadilah doktor atau Arkitek barulah berjaya" sudah biasa dituturkan masyarakat kita sedangkan keadaan dunia akhir zaman ini perlu di atasi dengan kehadiran ustaz dan ustazah yang menanam kesedaran dan benih-benih Islam di dalam hati anak muda remaja.

Bayangkan pula keadaan seorang ustaz yang baru pulang ke tanah air daripada menuntut ilmu di luar negara. Niatnya mahu menyebarkan dakwah di masjid-masjid terbantut kerana bayaran yang terlampau rendah dan tidak setimpal yang diberikan oleh jemaah masjid dengan alasan 'fi sabilillah'. Sudahnya bayaran itu langsung tidak dapat menanggung kos minyak ustaz untuk ke tempat kuliah. Berbeza pula bila menjemput pakar motivasi dan penyanyi nasyid, bayaran yang dikenakan cukup istimewa sedangkan didikan yang disampaikan tidak mencapai tahap keperluan.

Kita semua menganggap perkara kecil ini remeh walhal perkara seperti ini lah yang menyebabkan dakwah Islam terputus malahan perjalanan dakwah yang sedia ada terbantut dan mulai mundur perlahan-lahan. Yang tersebar luas ialah budaya Hedonisme yang di sokong dengan pembiayaan berjuta-juta ringgit.

Persoalannya, kita mahu berada di dalam golongan yang mana? Berjuang dan menyokong perjuangan Islam atau pun sekadar menuding jari menyuruh orang lain berjuang dan mencantas pohon-pohon perjuangan yang sedang tumbuh?


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Saturday, November 24, 2012

Tidak Mengaku

Salam.

Kadang2 saya hairan,ada sesetengah orang mengaku bersalah tapi dengan mengatakan salah itu disebabkan kelalaian orang lain. Orang lain yang salah kerana salah faham dengan kelancangan mulutnya yang berbicara, orang lain yang salah kerana tidak memberi teguran dan bermacam-macam lagi. Betul,mungkin orang lain salah. Tapi betulkah kita mengeluarkan kata-kata melulu tanpa berfikir dahulu? Betulkah tindakan kita menyalahkan orang lain yang tidak menegur?

p/s: Sila bertanggungjawab atas tindakan sendiri. Beberapa lama sudah berlalu,ada sebab mengapa marah dihamburkan. Setiap orang ada batas kesabarannya. Be an adult, admit it and be responsible to your act.

p/s: Kita tidak akan diberi pengecualian bila ditanya tentang perkara yang kita lakukan dengan alasan, "Aku lalai sebab tak ada orang nak ingatkan". Saya akan memaafkannya, dan jika ada lagi kata2 yang tidak sedap didengar/dibaca, saya akan tersenyum dan berkata, "Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya". Sekian. :)


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Monday, November 19, 2012

Gaza di Bedil Lagi

Salam

Saya tidak pasti berapa banyak darah bakal mengalir, berapa titis air mata lagi bakal tumpah untuk menghentikan kekejaman yang sedang belaku di Gaza. Ribuan umat Islam sudah pun syahid dan masih ramai lagi yang bagaikan beratur menunggu giliran mereka untuk gugur. Saya tidak dapat menahan kesedihan setiap kali melihat wajah-wajah mereka yang putih bersih diselimuti darah. Wajah kanak-kanak bersama luka yang teramat dalam tapi masih berkeadaan tenang seperti diulit lena yang panjang. Semuanya wajah insan yang Allah kasihi dan pilih sebagai syahid kerana agama.


