Wednesday, August 29, 2012

Kraftangan Felt

Salam

Kunjungi blog rasmi Kraftangan Felt saya. Insyaallah, banyak lagi pilihan menarik menanti anda!

Saya sendiri tak pasti bagaimana saya memulakan hobi yang baru ini. Yang saya tahu, pernah sekali saya terjaga daripada tidur dan terus memaksa En. Suami membelikan saya peralatan membuat kraftangan Felt. Semuanya gara-gara mimpi. Petang itu juga suami turutkan kemahuan saya dan kami ke Kedai Kelim dan Kraft di belakang Jakel, Jalan Masjid India.

Hari yang sama, saya mulakan hobi baru itu dengan tekun. Hasilnya, saya siapkan semua sarung handphone untuk adik-adik. Untuk adik yang tidak mempunyai handphone, saya hasilkan keychain nama untuk mereka. Luar biasa rasanya melihat kraftangan buatan sendiri. Saya tidak pernah menyangka mempunyai kebolehan membuat krafangan. Mana tidaknya, tangan sekeras batu ini, banyak yang tidak menjadi selalunya. Alhamdulillah, walaupun tidak secantik mana, adik-adik tetap happy dengan pemberian saya yang tidak seberapa.


Sarung handphone untuk adik-adik tersayang.


Keychain nama untuk adik-adik yang belum ada handphone.

Menjelang raya, saya berhenti seketika daripada membuat kraftangan sebegini. Ditambah dengan ketiadaan Fiber Wool (biasa digunakan untuk membuat bantal). Saya mencari-cari kedai online yang menjual keperluan kraftangan Felt dengan harga berpatutan memandangkan aksesori lain seperti button, manik dan etc agak mahal bila dibeli diluar. Bertambah menyakitkan hati bila keadaan jalan yang terlalu sesak dan susah untuk mencari parking. Alhamdulillah, saya sudah berjumpa dengan kedai online yang sepatutnya. :)

Ini hasil kraftangan selepas cuti raya. Saya hasilkan untuk dihadiahkan ada anak kepada sahabat suami saya ketika di Sudan. Dah lama saya dan isterinya tidak berjumpa. Zahra dan anaknya, Khadeejah juga tidak pernah bersua muka. InsyaAllah, saya akan berikan kepada mereka Jumaat nanti. Buat sedikit kejutan, selain duit raya yang tidak seberapa.

 Hairclip. Tak berapa kemas, tak sure lagi nak bagi ke tak.. :p

 
 Bantal Hiasan. I like it, hope they'll like it too. :)

p/s: Saya assume dia tak baca blog saya. Tapi kalau dia baca dah tak jadi surprise la jawabnya.. -_-'

 

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

10 comments:

  1. kak nabila....
    nak satu sarung henset tuuuu :DD

    ReplyDelete
  2. Salam. Along Kalau nak sarung handphone Along mesej Kak Nabila saiz handphone Along k.. InsyaAllah,nanti kalo ada kelapangan Kak Nabila wat kan.. :)

    ReplyDelete
  3. boleh emailkan saya laman web yang menjual aksesori semua tu? manik etc.
    miruljr@gmail.com

    ReplyDelete
  4. saya berminat nak tahu dimana nak google gambar2 contoh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh ke blog rasmi felt saya di www.cute-feltcraft.blogspot.com

      Terima kasih :)

      Delete
  5. kain felt tu nk dapat dr mane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kain Felt boleh didapati di kebanyakan kedai barangan kahwin. Boleh cuba ke Semua House, ada kedai barangan kahwin di tingkat 5. Atau boleh juga ke kedai kahwin Kelim dan Kraft di Ampang Point atau Jalan Masjid India di belakang gedung kain Jakel.

      Delete
  6. Askum....sy jugk berminat dgn kraftangan felt ni tp x tau nk jual kt mne slain jualan online..Ada x kdai2 yg nk trime tempahan kraftangan felt ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya selalunya menyertai jualan di booth-booth anjuran ramai pihak. Boleh cari mereka di Instagram atau FB. Contoh: @ehehbazaar @mylink_festival @blackmarket_malaysia

      Delete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...