Salam
Lama meninggalkan blog. Rasanya itu sajalah kemampuan setakat ini. Setahun hanya mampu menulis 2/3 postings sahaja. Mungkin itu pun sudah cukup baik. Rata-rata blog yang saya follow, kebanyakkannya tidak lagi wujud. Saya sahaja yang masih setia...dan ada seorang lagi teman yang setia membaca dan meninggalkan komen di post terdahulu. Terima kasih Eyqa.. (^_^)
.
Semenjak dari post yang lama sehinggalah kini, PhD saya masih di tahap yang sama. Semangat saya hilang entah ke mana. Lama saya tidak menyentuh thesis sedangkan hanya sedikit sahaja lagi untuk proposal defend. Bukan salah sesiapa. Salah saya yang tidak kuat semangat, tak push through. Pandemik ini menyibukkan saya dengan banyak benda kecuali thesis. Memang saya berehat sepenuhya dari thesis. Kalau diikutkan, tahun ini tahun ke 3 saya sebagai pelajar PhD, saya sudah mula dihujani dengan soalan dari orang ramai. Seperti perjumpaan keluarga baru-baru ini. Ada yang bimbang dan ada juga yang bertanya dengan sinis. Jujurnya, bukan semua orang mahu kita berjaya. Ada yang tidak mahu kita melebihi anak-anak mereka. Tapi itu bukan urusan saya. Matlamat mahu menamatkan pengajian PhD ini bukan untuk mereka. Untuk saya, suami dan anak-anak. Impian saya mahu menjadi seorang Professor yang mepunyai keluarga yang besar, menjadi inspirasi buat anak-anak, bekerjaya menjadi seorang Pensyarah seperti suami dan akhirnya saya, suami dan anak-anak semuanya terlibat dalam bidang pendidikan dan kami boleh menggelarkan diri kami sebagai keluarga academician. Ya, itu impian saya dan impian yang saya tanamkan dalam diri anak-anak juga. Belajar sampai PhD dan kemudian jadi lecturer.
.
Kalau bercakap pasal thesis, jujurnya saya memang kecewa. Terasa seperti tahun 2021 berlalu begitu sahaja. 2 semester terbuang sia-sia, bersama dengan yuran dan peluang untuk menerima anugerah Graduate On Time (GOT). Tapi kalau nak kata 2021 tu saya langsung tak buat apa tak juga. 2021 ini banyak saya luangkan masa dan melabur dalam ilmu yang baru. Saya belajar Unit Trust dan juga Stock Trading-which surprisingly, I kind of enjoy it. Sewaktu mula-mula menyertai kelas Unit Trust, blur juga mula-mula. Maklumlah tidak ada idea langsung tentang Unit Trust. Tapi selaku seorang pelajar yang nerd dan komited, berbekalkan nota warna warni dan kesungguhan, saya akhirnya dijemput oleh trainer untuk satu sharing session. Alhamdulillah, sangat berbesar hati berkongsi pengalaman dan ilmu. Memang satu pengalaman yang saya appreciate sangat, sehinggakan terniat jugalah di hati mahu jadi agent Unit Trust tapi saya masih belum mengambil apa-apa tindakan ke arah itu.
.
.
Selesai belajar Unit Trust, saya belajar Stock Trading pula. Stock Trading jauh lebih susah dari Unit Trust. Hahaha. Tapi saya masih lagi gigih mendalami ilmu yang diberikan Trainer. Minggu lepas merupakan kali pertama saya trading stock. Mencabar dan memang mengganggu emosi. Huhuhu. Tidak seperti Unit Trust yang lebih predictable dan less risky, saham ini walaupun sudah selesai Technical Analysis dan Fundamental Analysis, untung/rugi tetap belum pasti. Saham ini banyak 'permainan'nya. Pada saya biar pun sudah belajar pelbagai teknik dan telah menuntut ilmu dengan ramai guru, kita sendiri kena melalui 'pancaroba' dan 'tipu helah' market. Kita sendiri perlu bijak menganalisis mentality dan selera investors lain. Ini pendapat saya selaku investor baru, suam-suam kuku dan belum setahun jagung. Dalam 7 counter yang saya trade sepanjang minggu lepas, hanya 2 counter sahaja untung. 5 lagi mengalami kerugian. Bukanlah kerugian besar tapi cukup mendahului keuntungan ciput dari 2 counter itu. Huhuhu. Tak apa. Belajar dari pengalaman. Insyaallah Disember nanti saya akan kembali trade sebab kata ramai kawan-kawan dalam community Saham Profit, akhir November memang market tak berapa cantik kerana quarterly report yang dikeluarkan. Mudah-mudahan Disember jadi bulan yang menguntungkan.
.
.
Tahun ini juga saya semakin rancak menyemai cintakan membaca pada anak-anak. Hujung bulan ada sahaja parcel dari Big Bad Wolf mahupun PTS BookCafe yang berisi buku pelbagai genre untuk anak-anak. Saya juga turut terjebak sama. Mana tidaknya, budak-budak ini kalau kita tidak berteleku sekali, semangat mereka pun berkurangan. Perlu ada galakan dan komunikasi yang membuatkan habit baru itu satu aktiviti yang menyeronokkan Jadinya saya pun mula mengisi masa dengan membaca novel-novel Inggeris. Jadinya selesai satu buku kami akan saling bertukar cerita. Zahra/Wardah/Haris dan Rauhah akan memberitahu saya tentang buku yang dibaca mereka. Begitu juga saya. Cumanya saya mengolah jalan cerita sesetengah buku mengikut kesesuaian anak-anak. Banyak juga hobi baru lain yang kami mulakan tapi untuk menceritakan semuanya disini, saya rasa malu sendiri kerana sedikit kebudak-budakan. Apalah emaknya boleh terjebak sama sedangkan umur sudah pun mahu mencecah 35 tahun 2022 nanti. (^_^')
.
.
Kesimpulannya, 2021 bukanlah kosong tidak terisi. Saya boleh kata ianya tahun yang padat dengan pelbagai aktiviti yang semuanya ada nilai tersendiri. Cumanya pada saya ianya sedikit mengecewakan kerana sedikit pun saya tidak peruntukan masa untuk perbaiki thesis sedangkan masa semakin berlalu dan menghabiskan PhD ialah impian terbesar saya setakat ini. Kecewa tapi masih belum berputus asa. Mudah-mudahan Allah berikan semangat, keazaman dan ketekunan untuk saya menamatkan PhD. Ya Allah, permudahkanlah urusan PhD saya..
.
.
.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)