Salam
Saya tidak pasti entah kali ke berapa saya menulis tentang sahabat yang sama. Cerita pertama yang saya kongsikan tantang dia adalah mengenai betapa beruntungnya saya mempunyai teman yang baik hati, memahami dan ikhlas dalam persahabatan. Kisah kedua tentang bagaimana dia diuji Allah SWT, kehilangan upaya sebagai manusia biasa dan terlantar di katil hospital yang empuk tapi tidak mampu melenakan buat beberapa bulan lamanya. Saya juga pernah menurunkan sebuah puisi untuk dia, memohon doa yang dititpkan buat dia dimakbulkan Allah SWT.
Beberapa lama kemudian,saya masih lagi menulis tentang dia yang belum sembuh dari penyakit yang tidak diketahui. Kata doktor,penyakit yang baru sahaja 'menjejaki' Malaysia sekitar 5/6 tahun yang lalu. Pelbagai usaha telah dijalankan dan dia tidak memberi sebarang tindak balas terhadap sebarang ubat-ubatan. Akhirnya,sebagai langkah terakhir, doktor menyarankan dia menukar darah dan ianya membuahkan hasil. Dia sedar daripada lena yang panjang namun kehilangan sebahagian besar kebolehan diri sebagai manusia normal. Bertitik tolak dari situ,dia menjalani fisioterapi dengan tekun dan sabar. Kali pertama saya menziarahinya selepas dia 'membuka mata', dia menangis semahunya. Saya, turut serta larut dalam titisan air mata yang dicurahkan. Alhamdulillah,hari demi hari, dia semakin pulih.
Tapi takdir itu bukan ditangan manusia, dia di hantar di pusat jagaan untuk berkongsi hidup dengan makcik dan pakcik yang dibuang keluarga. Bagai orang yang tidak punya siapa,kadang-kadang ketika dinihari dia disapa pakcik Cina yang nyanyuk yang mahu menonton TV bersamanya. Saya menangis mendengar keluhan dia. Ada ketika berjam-jam lamanya kami berbual di telefon dan berjam-jam itu juga kami berkonbgsi air mata,suka dan duka. Saya masih mengunjunginya walaupun kekangan masa yang menghimpit. Sukar untuk memberikan komitmen yang berterusan dalam keadaan sarat mengandung. Pernah sekali,dia mengusap perut saya dan ketika itu juga anak di dalam perut menendang perlahan, kami ketawa bahagia. Terasa indah detik-detik yang dilalui tapi saya tahu peritnya tidak mungkin dihilangkan dengan kehadiran saya yang jarang-jarang sekali.
Beberapa bulan berlalu dan saya tidak mampu menghitungnya lagi. Di saat saya kehilangan harapan terhadapnya untuk kembali pulih seperti biasa, Allah datangakan sinar bahagia yang tidak terduga. Dia kini mampu berbicara, tersenyum ceria dan hidup seperti biasa. Walaupun masih dibiarkan sendiri di pusat jagaan,dia saya lihat semakin gigih meniti kehidupan. Alhamdulillah,rakan-rakannya semakin ramai yang mendekati,tidak seperti keluhan yang saya dengari ketika kami bercakap melalui telefon, "Bila sakit macam ni,baru kita tahu siapa yang sebenarnya kawan". Saya diam,tidak tahu bagaimana mahu menghilangkan rasa terkilan dihatinya.
Di saat kami semua merasa selesa dengan keadaan kesihatannya,Allah menguji kami sekali lagi. Dia kembali tidak sedarkan diri dan yang paling menyayat hati,keadaanya lebih buruk berbanding yang sebelum ini. Saya menerima perkhabaran itu ketika saya sarat mengandungkan anak kedua. Saya hanya mampu berdoa dan berharap. Hati saya meronta mahu mengunjungi dia tapi saya sendiri keluar dan masuk hospital tanpa henti, kandungan kali ini sedikit menguji. Sehari selepas tempoh berpantang tamat, saya menjejakkan kai ke PPUM. Melihatnya terlantar di katil dan mendengar rungutan misi membuatkan hati saya hancur. Kata misi, "Tidak ada sesiapa pun yang melawat dia secara rutin. Ibubapa dia pun jarang-jarang sekali datang. Yang menguruskan pakaiannya pun orang-orang dari pusat jagaan itu". Saya berpaling mengadap tingkap dan buat sekian kalinya, saya menangis lagi.
Ya Allah, sungguh saya tidak tahu berapa banyak lagi air mata yang harus saya gugurkan untuk sahabat yang seorang ini. Hati saya hancur mengenangkan dia yang berusia 26 tahun tetapi bagaikan tiada masa depan yang menanti. Hati saya hancur mengenangkan ibubapanya yang rela dan tegar membiarkan dia sendiri bertarung nyawa melawan penyakit yang menyerang. Hati saya hancur Ya Allah. Sungguh saya merayu,sembuhkanlah dia,sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia. Tidak ada sesiapa lagi yang mampu memberikan dia kesembuhan dan kebaikan melainkan Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Yang menjadikan langit dan bumi dan semua makhluk yang berada di antaranya. Saya memohon dan meminta pertolongan dariMu Ya Allah,berikanlah kesembuhan padanya dan pulihkanlah dia seperti sedia kala. Allah,makbulkanlah! Ameen.
Salam perkenalan.I know Irin too.Sedih tengok keadaan Irin last time saya melawat dia.Lagi sedih baca entry ni.Semoga Allah sentiasa merahmati Irin.Ameen!
ReplyDeleteSalam perkenalan. Ya,saya cam awak...saya ada tengok gambar awk dan Irine bersama-sama. Ameen. Sama2lah kita mendoakan kesejahteraan Irine. :)
DeleteAssalamualaikum....bleh saya dapatkan alamat family arwah iriniah tak ?...
ReplyDeleteSaya kawan sekolah dia
Waalaikumussalam. Maaf saya tak tahu exactly rumah parents dia. Saya selalunya jumpa dia di hospital dan pusat jagaan sahaja. Thanks.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMaafkan saya yer...saya rakan dia juga..
ReplyDeleteboleh saya tau di mana arwah dikebumikan?
Di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam, Seksyen 21. No tapak perkuburan D4013.
DeleteSemoga arwah tenang di sana..tdk mengenal rpt dgn nya tp cukp utk membuat hati sendu m,bc kisah hdpnya..andainya ku tahu irin
ReplyDeletesebenarnya dia sakit apa,maaf sy kwn sekolah dia
ReplyDeleteSakit yang tak berapa nak jelas. Tapi kalau ikut diagnosis terkahir, punca kematian ialah Brain Cancer.
DeleteAssalamualaikum....saya nak tau tarikh kematiannya....kesian dan sedih saya tgk keadaan kubur arwah...kalo diizinkan ada rezeki lebih saya nak buat batu nisan utk arwah....saya nak maklumat detail pasal arwah.please call saya.... ni no saya....0122915182..khairul azzuan
DeleteXsgka dah lame sy cri arwah.tp bila dh jumpa mcmni pula jdnye..maaf irin.sy kwn sek ren dia dlu..setahu sy dia ddk dgn nenek dia sblm ni.blh sy tahu nenek dia meninggal ble?..tkasih
ReplyDeleteirin.. tak sempat diri ini menabur budi sebagai sahabat... kau pergi jua.... :'((
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBertuah Irin ada kawan sebaik Rab. Semoga Allah memberi keampuanan kepada kita semua.
Waalaikumussalam.
DeleteThank you Kak Rina. Insyaallah,semoga kita semua diberi keampunan dan juga khusnul khatimah. Ameen