Salam.
Redha dengan ketentuan yang Allah berikan kepada kita dan redha dengan apa yang Allah dah tentukan pada orang lain. Dua perkara yang berbeza tapi masih melibatkan satu elemen yang sama, redha. Kita selalu menyebut dan melatih diri kita untuk redha dengan ketentuan yang Allah berikan kepada kita. Setiap kali ditimpa musibah, walau pada asalnya hati rasa sedih dan jiwa seakan tidak tenteram, pasti kita akan menarik nafas panjang untuk berlapang dada. Alhamdulillah, saya lihat kebanyakan daripada kita redha dengan ujian yang datang menimpa.
Tapi bukan itu yang mahu saya tekankan. Saya mahu menekankan tentang redha atau lebih kepada menghormati perjalanan hidup orang lain. Saya selalu memerhatikan apa yang terjadi disekeliling saya. Saya melihat bagaimana perasaan sayang yang melampau menjadi perasaan benci kerana sikap mementingkan diri sendiri. Saya juga melihat bagaimana sikap ambil berat menjadi sesuatu yang menjengkelkan bila terlalu ambil berat sehingga kita lupa membatasi ruang privacy orang lain.
Bukan semua yang kita hajati akan tertunai. Walaupun kita kecewa pada awalnya, usaha yang dicurahkan tidak mendatangkan hasil, kita sedikit demi sedikit mengumpul kekuatan untuk redha dan percaya ketentuan inilah yang terbaik untuk kita. Semua orang merasakan apa yang mereka usahakan adalah yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Dan secara khususnya, kita tahu siapalah kita mahu mewajibkan Allah SWT untuk memperkenankan semua permintaan yang dihajati.
Seharusnya kita juga tahu, orang lain juga mempunyai anggapan yang sama. Mereka telah berusaha sebaik mungkin dalam linkungan apa yang mereka mampu dan kita perlulah menghormatinya dan redha dengan ketentuan Allah terhadap mereka. Saya mengambil contoh terdekat, kegagalan saya memberikan susu badan pada Zahra. Jujurnya saya amat tertekan ketika awal kelahiran Zahra kerana kebanyakan orang yang menziarah bukan datang untuk mengucapkan tahniah tapi sibuk mahu berkata buruk tentang saya. Kononnya saya tidak mengambil makanan berkhasiat sewaktu mengandung, berfikiran negatif ketika menyusukan anak dan ada juga andaian tidak masuk akal, saya tidak mahu menyusu kerana malas. Ziarah sebegini sungguh menyakitkan hati sehingga ada masa saya amat berharap tidak ada lagi yang datang menziarahi saya!
Saya mengambil pemakanan yang sihat sepanjang kehamilan saya. Sebelum melahirkan Zahra lagi saya sudah bercita-cita untuk memberikan dia susu ibu sepenuhnya. Saya langsung tidak menulis botol susu sebagai checklist untuk menerima kehadiran Zahra. 2 hari di hospital dan 1 hari di rumah, Zahra masih belum minum susu. Saya masih berkeras mahu menyusukannya. Tapi bila melihat keadaan Zahra yang semakin teruk menangis akibat kelaparan, saya mengalah. Akhirnya suami saya ke farmasi (kedai lain tutup sebab dah malam) terdekat membeli susu. Mujurlah sewaktu membeli 'breastpump', ada disediakan sekali botol susu. Kalau tidak, melilau juga kami mencarinya di waktu malam begitu.
Hati saya sayu melihat Zahra minum susu dalam keadaan yang bersungguh-sungguh, bertambah sayu bila susu yang dia minum bukanlah susu ibu. Malangnya kesayuan ini hanya dikongsi oleh suami saya yang sangat-sangat memahami naluri seorang ibu. Rakan-rakan, jiran tetangga dan para kenalan hanya tahu datang dan menyerang saya dengan pelbagai saranan dan nasihat yang tidak ada asasnya. Memang tidak ada seni dalam menasihati dan menyampaikan simpati. Saya tahu, ujian tidak dapat menyusukan anak ini tidaklah sebesar ditimpa sakit kanser atau sebagainya tapi saya tetap mahu berkeras apa yang mereka lakukan itu adalah tidak wajar.
