Salam
Alhamdulillah, semakin hari walaupun kehidupan semakin sukar, sebenarnya ianya semakin baik. Saya semakin banyak memikul tanggungjawab, masa semakin banyak terisi dan rehat semakin kurang. Ya, saya kira ini sebagai kehidupan yang semakin baik. Semakin baik kerana saya semakin boleh mengambil lebih tanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan. Semakin baik kerana masa lebih banyak terisi dengan aktiviti bermanfaat dan kurangnya rehat dan kelapangan sehingga membuang masa.
Saya akui ramai lagi yang hebat-hebat tanggungjawab mereka. Jadi tolonglah jangan komen di blog saya dengan sinis mengatakan saya menidakkan orang lain yang lebih bertanggungjawab. Tidak, saya tidak menidakkan sesiapa, cumanya saya tidak bercakap tentang mereka. Ini blog saya, dan saya bercakap tentang saya.
Berbalik ke topik asal. Kehidupan semakin berubah dan melangkah dari satu fasa ke fasa yang seterusnya. Dulu saya hanya seorang pelajar dan isteri, kini saya menjadi seorang isteri, ibu dan juga usahawan, tahun hadapan, saya akan kembali menjadi seorang pelajar disamping menjadi ibu, isteri dan usahawan. InsyaAllah. Semakin bertambah tuntutan komitmen yang perlu saya berikan dan semakin susah juga sebenarnya saya rasakan. Awal permulaan menjengah fasa-fasa ini saya agak tertekan. Sehinggakan kadangkala saya menangis dan berfikir yang saya masih lagi tidak bersedia.
Saya ingat lagi sewaktu saya mula-mula menerima kehadiran Zahra, saban malam saya menangis. Tidak larat untuk berjaga malam menjaga Zahra yang tidak tidur dan tidak tahan dengan sakit dibahagian jahitan. Seperti juga setelah saya mula berkecimpung dengan dunia perniagaan internet, saya merasa tertekan kerana terasa seperti tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Bayangkanlah, awal pagi saya sudah menguruskan Zahra, kemudiannya mengemas rumah dan memasak. Bila Zahra mula merengek, saya akan melayannya dan kemudian berteleku selama beberapa jam untuk menyudahkan blog dan menguruskan beberapa perkara mengenai perniagaan kami sebelum sekali lagi Zahra menangis minta perhatian. Rutin saya hanya untuk anak, rumah tangga dan perniagaan. Waktu itu, mulalah beberapa sesi saya membebel dan mengomel tentang pelbagai perkara kepada suami. Semuanya jadi tidak enak di mata saya. Tapi alhamdulillah, suami sentiasa sabar. Setiap kali saya membebel dia hanya akan tersenyum dan kemudiannya berjanji untuk memuaskan hati saya untuk setiap perkara berbangkit yang saya utarakan.
Kehidupan bergerak lagi. Peringkat memulakan perniagaan kian beransur, kami di fasa terakhir untuk kemaskini perniagaan kami. Selepas ini mungkin hanya perlu menguruskan permintaan pelanggan sahaja kerana perkara lain seperti pembekal dan pembungkusan telah pun selesai. Alhamdulillah, saya juga semakin serasi dengan kesibukan. Waktu tidur yang berkurangan dan semakin pendek tidak lagi menjadi masalah buat saya, malah masa-masa itu saya tebus dengan melakukan tugas-tugas penting. Hasilnya, bila bangun pagi esok saya merasa lega kerana tidak ada tunggakan dan timbunan kerja. Saya hanya perlu melakukan rutin biasa dengan beberapa tambahan tugasan baru.
Bila melalui kehidupan begini, saya ada terfikir untuk menjadi working at home mom. Tidak perlu ke pejabat, duduk di rumah menguruskan perniagaan dan menjaga anak-anak. Saya mahu begini. Mungkin akan ada yang terfikir akan sia-sianya masa saya menimba ilmu bertahun-tahun di universiti. Sejujurnya saya tidak merasakan itu satu kerugian. Apakah kalian merasakan menjadi bijak dan mendidik anak-anak dirumah itu satu kerugian? Apakah mendidik anak-anak itu tidak memerlukan kebijaksanaan? Pemikiran seperti inilah yang perlu kita ubah, jangan hanya berfikir mahu menuntut ilmu untuk gaji lumayan dan pangkat yang tinggi. Mendidik anak-anak dirumah juga memainkan peranan yang besar. Bukankan institiusi kekeluargaan itu tonggak kepada masyarakat kita. Semuanya bermula dirumah, kalau institiusi kekeluargaan kita runtuh, bagaimana kita memperoleh masyarakat yang berilmu dan beragama? Jadi bagaimana boleh ada segelintir di antara kita merasakan kalau sudah belajar tinggi, rugilah tidak bekerja, sedangkan institiusi kekeluargaan itu penting dan ibulah tulang belakang kepada institiusi tersebut.
Wallahua'lam.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen.

No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)