Saat saya memberitahu suami tentang kesedihan yang tidak dapat dibendung, suami meminta saya agar terus berdoa. Berdoa dan terus berdoa untuk mereka yang berada di Gaza. Saya akur, terasa kerdil benar usaha yang mampu saya lakukan. Mungkin bisikan halus ini berjaya didengari suami, dia menambah, "Jangan rasa doa itu satu perkara yang kecil kerana doa itu senjata orang Mukmin". Saya terdiam. Nasihat yang memberikan kesan yang mendalam. Bukan saya tidak tahu tentangnya, tapi bila dalam keadaan bercelaru seperti ini, hati saya merusuh, fikiran jadi tidak tenang. Dengan keadaan hormon yang tidak stabil, ditambah dengan gambar-gambar yang menyayat hati yang menghiasi laman Facebook, saya terasa bagai tidak ada ikhtiar yang dapat saya lakukan bagi mengakhiri penderitaan Gaza.


Doa saya panjatkan untuk Gaza, dengan harapan umat Islam yang lain khususnya di Malaysia turut sama mendoakan Gaza. Saya benar-benar berharap kita di Malaysia merasai penderitaan mereka yang berada di sana. Bimbang melihat keadaan anak muda di Malaysia yang lebih rela hanyut dengan hiburan daripada hanyut berteman air mata mengenangkan saudara Islam kita yang dibunuh begitu sahaja. Kelekaan itu benar-benar membuahkan rasa kesal. Saya tahu tidak ramai yang mampu menyahut panggilan jihad, pergi ke Gaza dan mengangkat senjata dan menentang Israel. Mungkin saya juga tidak berkemampuan menyambut panggilan itu, maka biarlah kita yang lemah Iman ini melakukan segala yang terdaya di dalam kudrat dan kemampuan kita.


Usaha-usaha kecil yang dilakukan beramai-ramai, tentunya mampu memberikan impak yang besar. Saya menyeru agar kita semua mendoakan Gaza tanpa henti dan memboikot setiap syarikat dan produk keluaran mereka yang memberi bantuan kepada Israel. Jangan pandang remeh pada usaha yang tidak menitiskan peluh ini kerana saya percaya Allag akan menghitung semuanya, walaupun amalan itu sebesar zarah. Mari kita lakukan sesuatu untuk Gaza, baik dalam bentuk doa, boikot ataupun sumbangan.

p/s: Gaza, Palestin....tetap dalam hati


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Friday, October 19, 2012

Amarah.


Salam.

Beberapa hari yang lepas Allah menguji saya dengan 2 situasi yang menimbulkan rasa marah dan saya telah tumpas.Saya mengikut emosi dan meluahkannya di Facebook dan Twitter. Saya tahu saya agak keterlaluan dalam meluahkan rasa marah tapi saya masih merasakan itulah tindakan paling rasional yang boleh saya lakukan berbanding dengan pilihan kedua yang mungkin akan memutuskan silaturrahim. Saya melepaskan marah tanpa bersemuka dengan mereka yang sepatutnya kerana saya tahu, tidak akan ada penyelesaian daripada pertemuan yang kononnya mahu menjernihkan keadaan. Lagi pula, saya perlu menjaga kepentingan orang lain yang mahukan saya berdiam diri dan tidak berterus terang secara menerus. Jadi saya meluahkannya melalui Facebook kerana saya tahu, mereka yang saya marahi itu akan membacanya, terasa dan mungkin akan berubah atau mengendurkan perilaku mereka yang menyakitkan hati ramai pihak.

Amarah Pertama:

Saya dan beberapa teman yang lain sebenarnya telah lama bersabar dengan sikap "dia" (selepas ini akan dirujuk sebagai A). Telah beberapa kali umpatannya kami dengar dan kelihatannya A tidak mahu berhenti. Dia mengumpat saya pada teman yang lain, mengumpat teman itu pada saya dan kemudiannya mengumpat kami berdua kepada teman yang lain pula. Dan kami semua yang diumpat tahu apa yang berlaku dan setiap kali ada umpatan yang baru, saya akan berfikir, "Tidakkah A tahu, kami tidak merahsiakan perkara ini antara satu sama lain". Tambah menghairankan apa yang diumpatkan tidak ada kena mengena dengan dia, kadang-kadang saya tidak tahu apa motifnya A sakit hati. Kenapa perlu mengutuk dan mengeji orang itu sedangkan tindakannya langsung tidak menganggu hidup sesiapa. Contohnya apabila salah seorang kenalan kami menulis status di Facebook betapa dia bersyukur telah mendapat pekerjaan setelah beberapa lama berusaha. Dan A mengutuk status yang ditulis seolah-olah berdosa benar kenalan kami yang sorang itu. Saya bingung, saya tak faham!


