Lama saya mencari alat (teaching aid/tools) untuk mengajar anak saya tentang doa harian, solat atau pun huruf-huruf hijaiyah. Waktu saya mula-mula mencari flashcard Alif Ba Ta pun, melilau juga saya dibuatnya. Kebanyakan kedai buku memang tak ada, yang mereka ada flashcard untuk ABC sahaja. Akhirnya, bila saya tidak meletakkan harapan pun untuk menjumpainya, saya dipertemukan dengan flashcard huruf hijaiyah di kedai buku SOGO. Sungguh tak tersangka.
Saya terus mencari dan mencari alat yang sesuai untuk saya mengajar anak saya. Saya ke kedai buku MPH. Di sana memang saya tidak nafikan pelbagai tools yang ada untuk mendidik anak-anak. Ibubapa tidak mempunyai alasan lagi, hanya mahu atau tidak sahaja. Semuanya lengkap untuk setiap peringkat umur, dari usia bayi (tak sampai setahun) sehinggalah ke umur 5/6 tahun. Lepas itu, ada pula buku-buku untuk mereka yang sudah pun memasuki alam persekolahan. Semua yang disediakan di sana menarik dan mempunyai fokus yang tersendiri. Saya tersenyum, tidak sabar rasanya mahu beraktiviti bersama Zahra.
Tapi yang membuatkan saya kurang seronok adalah bila semua kelengkapan itu hanya berbentuk Bahasa Inggeris (paling banyak di pasaran) atau pun Bahasa Melayu. Niat saya mahu mencari kelengkapan untuk Zahra belajar huruf hijaiyah kerana mahu memperkenalkan dia kepada Al Quran (belajar Bahasa Arab bukan keutamaan buat masa ini). Malangnya tools untuk pembelajaran sebegini memang tak ada di kedai buku sebesar itu. Kedai buku kecil apatah lagi. Mungkin pencarian saya belum menyeluruh, tapi secara kesimpulannya ratio kedai yang menjual tools seperti ini adalah 1:20
Menyedihkan bukan, sedangkan kita tentulah menyimpan hasrat di dalam hati untuk memberikan asas agama yang kukuh kepada anak-anak dalam keadaan dunia yang semakin tua dan penuh dengan fitnah akhir zaman. Bukan saya kata Bahasa Melayu tak penting tapi secara automatiknya dia akan belajar Bahasa Melayu kerana memang medium komunikasi utama kami adalah Bahasa Melayu, lagipun pembelajaran sebegitu secara automatiknya akan diajar bila dia memasuki alam persekolahan. Tujuan pembelajaran huruf hijaiyah adalah untuk dia membaca Al Quran, bukannya bercakap arab.
Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan kelengkapan mengajar yang selama ini saya cari. Saya sedang berusaha memilikinya satu persatu. Memandangkan promosinya sukar untuk ditolak dan susah untuk diperolehi, saya bercadang untuk memiliki barangan yang saya rasa mempunyai tawaran yang hebat dulu sebelum memiliki yang lain.
Satu Set (Islamic Soft Books) RM130.00
Kalau beli satu-satu, RM35 sebiji
RM20 sahaja! :)
Semua alat permainan sambil mendidik yang bersifat keagamaan ini anda boleh dapatkan di Facebook Wholesalebaby Zaara Kids. Untuk yang tak ada Facebook, boleh komen di sini. Saya akan bagi maklumat cara untuk mendapatkannya tanpa mengambil sebarang keuntungan. Niat saya bukan keuntungan tapi supaya anda semua mudah untuk memberi didikan asas yang kuat kepada anak-anak.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
p/s: Stok adalah limited dan yang paling penting harga yang ditawarkan adalah sangat murah. :)
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
p/s: Stok adalah limited dan yang paling penting harga yang ditawarkan adalah sangat murah. :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)