Salam
Saya tidak ada resolusi baru (sebenarnya, saya tidak pasti saya ada resolusi lama ataupun tidak). Harapan saya tetap sama dari tahun ke tahun, mahu menjadi lebih baik, memiliki keluarga yang bahagia dan mahu terus berada di jalan yang diredhai Allah. Itu harapan saya, untuk tahun ini, tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang.
Lainnya tahun ini saya menyambutnya dengan menghadiri program anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Programnya berlainan dengan sambutan tahun baru yang sering disajikan kepada kita semua. Sambutan kali ini bebas dari pesta liar, arak dan pergaulan bebas. Orang ramai yang menghadirinya juga kelihatan menjaga adab tertib dan tatasusila, walaupun bukan semua hadir dalam keadaan menutup aurat, tapi pemakaian yang seksi terlampau juga tidak kelihatan.
Sambutan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya diselangi dengan sembang santai bersama Ustaz Syed Norhisyam dan Imam Muda Ashraff sebelum solat Isyak berjemaah. Kemudiannya para hadirin dihiburkan dengan nyanyian nasyid dari Shahir AF dan Sham Kamikaze. Lenguh meriba Zahra, saya meminta suami mencari tikar di gerai-gerai yang berderetan sepanjang dataran kemerdekaan. Mana tahu ada yang mengambil kesempatan ini menjual tikar pada mereka yang lupa membawanya. Malangnya tidak ada yang berfikir tentang strategi itu, hanya saya sahaja yang merasakannya suatu idea perniagaan yang hebat dan menguntungkan. Akhirnya saya meletakkan Zahra di atas sejadah sementara saya meregangkan urat-urat kaki.
Masa terus berlalu dan kami sekeluarga (termasuk Zahra), ternanti-nanti slot bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan. Slot bermula lebih kurang pukul 10 malam. Terpaksalah saya menunda rancangan asal untuk pulang ke rumah jam 10. Macam biasa, kupasan Ustaz Azhar Idrus memang menggelikan hati, ditambah pula dengan kehadiran Zizan yang membantu membacakan soalan-soalan yang diemelkan kepada Ustaz dalam keadaan santai. Memang tidak kering gusi, suasana dataran kemerdekaan bergema dengan ketawa para hadirin yang diselang selikan dengan laungan takbir yang penuh semangat.
Saya suka dengan suasana begini. Berhibur dan memperolehi ilmu. Tidaklah rasa bersalah kerana menghadiri program yang tidak menentu dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Keadaan disitu juga kelihatan sesuai untuk dihadiri keluarga, tidak membuatkan saya merasa canggung membawa Zahra. Ramai lagi yang membawa keluarga bersama, siap dengan stroller, tikar mengkuang dan bekalan makanan.
Saya tidak menunggu program selesai dan tidak bercadang pun mahu melakukan countdown tahun baru di sana. Bukan itu niat saya menghadiri program tersebut, sekadar mahu mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus yang digandingkan bersama Zizan. Alhamdulillah, semoga program seperti ini terus berkembang di tanah air yang kita cintai ini dan terus mencantas sambutan yang mengakibatkan runtuhnya akhlak dan moral umat Islam secara berleluasa.
Akhir kata, saya mendoakan matlamat Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali yang mahu membanteras gejala sosial dan memberi hiburan alternatif kepada rakyat Malaysia berjaya. Semoga usaha murni beliau mendatangkan hasil dan dipandang mulia oleh Allah SWT.
Semoga Allah menempat saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)