Tuesday, November 1, 2011

Writing: A hobby or A Career?

Salam

Writing has always been my passion. I can't even remember how old is my age when I started to write. What I know is that, I suddenly realize that I have a compilation of short novels and poems. It was a huge file and I can see how my writings are growing, from a story that rushing to an end, then started to mingle around with details that make it longer and more understandable. My language is also improving, I gain knowledge to use different words that has the same meaning, and in fact I started to realize my writing becoming more rational and matured.

When I met Jennifer, one of my friends in high school, she told me that I should go public. I should send all my work to any newspaper or magazine to be published. This is when I started to think whether to make writing as a career or just a hobby. However, at that time of being, I don’t have the guts to publish any of it. So I end up suppressing all the feeling of “wanted to be read”.

Inferior that’s what it is. I felt that my writing doesn’t have the quality of a good manuscript and so do I. I don’t have the characteristic of being a good writer. Day by day, this despicable feeling grow stronger and stronger, I didn’t take any step further from the day I step up in the high school to this day that I have married and bless with a daughter.

My husband put his trust on me more than I have trust on myself. His is the one who keep saying that I can go far and he will help me in any circumstance to ensure that my writings will be published. After several motivation and doubt, now, I’m writing a novel with a hope and of course effort that someday it will be published.

This is something my husband share with me and I wanted to share it with you guys.

Kategori penulis.

Pertama, kategori pengarang yang benar-benar bergaya secara tersendiri kerana paduan antara ketajaman sensitiviti, kegatalan hendak menulis dan usaha pupuk-baja itu benar-benar dipergunakannya. Inilah golongan yang terdiri dari pengarang-pengarang besar yang telah mempunyai 'cap mohor' gaya masing-masing.

Kedua, kategori pengarang yang memang berupaya bergaya kerana ketajaman sensitivitinya memang wujud tapi tidak pula ada rasa gatal untuk mengarang. Pengarang golongan ini banyak berteori saja. Sekali-sekala muncul juga karya-karyanya; malah kadang-kadang cuma sebuah karya dalam riwayat hidupnya. Tapi karya itu tinggi mutunya dan unik pula gaya bahasanya. Cuma dari pembaca saja terluah keluhan: Sayang! Kalaulah pengarang ini ada penyakit gatal, tentulah ada lagi karya-karya yang lebih besar.

Ketiga, kategori pengarang yang meniru gaya orang lain sehingga gayanya itu berubah-ubah tidak tentu punca. Meniru itu dasarnya tidak salah kerana kita ini pun sebenarnya adalah peniru-peniru agung dalam banyak hal dalam hidup kita, tapi proses peniruan itu hanya sekadar takah-takah mencari dan mengukuh keperibadian kita sehingga akhirnya kekal gaya kita sendiri yang tumbuh secara automatis kemudian. Ini tidak. Golongan pengarang itu terus meniru. Orang berbunga dia pun berbunga juga. Orang ulang ungkapan untuk merenggut kesan yang hebat, dia juga mengulang ungkapan kerana kehabisan modal. Jenis ini sebenarnya jenis cendawan batang getah tumbang. Lekas tumbuh, cepat berkembang tapi cepat pula lenyap.

Keempat, kategori pengarang yang amat gatal untuk mengarang. Apa saja yang terlintas mahu dikarangnya. Dia bersifat borong-borongan. Teringat sajak, sajak dikarangnya. Teringat cerpen, cerpen dikarangnya. Teringat novel, novel dikarangnya. Dan jumlah novelnya banyak pula serta tebal-tebal. Dia tidak meniru gaya orang lain. Dia jujur mengarang mengisahkan ceritanya satu persatu. Tapi gayanya tidak ada, sebabnya bukan salahnya, tapi demikianlah keadaannya kerana sejak awal bakatnya tidak ada. Maka jadilah karya-karyanya itu sekadar cerita biasa, jalinan peristiwa lepas satu satu, pertemuan watak-watak lepas seorang seorang, sambung menyambung tanpa sebarang yang ada untuk dirasai. Dari segi kefahaman, amat baik sekali, tapi peningkatan ke arah sastera yang tinggi mutunya tidak ada kerana kekosongan gaya bahasa yang berkesan.'

(Shahnon Ahmad, Gubahan Novel, halaman 13-14)

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...