Saturday, November 26, 2011

Teraniaya

Salam

Dalam post sebelum ini saya ada berjanji untuk menceritakan suatu insiden, satu kisah samada saya ditipu atau sebaliknya. Dukacitanya, ya, saya memang ditipu. Lebih memeritkan saya ditipu sewaktu saya memerlukan dan berada dalam kesempitan.

Memang saya berhasrat untuk berkongsi kisah ini supaya dapat menjadi sempadan pada rakan-rakan yang lain. Tapi buat masa inilah biarlah saya berehat dulu. Saya masih belum selesa dengan kekecewaan yang datang bertimpa-timpa. Kecewa kerana terpedaya dengan tipu daya manusia dan kecewa kerana sepertinya dia akan terlepas dengan tindakan undang-undang didunia.

Panjang sebenarnya kisah sedih ini, tapi buat masa ini saya masih belum punya mood untuk menceritakannya. Saya mahu menarik nafas dalam dan redha dengan segala yang berlaku. InsyaAllah ada hikmahnya

Tak apalah, mungkin dia terlepas dengan pembalasan didunia, tapi di akhirat nanti tidak mungkin dia dapat melarikan diri. Semoga dengan 'pelepasan' di dunia ini, pembalasan di akhirat nanti akan menjadi berlipat ganda. Nantikanlah seksanya api neraka. Dan ini adalah doa orang yang teraniaya!

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...