Salam.
Semenjak saya mendirikan rumah tangga, saya selalu dirujuk sebagai teman meluah perasaan ataupun teman untuk menyatakan pendapat. Bukanlah dulu saya tidak mendengar luahan hati para teman tapi kali ini scope luahan itu berbeza, begitu juga pendapat yang diminta. Semuanya lebih kepada alam perkahwinan.
Bertunang.
Ramai sebenarnya yang menceritakan pada saya dilema mereka samada mahu bertunang ataupun tidak. Walaupun ramai yang rasa pertunangan adalah tidak perlu (kerana mahu mengelakkan pembaziran dan sebagainya) tapi mungkin ada beberapa sebab yang perlu dipertimbangkan. Sedar atau tidak, pertunangan ini sebenarnya memberi masa kepada keluarga agar sedikit demi sedikit belajar untuk melepaskan kita. Inilah masanya yang perlu direbut oleh anak sulung dan anak bongsu untuk mula menanam dalam fikiran dan hati ibubapa bahawa mereka akan mula menambah komitmen dalam hidup. Penambahan komitmen ini secara tidak langsung akan mengurangkan masa yang selalunya diluangkan bersama keluarga.
Pertunangan juga memberi masa pada keluarga untuk bersedia dalam membuat persiapan. Bukan semua ibubapa mempunyai simpanan yang cukup untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak mereka. Jadi masa yang singkat inilah akan memberi masa pada mereka untuk mempertingkatkan usaha sementara si bakal pengantin pula menajamkan lagi ilmu tentang alam perkahwinan. Saya tahu ramai yang merasakan pertunangan menyebabkan pembaziran, tapi bagi saya pertunangan yang dianjurkan syarak tidak akan mengakibatkan pembaziran kerana dihadiri saudara mara terdekat (kurang kos makan) dan hanya sebagai perbincangan rasmi untuk menetapkan perkahwinan (tak perlu pada pelamin mewah dan sebagainya).
Sebab yang terakhir untuk dipertimbangkan adalah fitnah yang mungkin berlaku kerana berkahwin dalam keadaan mengejut. Jika bakal pengantin merasakan akan terdedah dengan fitnah sebegini, maka saya mencadangkan agar majlis bertunang diadakan. Tapi jangan pula menyebabkan anda semakin difitnah selepas bertunang kerana hubungan lelaki dan perempuan yang tidak dijaga.
Ujian Bertunang.
Harus saya ingatkan setiap pasangan tentang ujian selepas bertunang. Setelah bertunang selalunya memang pasangan akan merasa lebih susah dan teruji kerana syaitan semakin menggalakan hasutan. Samada mahu memesongkan pegangan agama dengan berzina atau menjadikan kita dan pasangan berpecah belah kerana tidak mahu kita berkahwin. Memang inilah matlamat syaitan laknatullah, meramaikan teman-temannya di neraka nanti.
Antara ujian yang bakal dihadapi adalah ketika berada di dalam proses persediaan hari bahagia yang dinanti. Mulalah timbul rasa tidak puas hati kerana kemahuan yang tidak dipenuhi. Sebagai contoh, pertelingkahan kerana citarasa terhadap barang hantaran yang berbeza. Ujian ini tidaklah sebesar mana berbanding ujian perasaan yang semakin ligat digoda syaitan. Pasangan mula merasa 'secure' kerana 'masa depan' mereka bersama semakin kelihatan. Ada sesetengah pasangan yang tewas dengan godaan ini dan akhirnya berzina tatkala hubungan istimewa itu akan menjadi halal beberapa bulan sahaja lagi. Tidakkah kita rugi? Memperoleh dosa sia-sia sedangkan jika kita lebih sabar, kenikmatan yang sama boleh dikecapi tanpa sebarang dosa malah Allah memberikan kita ganjaran pahala.
Ujian pertunangan juga akan melibatkan pihak ketiga, iaitu keluarga. ramai dikalangan bakal-bakal pengantin mengadu mereka tidak dapat menyelaraskan kehendak keluarga dengan kehendak diri dan pasangan. Maklumlah, hari bersejarah, semuanya mahu menyumbang idea dan mahu idea mereka diguna pakai di hari bersejarah itu nanti walaupun hari yang dinanti bukanlah hari bersejarah mereka.

Alam Perkahwinan.
Siapa yang dapat menafikan keindahan yang dikecapi di awal perkahwinan. Semuanya indah belaka. Melihat suami yang berair liur basi pun terasa comel, melihat isteri dengan rambut kusut masai pun terasa ayu. Ditambah kenikmatan itu bila keluarga sentiasa memberi ruang untuk berbulan madu, siap ayah mertua tolong 'support' separuh. Indahnya alam awal perkahwinan. Waktu inilah mood bercinta suami dan isteri masih membara, segala kemahuan pasangan akan diturutkan. Layanan 1st class dari isteri dan layanan eksklusif dari suami. Kebahagiaan yang membuatkan kita semua lupa, dedikasi awal perkahwinan ini seharusnya kekal hingga ke hujung usia. Banyak pengorbanan dan kesanggupan yang diperlukan supaya rumahtangga yang dibina itu kekal harmoni. Kuncinya sabar, redha dan bersedia untuk mempelajari benda baru setiap hari.
1. Hubungan Suami Isteri.
Masuk sahaja alam perkahwinan, suami/isteri haruslah belajar tentang pasangan yang baru dinikahinya. Tahu apa yang disukai, dan apa yang tidak digemari. Bukan setakat makanan dan minuman tetapi juga perbuatan dan gaya percakapan. Ketika inilah kita mula belajar untuk membuat keputusan bersama-sama. Berfikir juga perlu dilakukan secara duo dan bukan lagi solo. Setiap keputusan yang dibuat haruslah memenangkan kedua-kedua belah pihak atau memberi kebaikan kepada keduanya. Tidak boleh lagi bertindak sembrono seperti ketika masih teruna/dara dulu. Jika dulu apa yang kita lakukan, kita yang tanggung tapi setelah berkahwin segalanya akan ditanggung bersama. Contoh mudah, tindakan melulu seorang isteri keluar menjemur pakaian tanpa memakai tudung menyebabkan suami menanggung dosa dan tindakan suami yang bercerita tak tentu hala menyebabkan maruah isteri tercalar.
Walaupun sudah mula berkongsi bantal, suami/isteri harus menghormati waktu 'privacy' sesama sendiri. Ini di antara perkara yang sukar untuk dilakukan. Saya sendiri mengalami kesukaran untuk membiarkan suami mengasingkan diri, lebih-lebih lagi setelah berlaku pertengkaran kecil atau adegan yang lebih ganas, bertikam lidah. Tapi lama kelamaan saya mendapati, seorang isteri akan mendapat banyak manfaat bila membiarkan suami bersendirian untuk seketika. Bukan sahaja si suami akan bermuhasabah, tapi dia juga akan mengalah dan lebih berlembut di masa akan datang. Tapi situasi ini mungkin tidak boleh diaplikasi ke atas wanita kerana kebanyakan wanita (saya sendiri) tidak suka dibiarkan bersendirian, meluah dan menerima penjelasan lebih menenangkan hati. Silap hari bulan ketika 'sesi soal jawab' itu berlaku, isteri secara sendirinya tersedar kesilapan diri.
Bersambung....
p/s: Terlampau panjang saya menulis, jadi saya rasa baik perkongsian ini dibuat dalam 2 episod. Biar apa yang mahu disampaikan tersampai dan pembaca tidak penat dan hilang fokus. Nanti tak dapat pula kutip isi-isi yang ingin saya lontarkan :p
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)