Thursday, September 26, 2013

Kehilangan

Salam

Saya tidak pasti berapa ramai pembaca yang sempat membaca penulisan saya mengenai sahabat saya yang telah pun pergi menyambut seruan Illahi. Post berkenaan terpaksa saya tarik balik atas permintaan seseorang. Seseorang yang saya rasakan saya patut menghormati beliau kerana hubungan dan pengorbanan yang telah dilakukan untuk arwah Iriniah.

Untuk anonymous yang meninggalkan komen mengatakan saya mengfitnah dan sebagainya, saya sedikit pun tidak berganjak dengan apa yang telah saya tuliskan. Saya menulisnya di dalam keadaan sedar dan tahu dengan perkara sebenar yang telah berlaku. Kalau saya dikatakan menyebarkan aib, ketahuilah sendiri, anda tentunya dikalangan orang yang tidak mengambil tahu perihal Irine. Jika anda bersama-sama arwah meniti kehidupannya selama tiga tahun, apa yang saya katakan bukanlah membuka aib. Apa yang saya tulis sebelum ini merupakan perkara biasa yang diketahui semua yang mendampingi arwah Irine. Aib yang sebenar-benarnya, saya masih memendamnya dan insyaallah akan saya simpan sehingga saya mati.

Pemergian Irine menimbulkan beberapa perasaan baru di dalam diri saya. Perasaan kehilangan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Percayalah, menerima kematian kerana sakit amat berbeza sekali dengan menerima kematian kerana kezaliman. Perasaan saya bergolak, banyak perkara yang saya mahu lakukan tapi terpaksa saya tahan atas sebab-sebab yang tertentu. Semoga Allah membantu saya dalam meredhai pemergiaan Irine sepenuhnya.

Iriniah bt. Shamshay, semoga Allah ampunkan semua salah dan silap awak dan tempatkan awak di syurganya yang indah. Di sana, ada malaikat dan penjaga yang mengambil berat dan menyayangi awak seikhlasnya. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk awak.

p/s: Untuk mereka yang sibuk menyuruh saya tidak beremosi, anda menjadi tenang kerana anda tidak mengetahui dan mengalami apa yang terjadi. Sekiranya perkara sebegini terjadi pada anda, anda sendiri tidak pasti apa yang anda akan lakukan. Apakah anda mampu bertahan untuk tiga tahun lamanya? Apakah anda mampu mengawal emosi melihat jenazahnya yang sakit? Anda sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukan jadi tolonglah, jangan berlagak seperti berhati suci di hadapan saya. Saya melaluinya selama tiga tahun dan hanya beberapa kerat sahaja yang layak di gelar sahabat. Anda yang berhati murni itu, di perkuburannya pun tidak kelihatan. Sekian.



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

4 comments:

  1. Assalamualaikum dear..
    terus terang katakan, sy mmg tak mengenali awak & sy amat berterima kasih kerana sudi menemani allahyarhamah iriniah selama 3 tahun nie.. irin merupakan sahabat karib sy waktu disekolah rendah dan kami terputus hubungan semenjak darjah 5.. selepas itu sy bertemu kembali irin di facebook 2/3 tahun lepas sebelum sy kawen.. tak sempat sy nak ambil contact no nya, irin dah deactivate acc dan kami kembali terputus hubungan.. dan kini kami terputus hubungan buat selama2nya... di pagi Jumaat nie, atas ihsan kawan2 sekolah, sy dpt tau Allahyarhamah dah pergi menghadap Ilahi dan lebih sedih bila dpt tau tentang cerita di sebaliknya melalui blog awak.. sy hargai andai awak sudi menghubungi sy melalui whatsapp di 012-4027662 / email sy di starscha@yahoo.com .. sy ingin tau lebih lanjut tentang perjalanan Allahyarhamah.. sungguh sy terkilan xdpt bersama2 beliau ketika usianya... anggaplah ini sebagai salah satu ikatan ukhwah utk kita bantu lagi irin di alam sana.. sy hargai & ucapkan berbanyak terima kasih pada awak.. kerana awak, irin masih punyai rasa pengharapan pada manusia.... :'( semoga sy dpt reply dr awak ya.. salam ukhwah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Salah ukhuwah dari saya juga. Maaf lambat betul saya approved comment ni. Dah lama tak online. Insyaallah saya akan whatsapp sis.

      Delete
  2. Salam. Semoga Allah membalas semua kebaikan awk bsma Irine slama hayatnya
    Semoga rohnya dtempatkn dikalangan org2 yg beriman..
    Sy jga mungkin xlayak dgelar sahabat Irine sbb xpernah tau penyakit dan masalah dia. Hanya doa yg mampu sy hadiahkn utk arwah. Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Saya tidak menunding jari pada semua pihak sebagai tidak bertanggungjawab. Bukan semua berpeluang menerima khabar berita arwah Irine seperti saya. Mungkin awak juga akan melakukan perkara yang sama andai diberi peluang. Apa-apa pun saya harga setiap doa yang dititipkan untuk Irine. Semoga Allah membalasnya dengan balasan baik, dunia dan akhirat.

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...