Semalam saya dan suami ke One Utama mencari botol yang cantik untuk Madu keluaran syarikat kami. Asalnya itu bukanlah tujuan utama tapi bila sudah sampai di sana, mencari botol seolah-olah menjadi misi pula. Setiap kali masuk ke kedai-kedai, mata melilau melihat botol kaca yang sesuai untuk mengisi Madu. Sebenarnya kami sudah ada botol untuk Madu 500g, jadi sekarang ini sedang mencari botol untuk 250g dan 150g Madu. Di IKEA ada juga yang menarik tapi kami lihat kebanyakan pengedar Madu menggunakan botol yang hampir sama, jadi kami meneruskan lagi usaha mencari. Jadi, kalau ada sesiapa yang menjual botol-botol kaca yang menarik atau punya kenalan dan maklumat tentang botol-botol kaca, boleh komen di post ini ya. Terima kasih! :)
OK, berbalik ke tajuk asal. Berjalan-jalan tidak lagi sama seperti saya muda mudi dahulu atau ketika kami mula-mula mendirikan rumah tangga. Kalau dulu yang perlu dirisaukan hanyalah duit yang ada di dalam poket. Tapi sekarang, keperluan anak menjadi keutamaan. Pampers, baju spare dan bekalan susu yang mencukupi. Selalunya bila kami ke shopping complex, khidmat Baby Room memang disediakan. Jadinya mudah la kalau perlu menukar lampin ataupun membancuh susu. Tapi semalam lain pula halnya. Bekalan air panas sudah pun kehabisan, bila ditanya pada pekerja di Jusco, katanya stok air sudah pun dipesan tetapi belum sampai.
Muka happy dalam Baby Room
Panik juga saya dibuatnya, Zahra semakin mengantuk dan kami pula kehabisan susu. Kalau diikutkan boleh saja susu itu dibancuh dengan air mineral tapi saya tahu pastinya tidak sedap seperti yang dibancuh air panas. Kami menambah usaha carian, berpusing-pusing sambil cuci mata mencari mana-mana kedai makan yang sesuai untuk memesan air panas. Mahu memesan air panas semata-mata, rasa segan pula. Jadi kami mengambil keputusan untuk mencari kedai makan yang sesuai dengan citarasa tekak dan poket kami sekali. Saya melihat beberapa kedai makan yang membuat saya kecur air liur, tapi bila melihatkan harganya, saya rasa tidak berbaloi.
Akhirnya, setelah hampir sejam mencari, McD juga yang kami pilih. Sedikit kecewa sebenarnya kerana terpaksa menjamu selera dengan fast food biasa. Tapi kami sudah pun kepenatan, susu Zahra pula perlu dibancuh secepat mungkin sebelum dia menangis menjerit-jerit meminta susu. Suka atau tidak, saya menikmati sahaja rezeki untuk hari itu. Alhamdulillah, kenyang juga rasanya. Hati pun lega bila susu Zahra siap dibancuh.
Akhirnya, setelah hampir sejam mencari, McD juga yang kami pilih. Sedikit kecewa sebenarnya kerana terpaksa menjamu selera dengan fast food biasa. Tapi kami sudah pun kepenatan, susu Zahra pula perlu dibancuh secepat mungkin sebelum dia menangis menjerit-jerit meminta susu. Suka atau tidak, saya menikmati sahaja rezeki untuk hari itu. Alhamdulillah, kenyang juga rasanya. Hati pun lega bila susu Zahra siap dibancuh.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)