Thursday, September 6, 2012

Semester Baru dan Kraftangan Felt di Hujung Syawal.

Salam.

Isnin ini, 10 September 2012. Bermulalah semester baru untuk sesi 2012/2013. Semuanya bercampur baur, antara keseronokkan berehat di rumah sambil menguruskan rumah tangga dan rasa teruja mahu menjadi pelajar dan bergaul mesra dengan rakan-rakan. Sem ini sem terakhir saya bersama teman seperjuangan. Tinggallah saya terkontang kanting nanti, masuk ke kelas bersama adik-adik junior yang masih muda remaja. InsyaAllah, aturan Allah itu ada baiknya. Semoga saya terus menerus redha dan sabar dengan segala yang tersirat dan tersurat.

Baru-baru ini ada yang menunjukkan minat pada hasil kraftangan saya. Setelah berkira-kira, saya berniat mahu menerima tempahan secara sambilan. Sekadar megisi kekosongan masa yanga ada. Sebenarnya saya tidak keberatan untuk melakukan kraftangan itu secara percuma, cuma kos pembuatannya perlu ditampung supaya bahan untuk menghasilkan kraftangan itu sentiasa ada. Suami meletakkan syarat pada saya. Katanya tempahan kraftangan itu tidak lebih dari kerja sambilan. Saya harus berani menolak permintaan dan tidak mengambil masa untuk menelaah pelajaran semata-mata mahu menyiapkan tempahan. Saya akur. Keutamaan harus sentiasa diutamakan. Dan pada masa ini keutamaan saya adalah pelajaran dan rumah tangga!.





Ini antara hasil kraftangan Felt yang saya kira semakin hari semakin menunjukkan peningkatan. Cumanya saya sedikit kekeringan idea. Tapi rasanya ini boleh di atasi setiap kali ada permintaan secara spesifik rekabentuk yang di inginkan. InsyaAllah.. Oh ya, Syawal masih belum berakhir. Di Kuala Lumpur, raya baru saja bermula. InsyaAllah, Sabtu ini saya akan menyediakan beberapa hidangan untuk tetamu yang bakal datang. Saya berharap semuanya berjalan lancar, tetamu hadir semuanya dan makanan yang disajikan lazat, menepati citarasa dan mencukupi untuk semua. :)

p/s: Along, Kak Nabila tengah figure out lagi macam mana nak buat sarung handphone tu tertutup supaya handphone tak tergelongsor keluar dari sarung. Sabar ye, insyaAllah tak lama lagi siap Along punya. ^_-



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...