Lama saya dan teman-teman rapat menahan sabar, bermula dengan rasa dipergunakan dan kemudiannya dengan rasa sebal diumpat sesuka hati. Yang terbaru kawan baik saya dikatakan bengap dan banghal (lembap) kerana sikap A yang mementingkan diri sendiri. Teman itu bersabar lagi, malas mahu membesarkan keadaan tapi bertekad dalam hati bahawa antara dirinya dan A akan ada satu jurang yang memisahkan dan persahabatan itu tidak akan berkembang, cukuplah sampai disitu sahaja. Kemudiannya kawan baik saya menceritakan pada saya umpatan terbaru A tentang saya. Saya jadi marah dan menyampah, pada pengamatan saya, kalau dibiarkan A tidak akan berubah malahan secara terus menerus dia akan merasa selesa mengumpat dan mengeji orang lain. Tambah pula dengan sikap mementingkan diri sendiri yang melampau, saya semakin tidak dapat bersabar.

Satu persatu umpatan dan kejiannya bermain dalam fikiran saya, berputar-putar bagai mainan video. Semuanya semakin jelas dan nyata. Saya teringat betapa tegarnya A mengatakan bekas teman baiknya belum dikurniakan zuriat kerana Allah tidak mengizinkannya kerana dosa-dosa yang lampau. Kemudian saya teringat pula bagaimana A merendahkan intelek seseorang, wajahnya yang mencebik dan bibirnya yang terjuih mengutuk membuatkan saya makin sakit hati.

Amarah Kedua:

Saya pulang ke rumah mama untuk menjemput Zahra, rutin biasa setiap kali saya menghadirkan diri ke kelas. Ada beberapa keping Karipap bersaiz besar terhidang di atas meja. Rupanya tidak berjaya membangkitkan selera saya tapi suami yang duduk menunggu saya menyiapkan barang Zahra untuk dibawa pulang, memakan Karipap tersebut sedikit demi sedikit hingga habis sebiji. Siapa sangka di dalam rumah mama, yang tegas perihal makanan, ada makanan yang dimasak oleh orang kafir. Semuanya angkara sepupu saya yang mabuk kepayang bercinta dengan orang kafir. Saya marah, kesal dan kecewa dengan tindakannya yang bodoh dan melulu. Takkan la perkara sebegini pun tidak diletakkan di dalam kepala. Bagaimana boleh dia menjawab pada mama dia tidak terfikir makanan itu dimasak oleh orang kafir. Saya tidak menerima alasan keji dan pendek akal itu. Mama, Qisya, suami saya dan Zahra telah memakannya. Semuanya angkara dia yang mabuk cinta. Sungguh, dari dulu hingga sekarang dia tidak pernah berubah. Saya tidak lagi mahu berkompromi mahupun bertoleransi.

Alasan-alasan yang dia berikan setiap kali melakukan kesalahan selalunya hanya sekadar satu alasan melepas diri yang pendek akal. Bila dimarahi kerana pulang ke rumah lewat tengah malam, dia memberi alasan tidak menyedari kepantasan waktu yang berlalu. Sungguh jelek. Saya terfikir bagaimana seseorang itu tidak menyedari waktu yang berlalu, tidakkah dia nampak matahari yang terbenam dan diganti dengan bulan yang mula muncul? Atau tidak sedarkah dia, solat Zohor itu dilakukan ketika tengahari, Asar pada waktu petang, manakala Maghrib dan Isyaq didirkan di malam hari? Bagaimana lagi dia boleh terlupa akan waktu yang berlalu?

