Salam
Hari ini saya menitiskan air mata kerana dua perkara. Perkara yang membuatkan hati saya penuh dengan rasa cinta dan rindu.
Pertama, bila suami memberitahu tentang mimpinya tidak memiliki saya, dan betapa gusarnya dia di dalam mimpi itu, saya terharu. Kemudian apabila dia menyambung tentang hadith (belum pasti kesahihannya) yang dia baca, suami berkata lembut, "Dulu saya selalu kata, kalau saya meninggal dunia, awak kahwin lain dan teruskanlah kehidupan. Tapi bila baca hadith (kalau hadith itu sahih) yang cakap isteri milik suaminya yang terakhir, saya rasa tak mahu awak kahwin lain". Saya bertambah terharu. Sungguh, saya pun mencintai abang seperti mana abang menyintai saya. InsyaAllah, jodoh kita ada, dunia dan akhirat.
Kedua, sepanjang hari ini saya memakai minyak wangi kepunyaan arwah atuk saya, Tok Wan. Rindu, sangat-sangat rindu. Pelbagai kenangan yang berlegar di fikiran saya, teringat cerita-cerita dan gurauan Tok Wan. Saya berfikir lagi, macam mana kalau arwah Tok Wan tengok Zahra dan tengok suami saya? Will he love them as much as I do? Tok Wan, saya dah ada anak, dah ada keluarga sendiri :')
Saya sampaikan rindu dan cinta ini dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya mengurniakan kami syurga dan menghimpunkan kami sekeluarga di sana nanti. Ameen.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)