Sunday, February 17, 2013

Kraftangan Felt

Salam

Saya masih ingat lagi bagaimana saya mula meminati kraftangan Felt. Walaupun cetusannya hanya dari sebuah mimpi ketika mengandung, saya kira ianya jalan yang Allah lorongkan untuk saya kerana Allah lebih tahu minat dan kesungguhan yang bakal saya curahkan untuk kraftangan Felt ini sedikit sebanyak membantu saya mengurangkan permintaan untuk bershopping dari suami. (huhuhu).

Alhamdulillah, tempahan yang saya terima semakin banyak. Saya kira ini petanda baik yang menunjukkan rezeki yang murah dan hasil tangan dan idea yang semakin halus dan menarik. Tempahan yang saya terima membuatkan minat saya terhadap seni Felt semakin bertambah, sudahnya saya banyak meluangkan masa untuk melihat beberapa blog mereka yang lebih mahir untuk dijadikan rujukan. Hasil daripada itu, saya membuat keputusan untuk menambah pilihan dalam penghasilan kraftangan saya. Masih menggunakan Felt sebagai  bahan utama dan hiasan dalam penghasilan bantal, kini saya memberikan pilihan kepada mereka yang berminat untuk menempah untuk memilih samada bahan utama bantal mereka dibuat menggunakan fabrik Flannel, Velboa atau pun Faux Hair.

Flannel
Lebih lembut dari felt dan lebih sesuai dijadikan bantal. Boleh tidur!

Faux Hair
Material yang biasanya digunakan untuk membuat Teddy Bear.

Velboa
Material yang digunakan untuk membuat Plushies. Lebih kurang faux Hair tapi bulunya lebih pendek/

Sumber gambar-gambar yang dipaparkan semuanya daripada Google. Stok material saya masih belum sampai di rumah, penangan cuti Tahun Baru Cina yang melambatkan perkhidmatan Poslaju. Insyaallah, sampai sahaja material tersebut di rumah, saya akan update di blog rasmi kraftangan Felt saya. Sudi-sudilah berkunjung. :)

Crafty Mommy


Ini pula adalah beberapa contoh tempahan yang saya terima. Kebanyakkannya adalah bantal yang datang dalam  saiz A4 atau pun 12 x 12 inci. Semuanya dari material Kain Felt. Kalau berminat boleh buat tempahan di sini. :)










Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

25 comments:

  1. salam...sy berminat nak belajar buat kraftangan ni...tp mcm mane ye...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin boleh tinggalkan emel untuk saya hubungi. Insyaallah,saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang saya tahu.

      Delete
    2. Minta tunjuk ajar juga kalau boleh

      Delete
  2. Assalamualaikum... Sy berminat nk buat craft ni. Sblm ni sy buat bisnes keychain. Cmne ye sy nk dptkn kain flannel n faux hair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kain Flannel boleh didapati di mana-mana kedai kain. Kain Faux Hair,boleh tanya di Kamdar Jalan TAR.

      Delete
  3. Salam sis, brp harga sebiji bantal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Harga bantal mengikut saiz dan material yang sis pilih. Boleh hubungi saya di 012-2118905 utk maklumat lanjut.

      Delete
  4. slm sis,sy berminat utk blaja kraftgn dri kain felt.ini email sy. sy harap sis dpt membntu sy.
    nurunnadiah.bachok@gmail.com

    ReplyDelete
  5. salam..saya berminat nak tahu dimana nak cari gambar2 lukisan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Gambar2 yang saya buat pada bantal saya kebanyakannya saya ambil dari google sahaja sis. Sis boleh search di sana..

      Delete
  6. Assalamualaikum..sy berminat nk bljr..hrp sis dpt membantu..
    blackantz44@gmail.com..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Maaf saya terlepas pandang komen ini. Insyaallah saya akan emel ya, boleh check emel dalam masa 24 jam.

      Delete
  7. assalamualaikum.. sis boleh tolong saya... saya nk beli kain faux hair tu kt mna ada jual yea. syaida.. Alang_ida88@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis.sy berminat nak belajar wat kraft ni utk ajar anak murid khas sy. Ni email saya nurinmawar@yahoo.com...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insyaalah saya akan emel sis ya..

      Delete
  9. Salam kak.. Saya bminat nak buat long pillow guna velboa. Rsanya sesuai x? Or lebih ssuai guna flannel? Kalau velboa blh cari kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insyaallah dua-dua material pun okay. Cumanya Velboajauh lebih berkualiti dari Flannel. Lebih tahan lama dan tidak berbulu. Nak beli Velboa boleh contact saya di 0122118905

      Delete
  10. As salam.. sy berminat nak blajar kraft felt niy.. hrap dpat membantu.. niy email sy.. nazmal2013@gmail.com.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih sis Nazatul Ain. Insyaallah, dah boleh check email ya.. :)

      Delete
  11. salam..sy berminat untuk membuat bantal felt tu,,tp mane nak dpt kain flannel dan felt tu yer? harap akak x keberatan membantu.. nie email sy manisahzainal@gmail.com terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insyaallah kain flannel boleh di dapati di mana-mana gedung kain. Kamdar, Nagoya atau gedung kain biasa sahaja. Range harga dalam RM4-RM7 semeter.

      Delete
  12. Assalamualaikum..sy pu berminat nk belajar jgk..
    salsabilaaishah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis...saya dh berhenti buat Felt. Tapi kalau sis ada nk tanya ap2 boleh emel saya nabila.cj@gmail.com

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...