Salam
Saya kira dugaan itu cukup serasi dengan saya. Tidak pernah ia berlalu sekadar berhenti seketika, adakalanya menjadi seperti ribut yang menyebabkan saya menitiskan air mata atau kadangkala menjadi seperti hujan renyai yang membuatkan saya termenung seketika. Semuanya masih sama, pasang surutnya sahaja yang berbeza.
Mahu dikeluh, lebih ramai yang berduka. Sewajarnya saya tidak perlu banyak bicara. Biarkan ia terpendam dilubuk hati. Kalau ia timbul, biarlah ianya hanyut dibawa arus, seandainya ia tenggelam, biarlah tersimpan di dasar lautan. Menjadi satu misteri yang tidak ketahuan.
Teringat pada dialog cerita yang diadaptasi dari sebuah novel terkenal Ombak Rindu, membuatkan saya berkira-kira. Samada saya pasrah atau redha kerana "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Saya banyak berfikir tentang ini, redhakah saya. Jika benar redha, adakah orang yang ikhlas terasa luka yang dihiris? Jika saya pasrah, benarkah saya seorang yang mengalah. Tidak menyambung perjuangan itu setelah segalanya dilambung ombak yang membuahkan sakit dan marah.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)