Friday, January 20, 2012

Lantang Tidak Berisi

Salam

Saya jadi sudah terbiasa bersengkang mata di malam hari, melayan tuntutan kerja tiada henti mahupun melayan kolam hati yang sedang berkocak. Saya semakin hari, semakin mengerti kenapa beberapa perkara terjadi. Persoalan saya yang lalu juga semakin terjawab dengan peristiwa-peristiwa yang tidak diduga. Saya akan semakin berhati-hati, memberikan kasih dan mendulangkan saya kepada mereka yang tahu menghargai sahaja.

Saya berlapang dada, saya percaya Allah menghadirkan setiap individu di dalam kehidupan saya dengan sebab-sebab yang tersendiri. Tidak ada yang datang dan pergi tanpa meninggalkan sebarang erti. Sekurang-kurangnya perkenalan singkat membawa kepada perkongsian pengalaman dan persahabatan yang panjang memberi didikan yang mematangkan. Semoga saya menjadi insan yang memberi manfaat kepada manusia lain. Baik dari segi penulisan dan percakapan mahupun tingkah laku yang dipaparkan.

p/s: Susah mahu mencari sahabat yang mengikrarkan janji setia susah dan senang dari hati, kebanyakannya hanya tahu mencanang lantang untuk setia bersama. Hakikatnya? Lantang bergema, tapi isinya tiada.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasamencari keredhaanNya.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...