Saya sudah melakukan yang terbaik. Kalau mahu dihujah kenapa saya tidak membeli 'breastpum Medela' kerana 'suction'nya lebih bagus, atau kenapa tidak memakan supplement dari USANA untuk memperbanyakkan susu dan menstabilkan hormon, ini semua adalah diluar kemampuan saya. Daripada membebel meminta saya melakukan usaha yang diluar kemampuan saya, baik dihulurkan bantuan, belikan saja saya supplement atau breastpump tersebut. Barulah nampak ikhlas kan? Membebel sahaja, semua orang pun boleh buat!
Ini kes kalau diberi perkhabaran yang tidak baik. Kalau perkhabaran yang baik, lain pula cara berhadapan dengannya. Ramai antara kita membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan masing-masing. Kalau tujuannya untuk memperbaiki diri maka diterima. Tapi kalau sekadar mahu mempertikaikan urusan Allah, lebih baik perbuatan membandingkan ini dihentikan. Ada kadangkala kita membandingkan kehidupan masing-masing dan merasa tidak berpuas hati atas perjalanan kehidupan orang lain. Mudah saja kita mempertikaikan, 'Dia bukannya rajin belajar macam aku, tapi keputusan selalu sahaja cemerlang' atau 'Entah macam mana dia boleh hidup senang walhal aku lebih berjawatan tinggi'. Secara sedar atau tidak, perbuatan ini sebenarnya mempertikaikan takdir Allah. Sekali lagi, mari kita tanyakan pada diri sendiri, siapakah kita mahu mewajibkan ke atas Allah untuk memperkenankan semua permintaan kita.
Kehidupan orang itu berbeza-beza, masing-masing punya kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Kehidupan yang kita lalui tidak semestinya lebih baik dari kehidupan orang lain. Begitu juga jika kita tidak melalui kehidupan yang kita impikan, tidak bermakna kehidupan kita tidak baik. Allah lebih tahu rencana yang terbaik untuk kita dan seharusnya kita berusaha dan redha dengan rezeki yang dikurniakan. Redha dengan kehidupan kita dan redha dengan perjalanan hidup orang lain.
:) Maaf, saya menjadi emosi memberikan contoh. Tapi jujurnya, memang ramai yang bersikap begini. Kita kurang peka pada ujian yang diduga pada orang lain, kita mengambil mudah tentangnya. Pada kita, mereka tidak berusaha sebaik mungkin. Lain pula bila kita yang diuji, kita mengiktiraf usaha sendiri dan menganggap usaha kitalah yang paling baik. Ini perasaan yang tidak betul. Mari kita sama-sama renungkan, bagaimana sebenanrnya kita redha dengan perjalanan kehidupan orang lain. :)
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.
salam..rasenye xadil la kalo ko ckp rakan2 ko tu dtg ziarah hanye nk menyerang. rsenye xsume. xbaik dislhkan ertikan ziarah yg ikhlas.
ReplyDeletehanya ALLAH je yg tau hati masing2. mungkin xde niat. cume bersangka baik la pd mereka. insyaallah kite redha setiap butir perkataan yg dihamburkan.
lastly, if aku ziarah ari tu cume nk sakitkan hati ko, aku minta maaf. segala yg baik tu hanya dtg dr ALLAH. kite hanye manusia biase. redha & ikhlas setiap ujianNya.
Salam.
ReplyDeleteTak tahu perenggan yang mana tulis semua yang datang ziarah tak ikhlas atau datang menyerang jer. Harap ko tak buat andaian.
Mungkin silap aku tak bagitahu, ada yang datang membawa hadiah dan berkongsi cerita tapi bukan itu topiknya disini. Fokusnya lain.
Kalau mengenai ziarah yang indah, sudah pun ditulis di post yang lain.
Lastly, kenapa nak terasa mcm tue? Waktu ko ziarah ada kter cakap pasal BF ke? Lagi satu, ko kan ada bagi supplement untuk kesihatan aku. Seriously, post ini langsung tidak menyentuh tentang ko. Anyway, thanks sbb ziarah hr tue :)