Sudah lama saya tidak mengemaskini blog. Hajatnya mahu menyembunyikan rentetan kisah sedih dan dugaan yang menimpa tetapi akhirnya tewas juga. Saya akur sedikit sebanyak, penulisan memberi sedikit ketenangan dan kelegaan. Perkongsian disini bukanlah untuk menagih simpati apatah lagi untuk merungut tentang ujian yang Allah timpakan. Ia sekadar suatu luahan, yang saya harapkan darinya saya beroleh sedikit ketenangan dan andai ada yang mendapat manfaat daripadanya, maka ada rezeki saham akhirat untuk saya.
Semuanya bermula 2 minggu sebelum puasa, saya turun darah. Tidak pasti berapa banyak tapi saya menganggarkannya dari 3-4 gelas. Panik seketika, sangkaan saya, saya sudah kehilangan anak yang keempat ini. Air mata bercucuran melihat darah yang mengalir tanpa henti. Hampir sahaja saya pengsan tatkala menuruni anak tangga menuju ke kereta. Tapi kuasa Allah itu Maha Besar, setibanya saya di klinik, denyutan nadi bayi masih lagi normal dan jelas kesihatan. Doktor menyifatkan saya mengalami 'threaten to miscarriage'. Saya diminta untuk berehat dengan mengurangkan pergerakan seberapa banyak yang boleh. Keputusannya saya hanya tidur dirumah mama sehinggalah semuanya kembali seperti sedia kala.
Sekali lagi aturan Allah yang Maha Kuasa. 23/6 saya menerima panggilan seawal jam 4:30 pagi mengkhabarkan berita terburuk tahun ini. Ayah mertua saya dipanggil ke rahmatullah setelah terlibat di dalam kemalangan di LPT Bukit Besi. Berita awal yang kami terima sungguh menyayat hati. Kereta arwah ayah habis terbakar, semua barangan yang dibawanya termasuklah wang derma untuk maahad tahfiz yang arwah ayah usahakan habis dijilat api. Saya menangis dalam hiba, mengenangkan jenazah ayah yang berkemungkinan besar juga hangus terbakar. Alhamdulillah, panggilan seterusnya melegakan kegusaran hati kami, adik ipar memberitahu jenazah ayah berada di dalam keadaan yang sangat baik. Perginya dalam senyuman dan tubuhnya sedikit pun tidak terluka. Malahan dia nampak lebih tenang berbanding ketika dia tidur, kata emak. Dalam kesedihan itu saya rasa gembira, saya tahu arwah ayah pergi menghadap Illahi dalam keadaan yang diredhai Allah, insyaallah.

Kepulangan kami disambut dengan ribuan tetamu yang datang menziarahi dari seluruh pelusuk negeri. Ruang rumah penuh, masjid yang arwah ayah usahakan juga menerima lambakan jemaah sehingga membanjiri ruang tangga masjid yang masih belum siap sepenuhnya. mereka semua solat jenazah untuk arwah ayah. Melihatkan bagaimana Allah menjemput ayah 'pulang' dan bagaimana orang ramai menghantar ayah 'pergi', hati saya redha sepenuhnya. Saya tahu arwah ayah mati dalam kebaikan. Dia bertemu ajal sebaik sahaja beiau selesai menghadiri sebuah program yang membakar semangat juang dalam diri anak muda. Oh ayah, permegianmu itu syahid!
Selepas dua minggu kami menemani emak, kepulangan ke KL juga tidak kurang hebat ujiannya. Suami disahkan menghidap demam denggi. Badannya panas mendadak, dia hilang selera makan dan muntah-muntah secara berterusan. Dengan keadaan sesak hospital kerajaan, suami hanya menerima rawatan di atas bangku kerusi. Sehingga jam 12 pagi, saya menemani suami yang perlu dimasuki 1 pine air. Sehingga ke hari yang kelima, apa yang masuk ke perut suami hanyalah air dan 3 suap nasi yang diselang selikan dengan buah strawberry. Tambah menyesakkan dada, ujian itu datang bertimpa ketika di bulan Ramadhan. Bulan dimana semua umat manusia mahu beramal ibadat, mahu ke masjid untuk solat terawih, beriktikaf dan qiamulail. Malangnya untuk suami saya, dia hanya mampu bersedih dengan ketidak mampuan dia untuk menghidupkan Ramadhan pada tahun ini. Saya berulang kali menenangkannya agar bersabar dengan ujian Allah yang penuh dengan hikmah dan dalam masa yang sama mendoakan suami agar diberi kesempatan untuk memperolehi Ramadhan pada tahun hadapan dan mengisinya dengan segala jenis kebaikan. Insyaallah. Alhamdulillah, 2 minggu selepas itu suami pulih sepenuhnya.

Ramadhan berlalu dan kami menyambut Syawal dengan penuh sederhana. Ketiadaan ayah teramatlah dirasai, ini kali pertama menerima kunjungan tetamu tanpa henti tanpa ayah disisi. Kebiasaannya mereka menziarahi kami untuk meraikan ayah tapi kali ini ziarah mereka menghulurkan kata-kata semangat buat emak dan tidak kurang juga yang datang meluahkan rasa terkilan di hati. Kehibaan itu terasa lebih berat apabila Zahra meghidap demam campak dan saya dan anak-anak terkena sakit mata. Ya Allah, bayangkanlah...sedang sibuk menyambut tetamu, Zahra demam campak, saya, Wardah dan Haris sakit mata. Hanya suami sahaja yang sihat. Maka semuanya terbeban ke atas dia. Sungguh Allah benar-benar mahu menguji.
Setibanya kami di Kuala Lumpur, Allah uji sekali lagi. Tidak lama, 2 minggu selepas Zahra sembuh sepenuhnya dari demam campak Wardah dan Haris pula berjangkit. Sekali lagi episod tidak tidur malam dan rengekan anak yang berpanjangan bermula. Saya seperti kaca yang terhempas ke batu, pecah berderai semangat saya. Dengan kepenatan mengandung, bila diuji begini memang mahu menangis saja rasanya. Mujur ada suami yang ringan tulang, segala keperitan saya dipangku bersama, dia jugalah yang rajin meniup semangat untuk saya. Tidak kurang juga dengan peringatan tentang ayat-ayat dan jani-janji Allah yang diungkapkan pada saya agar saya tidak menjadi manusia yang alpa.
Hari berganti hari dan saya menyangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Saya dirujuk ke Klinik Pakar Ginekologi Hospital Selayang kerana ada 'sesuatu' pada rahim saya yang tidak dapat dipastikan oleh doktor di klinik yang selalu saya kunjungi. Dipendekkan cerita, saya di diagnosis mempunyai Placental Cyst yang menutupi pintu rahim dan uri yang berada di bawah. Keadaan uri inilah yang menyebabkan saya mengalami pendarahan yang berpanjangan (tapi semakin berkurangan dari hari ke hari). Belum habis lagi. Doktor juga mengesan sedikit bunyi yang tidak sepatutnya pada injap kiri jantung saya. Denyutan nadi saya yang laju dengan kadar 102 seminit (tidak normal dalam keadaan sedang berehat) juga membimbangkan doktor. Sudahnya? Saya dirujuk ke Klinik Pakar Kardiologi juga.
Fasa kehidupan yang paling penuh dengan linangan air mata. Hanya ada sangkaan baik pada Allah sahaja yang mendorong saya untuk tersenyum. Semoga semuanya bertambah baik. Hari demi hari.
p/s: Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tapi tak mengapa, bukankah hadirnya pelangi itu selepas surutnya hujan. And yes, those things that does not kill you will only makes you stronger!
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)