Monday, February 20, 2012

Sepintas Lalu-Zahratul Iman

Salam

Tak tahu dari mana nak mula. Lama rasanya meninggalkan blog ini menyepi. Semenjak menjejak kaki di IIUM, saya hanya mampu mencoret kisah pendek di blog yang tidak seberapa ini. Jadinya post kali ini saya hanya mahu bercerita menerusi gambar saja. Bolehkan?

Gambar Zahra sekitar majlis pertunangan seorang sahabat. Saya sebenarnya dah lama memasang angan mahu Zahra bergambar menggunakan khidmat jurugambar professional. Tak sangka akhirnya Zahra menumpang 'glamour' di majlis orang lain. Kalau ikutkan hati, saya mahu meminta semua gambar Zahra yang ditangkap, tapi memandangkan En. Photographer hanya upload gambar ini, saya akur. Malu mahu terlalu demanding sedangkan kami hanyalah model sampingan. :p

Ini pun gambar di majlis yang sama (ditangkap menggunakan kamera handphone). Saya memakaikan Zahra tudung Majdah (anak saudara si darah manis yang baru sahaja menjadi tunangan orang :p). Tengok sahaja Zahra bertudung, hati saya meronta-ronta mahu mencari tudung untuk Zahra. Saya jadi teruja tidak terhingga. Akibatnya, pulang saja ke rumah saya search kedai online yang jual tudung kanak-kanak.


Dan ini adalah hasil daripada google search. 2 helai tudung baru untuk Zahra. Berkali-kali suami menahan saya daripada membeli secara pukal sekaligus. Katanya, "Cuba dulu, tengok bentuk dia cantik tak dengan Zahra". Saya akur, beli 2 dulu. Esoknya, parcel tersebut sampai ke tangan saya. Sebaik sahaja Abang Posmen meninggalkan saya bersama bungkusan comel, Zahra diperagakan dengan tudung baru. Penat dia melayan karenah Mama yang memaksa dia posing. :p

Di bawah ini pula gambar stokin Zahra yang sedang dijemur. Kalau mahu disidai di ampaian, banyak ruang yang diambil. Dalam keadaan pangsapuri yang punya ruang terhad untuk menyidai pakaian, saya belajar menjimatkan ruang dengan menjemur stokin Zahra di meja makan. :p Bila disusun begini, rasa macam cantik pula warna warni di atas meja. Abi akur, makan malam di lantai sahaja malam tu. Nasib baik stokin kecil ini cepat kering, meja makan dah kembali bersedia untuk berkhidmat.

Oh ya, Alhamdulillah, rezeki Zahra murah. Zahra sekarang dah ada walker. Hari pertama duduk dalam walker, Zahra banyak menangis. Dia masih belum mahir bergerak menggunakan walker. 2/3 hari lepas tu barulah dia nampak lebih selesa, dah pandai mencari Mama hingga ke dapur. Lega rasanya ada walker, nak suap makan pun mudah. Thanks to Abi yang sentiasa mencukupkan keperluan Mama dan Zahra. Semoga Allah membalas semua kebaikan Abi pada kami. We love you Abi! :)


Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...