Sunday, August 26, 2012

Ramadhan di Kelantan

Salam

Ramadhan di Kelantan terlalu pendek. Kerinduan terhadap nenek dan kampung halaman tidak sepenuhnya saya kecapi. Suasana kampung yang mendamaikan dan persiapan yang meriah akan saya rindui. InsyaAllah, usaha untuk beraya mahupun menjalani ibadah puasa di Kelantan akan saya usahakan di tahun-tahun akan datang.

Seperti biasa, halaman rumah bertambah meriah. Hobi nenek sebelah abah yang saya sedia malum suka bercucuk tanam, membuatkan halaman rumah dipenuhi pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Semuanya menyamankan dan menyejukkan mata. Saya suka kesegaran yang sebegini.

Tidak banyak yang mahu saya coretkan, biarlah gambar menceritakan kemeriahan persiapan raya di sana. Gambar jugalah yang mampu memberikan gambaran terindah bagaimana Zahra menikmati kehidupan barunya sebagai 'gadis kampung'. Bagai tidak cukup tanah dia berjalan sehinggakan mahu di bawa masuk ke dalam rumah di petang hari pun dia enggan. Masih belum puas bermain.


Adik-adik sibuk menyediakan Air Kelapa sebagai juadah berbuka puasa.

Suami yang berusaha keras untuk ketupat palas. Berjayakah?

Nenek


Tanaman

Zahra, tak pernah puas bermain :)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...