Sewaktu menaip posting ini, saya sedang ditinggalkan suami untuk 10 hari lamanya. Ya. Walaupun 10 hari sahaja, saya tetap merasakan ianya satu jangka masa yang lama. 10 hari menjalani hidup tanpa suami, 10 hari menjaga anak-anak seorang diri dan 10 hari bermalam atau tidur seorang diri tanpa suami disisi. Oh, lamanya 10 hari bakal berlalu. Saya ini isteri yang tidak biasa ditinggalkan, Ada juga berjauhan untuk 4 bulan lamanya, tapi waktu itu saya mendiami rumah mertua dan suami saya bersama anak-anak di Nilai. Walaupun waktu itu suami tetap jauh di mata, tapi kehadiran emak mertua agak mengurangkan kerinduan, kesepian dan yang paling utama ketakutan. Berbeza dengan kali ini. Saya sendiri di rumah tanpa mumayyiz yang lain, hanya ditemani anak-anak yang belum baligh. Yang seringkali saja saya ragui respond mereka sekiranya ada perkara yang diluar jangka berlaku. Mudah-mudahan kami dilindungi Allah sepenuhnya. Ameen.
.
Dalam pada kegelisahan ditinggalkan suami, saya sedikit cemburu dengan perkembangan kariernya. Aduhai seronoknya menghadiri conference di luar negara. Saya yang menghadiri conference dalam Malaysia ni pun sudah teruja, apatah lagi dapat membentangkan idea dan kajian kita di peringkat antarabangsa. Sudah la di negara yang terkenal dengan kecantikan landskap nya- Turki!. Oh Allah, permurahkan rezeki kami, mudah-mudahan satu hari nanti berpeluang juga (saya dan suami) membawa anak-anak makan angin di negeri orang. Buat masa ini, saya hanya berada di dalam Malaysia. Usah kata Turki, negara jiran Singapore, Indonesia dan Brunei pun belum pernah saya jejaki. Paling jauh saya pernah travel ialah ke Kedah. Itu pun menziarahi adik di Matrikulasi Changlun. Wargh!! Ya Allah, murahkan rezeki kami sekeluarga ntuk ke luar negara. Huhuhu
.
.
p/s: Tapi sebelum ke luar negara, kena settlekan hutang PTPTN dulu. Surat tunggakan dah sampai you olls. Tambah mendesakkan, manifesto menghapuskan PTPTN sendiri terhapus. Oh, so sad.
.
.
p/s: Tidak kiralah apa janji manifetso, hutang tetap hutang, kenalah bayar. Ujar Dr. Maszlee. Iyolah Dr., dah macam UMNO dah saya tengok corak pemerintahan dan politik kerajaan PH ni. Malah kalau disentuh bab agama, makin teruk ada.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)