Saya sendiri tak pasti, sudah berapa lama agaknya saya mula 'menjebakkan' diri dalam berniaga. Banyak masa yang dihabiskan supaya perniagaan ini berjalan lancar, pengorbanan masa, tidur dan yang paling menyedihkan pengorbanan meng'agah' Zahra. Saya lebih banyak bermain dengan Zahra secara tergesa-gesa, tergesa-gesa kerana mahu memberi maklum balas kepada pelanggan dan tergesa-gesa mahu mengemaskini produk-produk yang baru. Minggu ini, hanya 1 hari sahaja saya bermain dengan Zahra bersungguh-sungguh. Duduk bersamanya dan bermain Teddy Bear, mengajarnya Alif Ba Ta, meng'agah'nya supaya dia ketawa, menidurkannya sehingga saya turut terlena bersama dan menemani dia berguling-guling sahaja di atas tilam. Kesian Zahra.

Walapun masa bersama Zahra sedikit terkorban, saya lihat Zahra men'develop' skill yang baru dengan lebih pantas kerana mahu menarik perhatian saya. Dua perasaan bercampur baur. Gembira kerana dia cepat belajar, belajar mengesot dan sekarang sudah pun mengangkat punggung, menjelirkan lidah (lebih banyak bunyi berlainan dihasilkan, kadang-kadang seperti kedengaran dia memanggil mama), memegang botol susu sendiri dan yang paling penting tergolek (lebih cepat sampai pada saya berbanding mengesot). Perasaan kedua lebih kepada rasa sedih kerana dia men'develop' skill-skill ini untuk menarik perhatian atau menagih kasih. Oh, syahdu sungguh anakku.


Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)