Hanya mama saja yang mampu bersabar, rungutan dari adik-adik telah lama kedengaran. Tentang dia yang bangun dinihari, bersiap dan keluar rumah bekerja. Pulang ke rumah, duduk berkurung di dalam bilik bergayut telefon dengan 2 teman lelaki yang dia sendiri tidak pasti yang mana satu patut dinikahi. Dia hanya turun, bertegur sapa dengan isi rumah untuk makan ataupun bercerita tentang hal-hal yang menyedihkan hatinya. Mementingkan diri sendiri!


Sungguh, saya ingin bertanya kepadanya, dengan perkara-perkara yang dia lakukan dalam hidup dia, apa yang dia harapkan Allah kurnikan padanya? Dia tidak melayani orang lain dengan baik. Adakah dia mengharapkan Allah mengurniakan rasa kasih dan sayang orang lain kepadanya? Dia menjalani hidupnya bagai "hidup malu, mati tidak mahu". Adakah dia mengharapkan Allah akan merubah kehidupannya menjadi lebih baik dan dilimpahi dengan rezeki? Dia bermain cinta dengan 2 lelaki, tidak menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim. Adakah dia mengharapkan Allah mengurniakan dia rumahtangga yang sejahtera dan penuh dengan cinta? Dia tidak melayani ibubapanya dengan baik, tidak menghiraukan adik beradik yang masih memerlukan bimbingan dan sokongan. Adakah dia mengharapkan Allah mengurniakannya zuriat yang soleh dan solehah yang akan menjaganya di hari tua nanti? Sungguh,Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka tidak berusaha mengubahnya sendiri.

p/s: Ya, marah saya masih bersisa tapi saya berniat mahu melupakannya. Saya mahu meneruskan kehidupan saya seperti biasa kerana saya tidak punya kemampuan untuk mengubah mereka. Maka saya berdoa kepada Allah, jauhkanlah saya dan keluarga dari kerosakan yang dibawa keduanya dan jagalah hati kami semua dari rasa marah, dengki dan sombong. Jagalah hati kami Ya Allah! Ameen.







Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Tuesday, April 5, 2011

Doa Mohon Bencana

Salam

Suami saya selalu mengingatkan saya, selain kata-kata, perbuatan juga satu bentuk doa. Kalau begitulah tafsirannya, maka perbuatan mereka ini tentulah suatu bentuk doa yang meminta Malaysia ditimpa malapetaka dan bencana.



Selesa hidup di Malaysia yang berada diluar lingkaran Api Pasifik? Tidak ada gempa bumi dan letupan gunung berapi. Allah boleh mendatangkan malapetaka mahupun bala bencana yang lebih hebat. Awaslah kita yang terus meneruskan membiarkan perkara sebegini berlaku, baik sebagai individu mahupun pihak yang berwajib.

Sabda Rasulullah SAW:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari).

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga didalam golongan yang memperjuangakan agamanNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

C.A.N.T.I.K

Salam

Semakin hari semakin pelbagai fesyen yang dipamerkan. Semakin mendedahkan aurat dan semakin tidak mengikut syariat. Tidak cukup dengan itu, ada juga fesyen yang tidak masuk dek akal dan melepasi batas kesopanan masyarakat. Betapa kita sudah jauh terpesong dari jalan yang benar.

Makin terdedah, makin kita mendefinisikannya sebagai cantik. Makin banyak yang tertonjol dan menonjol, semakin kita rasakan mengikut peredaran masa. Semakin lama, semakin kita jimat 'kain', saya bimbang menjelang tahun 2020, kita semua sudah 'berbogel' kerana mengikut peredaran zaman.

Kadang-kadang saya geleng kepala melihat FB rakan-rakan yang dahulunya cantik dan sopan tapi kini seksi dan hilang seri. Kalau dulu wajah tampak bercahaya, kini semuanya nampak kusam walaupun ditepek dengan bedak tebal dan baju yang mahal. Semuanya pelaburan yang sia-sia. Cantik pun tidak, pahala lagikan pula.

