Saya semakin penat melayan karenah Zahra, adakalanya sikapnya menimbulkan marah. Tapi bila dimarahi, dia menghadiahkan senyuman yang menyejukkan hati. Sekarang sudah mengesot jauh, sudah laju mengesot hingga ke dapur dan keliling ruang tamu. Apa saja yang dijumpai semuanya mahu disua ke mulut. Baru petang tadi dia sudah mula mengangkat tangan mahu merangkak, dada saya berdebar teruja. Melihat pembesaran anak di depan mata ini memang salah satu nikmat menjadi seorang ibu sepenuh masa.
Zahratul Iman. Semoga menjadi anak yang solehah dan seorang pejuang agama yang tinggi ilmunya. Ameen.



Zahra memang banyak air liur, meleleh 24jam. Sampaikan ada orang tanya, "Dulu time mengandung ada mengidam tapi tak dapat makan ke?". Tak, serasa saya semua yang saya nak, semua dapat makan. In fact yang tak terasa nak makan pun saya makan jer. Hurm, ada cangkerang kura-kura atas kepala Zahra, ini semua kerja makcik-makcik beliau.


Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen
zahrah sgt comey...semoga menjadi anak yg solehah...ameenn.....
ReplyDeleteAmeen :)
Delete