Thursday, February 2, 2012

Hobi Baru Zahra

Salam

Ini muka Zahra ketika buat muka budak baik bermata kuyu yang selalunya membuatkan ramai orang sayang dan rasa seperti nak cium tanpa henti. Kalau di bawa berjalan-jalan, mesti ramai yang menyapa Zahra. Ditambah pula dia yang ramah dan murah senyuman. Mulut tak habis-habis mengomel comel. Bila dah tak tahan melihat dia, mulalah ramai yang minta kebenaran nak mendukungnya sebentar. Terutamanya ketika kami berhenti untuk solat di surau-surau di stesen minyak ataupun di shopping comlex. Siap ada yang sanggup tunggu saya selesai solat untuk minta kebenaran mahu mendukung Zahra.

Saya budak baik! (Ameen)

Ketika kami menziarah saudara di Negeri Sembilan, Makcik saya memberitahu Zahra mempunyai raut wajah yang lemah lembut. Begitu juga dengan moyang Zahra, berkali-kali dia memuji Zahra yang lemah lembut dan well behave di hadapan orang ramai. Zahra memang begitu, kalau dia berada di tempat awam dia jadi ramah, semua pun mahu ditegur dan di ajak berbual. Bila dia di agah, dia akan tersenyum girang. Siapa yang tidak geram melihat keletah sebegini?

Di sebalik kelembutan yang selalu disebut-sebut tu, Zahra sebenarnya seorang bayi yang aktif. Asal celik sahaja mata, otaknya ligat memikirkan aktiviti yang harus dibuat. Terutamanya di pagi hari, habis satu rumah di tawafnya. Saya bertambah penat bila dia semakin mahir mengesot, setiap penjuru rumah ingin di lawatinya. Baru sahaja saya duduk, terpaksa pula saya bangun untuk 'mengutip'nya yang telah pun sampai ke dapur atau pun pintu bilik air. Sekarang saya melihat dia sedang mencuba-cuba untuk merangkak. Melihatkan usahanya yang bersungguh-sungguh, mungkin dalam seminggu dua dia akan merangkak dengan baik. Maknanya bertambah la kerja mengutip.

Bawah kerusi, meja makan.

Bawah ampaian kain. Hajatnya nak tolong Mama. :)

Selain dari kesukaan dia meneroka rumah, Zahra juga suka menghasilkan gema di dalam rumah. Dia sepertinya faham dengan keadaan sunyi di dalam rumah yang dihuni hanya kami bertiga. Jadinya, mulalah dia bersikap maharajalela. Sesuka hati sahaja menjerit-jerit. Kadang-kadang saya melihat dia menjerit dengan harapan saya akan ketawa melihat gelagatnya. Bila saya ketawa dia semakin galak menjerit nyaring, seperti mengagah saya pula dibuatnya.

My Margarita from Ebyll on Vimeo.

Ini gelagat Zahratul Iman, yang Mama pasti, bila Zahra menginjak dewasa nanti Mama dan Abi akan merindui keletah Zahra yang menghiburkan kami saban hari. Semoga menjadi anak solehah, pejuang agama yang tinggi ilmunya dan anak yang akan berbakti kepada orang tuanya. Ameen. Doa Mama sentiasa bersama Zahra.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...