Tuesday, January 3, 2012

Double Standard

Salam.

Sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dikecam dengan pelbagai tuduhan. Semuanya mahu memandang dari sudut negatif. Ada yang membebel, hiburan alternatif ini lebih menyesatkan berbanding pesta maksiat dan arak. Sungguh tidak berfikir panjang.

Saya menganggap ini sebagai usaha awal untuk menarik minat golongan muda ke arah kebaikan. Walaupun mungkin ada kekurangan pada dua/tiga perkara, seharusnya inisiatif ini dihargai dan diberi pujian. Ini tidak, dikecam dan dituduh macam-macam sedangkan yang sibuk memberi komen negatif itu hanya sibuk duduk di depan komputer meng'update' status FB yang bersifat pilih kasih.

Mereka tidak suka hiburan alternatif seperti ini:



Kata mereka, Ustaz Azhar Idrus bermain alat muzik yang diharamkan di dalam Islam, sedangkan hukum ini terdapat khilaf di kalangan ulamak. Memetik kata Ustaz Azhar Idrus, "Yang menyebabkan gitar atau alat muzik itu haram adalah apabila manusia lalai kerananya. Ianya menjadi haram kerana tindakan manusia itu sendiri. Di akhirat nanti, siapa yang akan masuk ke dalam neraka? Gitar atau manusia?". Tepuk dada, tanya iman.

Jika masih ada yang tidak setuju, saya menghormatinya. Tapi adilkanlah penilaian anda. Langkah ini anda kritik habis-habisan walaupun anda tahu ada sisi baik daripadanya. Ada pejamkan mata, tulikan telinga, enggan mahu menerima kebaikan yang dibawa. Kerana semuanya dipolitikkan termasuklah pendidikan yang sepatutnya rakyat terima. Bagi sesetengah pihak, mereka lebih suka anak muda remaja pergi melakukan maksiat dan berhibur tidak tentu hala daripada mendengar ceramah-ceramah sebegini. Khuatir dalam mendengar ceramah, ada yang berubah fikiran dan seterusnya berubah undi.

Mereka lebih suka sambutan sebegini:

Tak ada pula sebarang kecaman keras terhadap sambutan yang sebegini. Sekadar memberi teguran lembut dan penuh hemat. Mungkin hati mereka lebih meredhai perkara sebegini berbanding kehilangan undi, atau jika kita bersangka baik, mungkin mereka punya strategi dakwah yang tesendiri. Kalau benar begitu, semoga Allah membantu kita semua dalam menegakkan kebenaran dan menentang kekufuran dan kemaksiatan.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamnya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...