Kita terlampau selesa dengan keadaan Malaysia yang tidak ada bencana. Jadinya agama ditinggalkan. Rasuah dibiarkan melarat, suruhan agama hanya ikut bertempat. Yang mana kita rasa mudah kita ikuti, yang mana dirasakan payah kita pandang sepi. Islam hanya pada nama. Saya bimbang benar andai Allah mentakdirkan kita bukan sekadar tidak hidup dalam Islam, malah Islam pada nama pun tidak lagi.

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas , lagi Maha Mengetahui.

Al-Maidah, Ayat 54

Sekarang bila disebut saja Melayu, maka Islamlah agamanya. Sehingga kita ambil kesempatan. islam yang mudah, dimudah-mudahkan. Andai satu hari nanti firman Allah ini jadi kenyataan, maka siapakan yang rugi? Islam tidak memerlukan kita. Setiap pelusuk dunia ada penganutnya, setiap saat dan ketika azan akan dilaungkan. Islam memang tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan Islam!


Ini potret gadis-gadis cantik yang benar-benar cantik walaupun bertdudung litup. Tidak perlu pada 'pendedahan eksklusif pun tetap nampak anggun, malahan dikurniakan pahala pula kerana mengikut syariat. Apa alasan kita untuk saling berlumba-lumba, buka-membuka? Untuk dosa kering semata-mata? Cantik pun tidak tapi dosa semakinberlambak-lambak.

Nauzubillahimimzalik. Semoga kita semua dijauhkan daripada godaan syaitan durjana dan nyalaan api neraka yang sememangnya marak menyala.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Friday, March 25, 2011

Rahmat Allah 2

Salam.

Rahmat Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Saya merasainya dari pelbagai sudut. Bermula dari awal pagi, tatkala mata ini celik mendengar sayup-sayup azan hinggalah berat mahu terkatup setelah sehari kepenatan. Suka untuk saya menyambut doa dari Surah Al Mukminun, Ayat 18 "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."

Berkali-kali saya tekankan kepada beberapa orang teman dan saudara terdekat, kasih sayang manusia itu juga rahmat dari Allah. Rahmat yang Allah salurkan melalui hati-hati manusia. Seperti firman Allah kepada Nabi Muhammad SAW "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." Surah Al Imran, Ayat 159. Betapa Allah memasukkan rasa kasih sayang di dalam hati manusia yang menimbulkan rasa sayang yang teguh dan utuh untuk manusia yang lain. Besarnya rahmat Allah. Sampai kepada kita, dari pelbagai cara.

Diantara rahmat Allah yang paling saya syukuri ialah cinta luhur suami untuk saya. Tatkala matahari mula menampakkan diri, memberi sinar pada penduduk bumi, maka suami akan menghadiahkan saya kucupan penuh kasih. Kata-kata indah mengejutkan dan memperingatkan saya tentang tuntutan harian. Cinta itu berlanjutan hingga ke malam hari. Dan saya akan melelapkan mata dengan ucapan salam dan ciuman cinta yang mendamaikan. Sungguh cinta sebegini, kalau tidak kerana rahmat Allah, masakan saya merasai ketenangan melaluinya.

Baru-baru ini saya berasa sedikit kecewa dengan insan terdekat yang tidak mengendahkan hati dan perasaan orang lain. Bagai tiada nilai kasih sayang dan nasihat yang dicurahkan walhal semuanya dilakukan untuk kebaikkannya juga. Tidakkah dia terfikir betapa payahnya bila melihat insan yang kita sayangi terus menerus melakukan kesilapan, hanyut dalam kelalaian dan jauh dari kebahagiaan? Kerana rasa payah ini nasihat terus menerus diberikan, kasih sayang tanpa putus disalurkan. Mahu mengelak dari mengecilkan hati, maka bertungkus lumus kami memperhalusi setiap bait perkataan, biar pergi meresap ke dalam hati bukannya meninggalkan rasa sakit tidak terperi.

