Tuesday, November 1, 2011

Kerana Menulis Itu Lebih Mudah Dari Meluah

Salam

Ya. Menulis itu lebih mudah kerana tidak ada kegusaran di hati saya saat saya menulis. Tidak ada kebimbangan yang luahan melalui penulisan ini tidak didengari atau di salah erti. Kalau kita berbicara, harapan untuk didengari dan diberi respon yang dikehendaki lebih menggunung tinggi. Berbeza dengan menulis, saya tidak mengharapkan penulisan saya dibaca atau setiap post saya ada komen balas. Yang saya tahu, saya mendapat kepuasan setiap kali menulis walaupun tidak ada sesiapa yang ambil peduli.

Saya suka menulis kerana saya boleh meluahkan isi hati saya dengan lantang. Tak perlu berfikir tentang diskriminasi yang kebanyakkan orang interpretasikan saat kita meluah rasa. Saya selalu merasa kecewa kalau berbicara soal suka dan duka, ada saja interpretasi negatif terhadap kita atau respond yang kurang enak di dendangkan. Susah sebenarnya mendapat kepuasan meluah dengan lisan kerana lidah dan hati manusia itu berbeza-beza. Yang dimulut tidak sama dengan yang tersirat di hati. Saya mengambil langkah mudah, endahkan omelan orang lain, tulis semahunya apa yang saya rasa, yang penting saya bahagia.

Saya tahu ada yang tak setuju dengan pendapat saya ini, but you know what? Like I care. (Bahasa Melayunya, ada aku kisah? Hehehehe :p)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...