Ini di antara tempahan Felt yang saya terima daripda kawan-kawan. Hasilnya tidaklah seberapa tapi saya sangat gembira setiap kali menjahit. Saya sendiri tidak pasti, mungkin kerana pembawaan bayi. Harapnya hobi ini tidak terhenti selepas saya bersalin nanti. Saya seronok melakukan aktiviti comel yang memerlukan ketekunan ini. :)
Ini tempahan dari Syaqira dan Syafika. Pasangan kembar yang baik hati dan sangat comel!. Harap suatu hari nanti, saya pun akan dikurniakan rezeki untuk mempunyai zuriat kembar. Hehehe :p Tempahan mereka, Bantal Felt saiz A4.
Seterusnya tempahan dari kenalan blogger saya, Shira Shafrida. Sepasang Bantal Felt saiz sederhana (12 inci x 12 inci), Dua Car signage, satu bertulisan rumi dan lagi satu bertulisan jawi. Yang bertulisan jawi ini cubaan pertama saya, jenuh juga mencari idea tulisan khat mana yang sesuai. Alhamdulillah menjadi juga, saya suka dengan hasilnya, harap Shira dan suami pun macam tu. Oh ya, tempahan Shira semuanya untuk hiasan dalam kereta.
Baru dua tempahan saya terima, maklumlah orang baru bermula. Sebelum ini banyak saya hasilkan secara suka-suka dan dihadiahkan pada orang-orang tertentu. Bila dah rasa yakin dengan hasil tangan sendiri, saya buat keputusan untuk terima tempahan. InsyaAllah, kalau ada yang berminat, saya akan hasilkan dengan bersungguh-sungguh dan cuba yang terbaik. Tapi jangan desak untuk terima cepat ya, sekurang-kurangnya saya ambil masa seminggu untuk siapkan sebab kraftangan ini kerja sampingan sahaja. Pekerjaan utama saya ialah menjadi pelajar, isteri, ibu dan anak. :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)