Saya mula merasakan kebuntuan pada setiap cara yang diusahakan. Tidak ada lagi cara yang boleh saya ketengahkan, kata-kata saya menjarakkan kami dan saya melihat jarak ini akan membawa kepada kerosakkan yang lebih besar. Maka segalanya saya serahkan pada Allah, pemberi hidayah dan pemberi pengajaran.

Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan meng'azabmu, jika Dia menghendaki.

Surah Al Israa', Ayat 54

Untuk dia yang saya kasihi, renunglah kembali kehidupan awak. Benar, diusia muda lagi awak telah diuji dengan pelbagai mehnah tapi itu tidak bermakna awak berhak melakukan apa sahaja apabila awak dewasa. Mehnah itu bertujuan mendidik, bukan menjadikan awak angkuh. Saya seringkali mendengar keluhan terbit dari bibir, payah benar awak mahu bahagia. Pernahkah awak berfikir kenapa? Kerana syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Biar dunia ini dihujung jari, semua benda mampu dibeli, tapi kalau hati ibu tidak merelai, bahagi tidak mungkin awak kecapi. Mungkin ibu awak ada melakukan kesalahan kerana dia juga manusia biasa, tapi ini bukan caranya menangani kesalahan seorang ibu. Kerana tidak kira apa pun salahya, darjatnya tetap juga seorang ibu yang mengandungkan awak selama 9 bulan, dan membesarkan awak dalam serba kekurangan tapi awak tetap mampu menjadi orang yang berilmu. Dan satu perkara lagi, saya percaya, jika awak mempunyai anak suatu hari nanti tentu juga awak mengharapkan awak tidak diperlakukan seperti mana awak memperlakukan ibu awak. Jangan dihujah yang awak tidak akan mengulangi kesilapan ibu awak kerana dari apa yang saya lihat, awak mewarisi kebanyakkan personalitinya. Renungkanlah, jangan tunggu segalanya terlambat. Sama ada ibu awak pergi selamanya atau hatinya beku melihat perilaku anak sendiri yang payah benar mahu menumpang kasih.

Saya hanya mampu menasihiti, yang lainnya terserah pada awak. Mahu berubah atau buat tidak endah. Satu sahaja pesan saya, bila segalanya sudah berakhir, menangis air mata darah sekalipun tidak mampu merubah segala yang punah.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangakan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Monday, November 1, 2010

Surat Durjana

Salam

Dah lama sebenarnya penulisan ini berada dalam simpanan saya. Dari mana saya perolehinya pun, saya dah lupa. Mungkin ada yang mengaggapnya dah basi tapi saya rasa masih belum terlambat untuk berkongsi. Sebagai peringatan, kerana Syaitan tidak akan berhenti memesongkan kita, selagi manusia itu bernyawa.

..::A'uzubillahi min asyaitanirrajim::..

SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh , Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani. Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, menghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh , kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak. Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui
Al-Baqarah. Ayat 169

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Westernized itu Civilize?

Salam

Topik ini mengambil tempat di antara saya dan suami ketika suami pulang makan tengah hari Alhamdulillah, dia menyukai cubaan kali pertama saya memasak Singgang Daging. Credit to Wana Yusuf kerana saya mencuba resepi dari situ. Kata suami, 'Ini masakan yang 2nd sedap selepas Daging Black Pepper'. Saya senyum lebar, puas hati dengan pujian suami. Maklum saja la, saya ini bukannya 'Gadis Melayu Terakhir', bab memasak ini bukan bidang saya.

