Monday, September 2, 2013

Mummy's 'ME' time.

Salam.

Alhamdulillah, berkesempatan juga saya mencoretkan sesuatu di sini setelah beberapa kali mencari peluang dari celah-celah kesempitan yang menghimpit.

Kehidupan setelah menamatkan pelajaran benar-benar membuatkan saya mati kutu. Mahu nenjahit, hormon mengandung kali ini membuatkan saya sedikit liat untuk bergiat. Ditambah dengan tuntutan anak-anak yang mahukan perhatian sehiggakan saya seperti tidak ada masa untuk menyendiri. Usah katakan mahu menikmati rehat, mahu ke bilik air pun jadi terkejar-kejar. Bila dihimpit situasi sebegini saya jadi terfikir sendiri, bagaimana agaknya dulu keiika masih belajar saya membahagi masa.

Saya kepenatan. Saya mahu menikmati rehat..mahu tidur dengan tenang, menikmati waktu mandi dan sekali sekala mahu berfoya-foya menonton cerita di depan komputer. Ada masanya juga saya mahu peruntukan masa untuk saya tidak berbuat apa-apa. Mahu duduk diam, berbaring dan berfikir. Oh, sungguh saya memerlukan masa untuk diri sendiri. 

Bukan saya tidak suka menjadi ibu. Tidak sama sekali. Anak-anaklah penghibur hati saya manakala suami penyeri hidup saya. Mereka mendatangkan kebahagiaan dan ketenangan. Membuatkan saya ketawa walaupun  keletihan. Tapi entah mengapa rasa sebegini tetap juga timbul.

I guess parenthood makes me miss my 'ME' time.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. sy merasakan exactly ape yg awak rasa.. baru bergelar ibu selama 3 bulan 2 minggu, dan sy rasa terlalu amat perlukan rehat dan masa utk bersantai dengan diri sendiri.. bukan x suka hidup bekerluarga.. tp itula.. mcm awak ckp.. masa utk bersendiri bersantai2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....Hehehe. Tapi kadang-kadang saya tak faham juga dengan naluri Ibu. Bila anak ada dengan kita, kita rasa penat tapi bila anak ditinggalkan dengan atok dan neneknya, kita jugalah yang rindu berlebihan. Huhuhu. Pernah sekali suami bagi greenlight untuk saya berjoli seorang diri. Sudahnya, baru beberapa jam keluar, saya dah nak balik,rindu nak tengok keletah anak. Alahai~

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...