Monday, January 14, 2013

Kelahiran Kedua

Salam

Sudah panjang lebar saya menulis tentang pengalaman saya bersalin anak kedua. Bersambung-sambung dan hampir siap sepenuhnya. Tapi semalam, setelah berkira-kira, saya membuat keputusan untuk memadam kesemuanya. Cukuplah pengalaman itu menjadi kenangan untuk saya, jika mahu diceritakan pada anak-anak suatu hari nanti, insyaallah pengalaman itu masih kekal diingatan.




Saya akui, pengalaman kali ini tidak seperti kelahiran anak pertama. Segalanya dipermudahkan Allah SWT; sakitnya tidak lama dan layanan kakitangan hospital juga mesra dan prihatin. Berbeza benar dengan pengalaman bersalin kali kedua, saya diuji dari pelbagai sudut. Rasa sakit berlarutan sehingga dua minggu, komplikasi ketika bersalin, kekasaran misi yang berugas dan jangkitan darah beberapa hari selepas bersalin. Dua post saya sediakan untuk menceritakan semua peristiwa yang saya alami. Beberapa kali juga saya semak dan tapis agar sesuai untuk tatapan para pembaca, akhirnya saya padam kesemuanya. Hati saya berbolak balik, bimbang coretan itu menjadi suatu rungutan dan bukannya sebuah perkongsian pengalaman. Walaupun sudah berkali-kali saya menapis isi kandungannya, entah kenapa hati saya masih tidak selesa. Biarlah, biarkan semuanya hanya tersemat rapi di dalam ingatan. Saya percaya, pengalaman kali ini, walau tidak di abadikan di dalam blog, masih tetap akan terpahat di ingatan. Insyaallah, tatkala anak-anak dewasa nanti saya masih mampu menceritakannya seperti semunya baru berlaku semalam.



Wardatul Islam, biarpun dilahirkan dengan pelbagai ujian, sedikit pun rasa gembira yang Allah kurniakan itu tidak berkurangan. Malah rasa bahagia setanding dengan bahagianya ketika menimang cahaya mata pertama, Zahratul Iman. Doa yang sama Mama panjatkan untuk Wardah (sama dengan doa pada post kelahiran kakak Zahra), semoga menjadi seorang hafizah, pejuang Islam dan anak yang solehah. Semoga menjadi harta buat Mama, Abi dan Islam. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...