Berbalik kepada topik yang dibincangkan, saya melihat keadaan ini semakin serius dikalangan masyarakat kita. Bila mengikut tradisi sahaja, mula lah dikatakan kekampungan. Jadi yang berbudaya barat (speaking, makan makanan western, berfikiran barat), barulah di sanjung dan dikatakan moden dan up to date. Sungguh tidak ada jati diri. Apa? Kalau saya cakap Melayu, pakai Baju Kurung dan makan Budu, tidak bertamadunkah? Tidak moden dan mengikuti perkembangan semasa? Saya bosan melihat mereka yang hanyut dengan agenda barat. Terikut-ikut sangat sehingga lupa dimana bumi dipijak. Jujur saya katakan, tidak ada apa yang boleh dibanggakan jika kita tidak ada jati diri. Yang sedang 'kamu' semua banggakan itu bukanlah budaya kita tetapi budaya Mat Saleh, penjajah yang dulunya kita usir dan kini kita biarkan dia menjajah pemikiran kita sepenuhnya. Ada suatu ketika, ada pula yang mempersoalkan tentang adab makan. Bukankah mengikut adab, sudu di pegang dengan tangan kiri? Jadi macam mana? Biar saya tanya kembali, mahu ikut ada atau mahu ikut agama? Jangan mudah menerima tanpa berfikir, buat apa lah mahu diagungkan hukum yang manusia cipta, sedangkan Allah sudah meletakkan garis sempadannya.

Jujur saya katakan, Malaysia ini boleh di katakan sebagai extremist yang melahirkan extremist. Semakin ramai yang bertudung, tapi dalam masa yang sama semakin ramai juga yang mendedahkan aurat mereka, malahan lebih ber'telanjang' daripada dulu. Kumpulan-kumpulan usrah semakin banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, begitu juga dengan anak-anak luar nikah yang lahir mengikut musim. Bak kata seorang teman, 14/2 Valentine, makanya 9 bulan selepas itu, yakni bulan 11, pasti ramai bayi luar nikah yang akan dilahirkan. 1/1 tahun baru, bulan 9, bulan kelahiran anak tahun baru. Satu hakikat yang menyakitkan.

Saya sendiri sedang mengalami transformasi, sedang berhijrah, dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Saya dalam proses memahami dan mengambil peduli. Jujur saya katakan, dulu saya seorang yang ignorance, apa nak jadi dengan dunia ini jadilah, janji saya dan keluarga dalam keadaan yang baik. Munkin ini juga pemikiran kebanyakkan daripada kita. Asal punya kerja, punya tempat tinggal, cukup makan minum, anak-anak bersekolah, keluarga tidak porak peranda, maka apa nak jadi, jadilah. Biarlah pemimpin rasuah dan sebagainya janji tidak ada kena mengena dengan kita. Betul ke tak ada kena mengena? Kita hanya mengundi, jadi tak berdosakan undi sesuka hati?

Back to the topic, apa yang ada dengan budaya barat? Budaya yang tidak percaya dengan institiusi perkahwinan, kata mereka perkahwinan itu adalah 'Legal form of slavery'. Sunguh, saya bukan tersangat anti sehingga tidak memandang langsung tentang kebaikkan yang mereka ada, cumanya sikap rakyat kita yang terlalu berbudaya di bawah pengaruh barat sehingga menjadi seperti 'kacang lupakan kulit' menjengkelkan saya. Mahu adapt dengan apa yang mereka ada? Tapis dulu, jangan diambil 100%, ini tidak, apa dikatakan barat, itulah yang betul. Bila dikata 'Wine is healthy because its antioxidant', maka kita pun percaya. Saya tidak percaya langsung! Mungkin anggur antioxidant, tapi kalau sudah diperap sehingga mengeluarkan gas yang memabukkan, masih antioxidant lagikah? Kalau inilah pemikiran anak muda kita, saya tidak ragu, andai suatu hari nanti ada saintis yang mengatakan mereka telah menjumpai cara untuk membunuh cacing yang berada didalam babi, maka akan ada yang memakan babi. Dengan alasan, sebab babi diharamkan telah pun dihapuskan. Nauzubillah, semoga kita semua dijauhkan dari kejahilan dan tipu daya orang-orang kafir.

