Sunday, October 21, 2012

Projek Felt

Salam

Alhamdulillah, UIAM sekarang sedang cuti pertengahan semester. Saya gembira tapi dalam masa yang sama mahu berpada-pada dalam bergembira kerana ada tiga lagi peperiksaan pertengahan semester yang perlu saya lalui. Satu daripadanya jatuh pada hari pertama semester dibuka. Subjek mengira pula, sudahlah saya lemah mengira. Semoga Allah SWT memberikan semangat untuk mengulangkaji dan kemudiannya mempermudahkan soalan peperiksaan nanti. Hehehe :p

Sebenarnya dalam kepala saya, ligat mahu membuat ready stock untuk kraftangan Felt. Idea datang mencurah-curah, sama seperti semangat saya mahu menulis sekarang ini. Saya tidak pasti dari mana datangnya kegatalan saya mahu menjahit tapi yang pasti projek Felt untuk cuti pertengahan semester ini telah pun bermula.

Projek Pertama:


Ini kali pertama saya membuat anak patung menggunakan kain Felt. Ada lima karakter yang saya lakarkan tetapi baru tiga siap dijahit, insyaAllah saya akan menyudahkan jahitan saya perlahan-lahan kerana semua aktiviti menjahit hanya boleh dilakukan selepas saya mengulangkaji. Untuk projek ini, saya bercadang menjualnya RM8 setiap satu. Saiznya adalah sederhana besar dan bukannya bersaiz keychain. 

Projek Kedua:


Ini pula rangka bantal Felt besaiz A4. Saya sudah pun selesai menjahit keseluruhan corak tetapi masih belum memasukkan Fiber Wool ke dalam setiap bantal. Sebab itulah kelihatan agak leper dan kurang gebu. InsyaAllah, bila dimasukkan wool nanti, hasilnya akan lebih menarik. Saya masih mempunyai beberapa idea untuk bantal Felt ini tapi rasanya baiklah saya tunggu dan lihat respon pembeli sebelum membuat lebih banyak ready stock. Risau juga kalau tidak terjual. :p Harga bantal Felt saiz A4 ini seperti biasa RM20 setiap satu.

Projek Ketiga:

Saya mahu menghasilkan keychain empat segi yang mempunyai ikon surat (message) di atasnya. Saya mahu menghasilkannya secara pukal, huhuhu. Dalam kepala seperti mahu menghasilkan sebanyak 50 biji tapi saya tahu projek ini hanya akan menjadi angan-angan sahaja nanti. Mana tidaknya, mesti akan ada idea lain yang muncul menyebabkan penghasilan keychain itu berkurangan. Mungkin 10 biji saja yang terhasil :p. Untuk keychain ini, saya akan menjualnya RM3 setiap satu.

Projek Keempat:

ABC Felt Book untuk Zahra. Ya, saya akan hasilkannya untuk Zahra terlebih dahulu. Jika ada pelanggan lain yang berminat barulah saya akan buat yang baru. Tapi projek ini akan ditahan buat sementara waktu kerana saya belum lagi membeli Leather Hole Puncher and Grommet. InsyaAllah, ada rezeki saya akan memilikinya. Kalau ada permintaan, buku Felt ini akan dijual dengan harga RM2 untuk setiap helai (contoh: ABC ada 26 huruf bersamaan 26 helai. Bermakna 26 x 2 = RM52).

p/s: Banyak kan projek yang ligat bermain di dalam kepala. Tapi saya tahu, tidak semuanya akan terhasil kerana saya mahu lebih menumpukan perhatian pada pelajaran dahulu. Ada tiga peperiksaan yang bakal saya hadapi. Projek-projek Felt ini sekadar mengisi masa lapang ketika saya penat menelaah (insyaAllah!). 


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...