Maahad Tahfiz Wal Tarbiah Darul Iman (MTT)


Asrama Perempuan

Asrama Lelaki

Koperasi

Bangunan Kelas

Tandas, Makmal Sains, Taska

Kantin

Dewan Makan
Salam

Segala puji hanya milik Allah Yang mempunyai segala apa yang ada di langit maupun di bumi. Bagi-Nya segala pujian di dunia maupun di akhirat dan Dialah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya manusia diciptakan di alam kehidupan ini bertujuan untuk beramal, kemudian nanti akan dibangkitkan di hari kiamat untuk dibalas berdasarkan apa yang telah mereka amalkan. Maka manusia tidak diciptakan sia-sia, juga tidak dibiarkan begitu saja. Orang yang beruntung adalah orang yang telah memberikan kebaikan untuk dirinya yang akan dituainya disaat dia kemabali di sisi Allah. Dan orang yang rugi adalah orang yang  melakukan keburukkan dan mengakibatkan kesengsaraan.

Lihatlah kepada amalan-amalan kita dan awasilah diril sebelum datang  menghampiri kerana kematian menandakan terputusnya amalan dan merupakan permulaan kepada balasan. Kematian begitu dekat namun kita tidak mengetahui bila akan tiba. Sama ada datang meregut atau datang menjemput. Sama ada bersama seksaan yang semput atau tenang bersama syahadah bersahut. Sudahkah kita bersedia untuk menempuh pada perhitungan yang begitu teliti? Sehinggakan pahala dan dosa sebesar zarah pun tetap dihitungi. tepuk dada tanya iman.

Saya wakil MTT memohon sumbangan ikhlas pada setiap insan yang mampu. bantulah seikhlas mungkin. Bantuan ini akan disalurkan bagi tujuan membaik pulih Maahad, tempat pada Huffaz ditarbiah. generasi yang akan membawa cahaya kebenaran, menebarkan Islam di setiap ruang yang kini penuh dengan rona-rona dosa dan warna-warna maksiat. Semoga setiap huluran sumbangan, Allah balas dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Salam... pelajar kt sini ramai ke? Cg yg mengajar semua ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sekarang 2016 jumlah pelajar di sini mencecah 500 orang. Alhamdulillah, guru-guru semuanya ok insyaallah. Kalau Puan berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi 09-6670102

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...