Kalau Allah kata haram, maka haramlah ia. Allah yang mencipta manusia, tentu lah Dia lebih tahu tentang kita. Melainkan 'anda' tidak percaya yang kita dicipta oleh Allah SWT. Saya mahu mengulas lebih panjang, mahu mengutarakan lebih banyak pendapat tapi serasa saya, kalau terlampau panjang mungkin tidak akan dibaca. Jadi, InsyaAllah, di lain lembaran.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Friday, October 29, 2010

Bila Dunia Semakin Tua

Salam

Seperti biasa, sebelum suami melangkah ke tempat kerja, kami akan mengambil masa yang ada bersembang-sembang. Memulakan hari dengan berkongsi cerita. Sharing is caring. Setiap masa yang ada kalau boleh , saya mahu meluangkannnya bersama suami, maklum, semenjak dia bekerja secara office hour saya merasakan masa kami bersama semakin berkurang. Jadinya, saya cuba sedaya upaya menggunakan masa yang kami ada sebaik mungkin. Tazkirah hari ini mengenai keadaan 'moral' Malaysia. Macam-macam cerita yang tidak sedap didengar telinga menimbulkan rasa takut dalam diri saya. Dunia ini semakin dimamah usai, semakin berada di akhir zaman. Kedengarannya semakin banyak binasa yang terjadi, maksiat pun semakin menjadi-jadi. Nauzubillah, semoga kita semua terpelihara dari segala rencah kemaksiatan dan kehinaan.

1. Islamic Fashion Show.

Katanya...
























Saya tidak mahu memberi komen panjang. Kita nilai sendiri. Inikah fesyen islam? Saya merasa sakit hati melihat kejahilan itu dipromosikan serata dunia. Tidak kira apa pun alasannya, tahu atau tidak tahu, ianya harus dihentikan segera. Yang bertanggunjawab harus perbetulkan segalanya dan kita yang masih 'siuman' harus mengambil tanggungjawab untuk mengelakkan 'barah' ini daripada menular di kalangan masyarakat.


















































2. Kelab Malam dan Spa

Alasannya mahu meningkatkan Industri Pelancongan, wajarkah? Bukankah pelancong datang ke Malaysia untuk melihat budaya dan kecantikkan alam semulajadi yang ada di Malaysia? Untuk apa mereka datang ke kelab malam di Malaysia sedangkan kelab malam di negara mereka sendiri lebih dahsyat. Sebetulnya kelab malam itu untuk siapa. Siapa majoriti yang menghadiri kelab malam? Pelancong atau rakyat Malaysia sendiri? Sungguh tidak berfikir panjang. Kalau pun tidak berfikir tentang agama, fikirlah secara logik akal. Rentetan penubuhan kelab malam dan spa ini tentunya masalah sosial yang semakin meningkat dan pembuangan bayi yang ramainya tidak terkira. Menangani masalah ini juga memerlukan peruntukkan, jadinya, segala hasil dari kelab malam akan menjadi sumber untuk membasmi masalah yang ditimbulkan kelab malam. Boleh jadi hasilnya pun tidak mencukupi untuk menganggung keruntuhan moral itu nanti.







































Ya Allah, siapalah yang mahu menanggung dosa yang sebegitu banyak. Saya jadi risau, andai maksiat berleluasa, tentu sahaja Malaysia akan ditimpakan dengan bala bencana. Waktu itu, tidak ada yang terkecuali, tahu atau tidak tahu, baik atau jahat. Tetap akan ditimpakan bala bencana. Astaghfirullah. Saya panjatkan doa, semoga Allah menghalang mereka dari terus menerus melakukan kerosakkan di muka bumi ini.

Sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran tetapi mereka tidak mengubahnya, hampir-hampir Allah akan menjadikan azabnya melanda semua orang.

Zainab bertanya kepada RasulAllah SAW: "Adakah kami akan binasa ditimpa azab Allah sedangkan di kalangan kami ada orang-orang yang soleh?". RasulAllah SAW menjawab: "Ya, jika banyak kemaksiatan".

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaaNya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...