Alhamdulillah. Hari ini kami dimurahlan rezeki, akhirnya rumah saya mempunyai satu sudut lengkap untuk dijadikan home office. Tidaklah sebesar mana ruangan itu, tapi cukup baik dan selesa untuk menampung keperluan saya menguruskan perniagaan.


Alhamdulillah, serasa saya keperluan home office ini semuanya sudah cukup, ditambah pula kami diberi cordless phone oleh TM Point kerana menggunakan Streamyx. Memang benar-benar terasa mempunyai office. Oh ya, saya sebenarnya berdebar menanti hari esok. Hari esok adalah penentu samada saya ditipu ataupun tidak. Saya mahu bercerita tentang kejadian hari ini tapi suami melarangnya dan meminta saya menunggu hari esok. Baik, saya akan bersabar dan akan memberi pengkhabaran semula esok hari. Doakan saya semua.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga didalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)