Baru beberapa minggu di IIUM tapi jadualnya padat. Saya mengah menyiapkan semua perkara dalam jangka masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, walaupun terasa seperti mahu mengalah setelah ditindas kesuntukan masa, saya masih berjaya menyiapkan semua tugasan dengan baik. Semalam baru selesai menghantar assignment online, dengar khabarnya hari ini ada assignment baru. Sepertinya tidak ada istilah rehat untuk saya sepanjang semester ini.
Saya sedang menunggu suami untuk bersama-sama ke perpustakaan. Kad matrik yang tertinggal di rumah menyebabkan saya terpinggir di luar perpustakaan. Saya amat memerlukannya, jadi terpaksalah suami beralah. Meluang masa menghantarnya kepada saya. 5 journal mengenai Import Eksport, 4 journal mengenai Pemasaran dan 1 buku mengenai Kemiskinan di Malaysia perlu di kupas. Sewaktu mula-mula mendapat tugasan ini, dada saya bergetar hebat, terasa berat dan tidak mampu untuk disiapkan. Ini belum termasuk assignment untuk 3 subjek yang lain.
Tapi saya juga sedar, ini hanyalah salah satu liku-liku jalan kehidupan seorang pelajar yang perlu dihadapi untuk menjadi seorang yang berilmu. Tidak ada yang datang bergolek, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Teringat pesanan Ustaz Ismail Chong. "Batu Permata yang cantik dan indah itu hanyalah atom yang tidak ada rupa. Setelah berjuta-juta tahun menghadapi tekanan dan terhimpit di dalam tanah, barulah ianya menjadi indah dan cantik. Begitu juga manusia. Tidak akan menjadi hebat tanpa sebarang dugaan dan cabaran". Saya memejamkan mata, menarik nafas sedalamnya, mencari semangat untuk saya terus berdiri dan mendaki kejayaan.
Ya Allah permudahkanlah semuanya. Buat para sahabat yang sudi menumpangkan saya di dalam doa di malam hari, doakan saya mampu menghadapi semuanya dengan baik. Saya mahu menjadi isteri yang mendokong perjuangan suami, ibu yang mendidik anak ke jalan yang diredhai dan pelajar yang dedikasi.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.
Ya Allah permudahkanlah semuanya. Buat para sahabat yang sudi menumpangkan saya di dalam doa di malam hari, doakan saya mampu menghadapi semuanya dengan baik. Saya mahu menjadi isteri yang mendokong perjuangan suami, ibu yang mendidik anak ke jalan yang diredhai dan pelajar yang dedikasi.
Mahu jadi tabah untuk mereka berdua. Cinta hati saya! :)
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.
Insya allah, Rab...Moga2x, Allah s.w.t sntiasa memberikan kamu kekuatan & kesabaran dlm mengharungi perjuangan hidupmu...& smoga dgn perjuanganmu ini akn menambahkan pahala yg blipat kali ganda serta sntiasa dilimpahi kebahagiaan di dunia & di akhirat kelak....ameen~
ReplyDelete~NURUL~
_
Thanks Nurul... :)
DeleteAmeen Ya Rabb!