Berkat dari kesungguhan, kraftangan saya semakin kemas dan pelbagai. Saya sendiri tidak pasti berapa lama hobi ini akan bertahan. Berterusan lagikah setelah saya bersalin nanti. Apa pun, biarlah masa yang menentukan, yang saya tahu buat masa ini saya mahu menyiapkan semua tempahan secara santai. Tempahan? Ya, saya sudah mula menerima tempahan. Alhamdulillah, hobi yang mendatangkan hasil sedikit demi sedikit. Buat masa ini saya sudah menyiapkan 2 tempahan dan masih berbaki 3 tempahan untuk disiapkan. 2 bantal Felt bersaiz A4 dan 1 aksesori untuk digantung di dalam kereta.
Berkecimpung dengan pembuatan kraftangan seperti ini membuatkan saya berkeinginan untuk memiliki beberapa alatan. Tapi perasaan ini saya tahan dulu, saya takut hangat-hangat tahi ayam. Jadinya saya pendam dulu segala keinginan ini sehinggalah saya bersalin bulan 12 nanti. Kemudian barulah saya buat keputusan samada mahu memiliki alatan ini atau minat membuat kraftangan sudah pun terkubur.
Leather Hole Puncher and Grommet |
Puncher. Selalunya diguna pakai untuk buat lubang pada tali pinggang dan sebagainya tapi memandangkan ramai crafter senior menggunakan puncher dengan unik dan kreatif, saya pun nak satu. Idea dah ada dah ni. :p
Big Shot |
Ini pula mesin pemotong. Yang ini memang saya betul-betul nak. InsyaAllah memang akan lebih memudahkan kerja dan membuatkan hasilnya lebih menarik dan kemas. Dulu saya selalu terfikir, macam mana nak potong dengan kemas dan efisien (saiz d an ukuran sekata) rupanya inilah jawapannya. Tapi harga RM600, memang kena fikir 9/10 kali dulu. -_-'
Martha Puncher |
Yang ini digunakan untuk buat hiasan bahagian tepi. Waktu tengok demo di YouTube, saya dah mula geram dan gatal tangan. Oh, cepatlah bulan 12. Saya nak hasilkan macam-macam kraftangan sendiri...yang lebih cantik, kemas dan menarik! :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)