Saturday, May 24, 2014

Rahsia Yang Bakal Di Bongkar

Salam

Saja bagi tajuk terlebih gempak sebab dah lama sangat tak update blog. Sangat-sangatlah nak update, dah siap mengarang pun dalam handphone tapi nak taip semula di laptop tak ada masa. Dah pula anak-anak jenis pantang tengok mama dia pandang laptop, terus jer menjerit...nak tengok Upin Ipin!! Maaf la, saya sangat berdisplin bab bagi anak melayan cerita kartun ni. Ada masa yang saya tetapkan untuk mereka tengok. Bila dah tengok, saya tetapka pula berapa lama mereka boleh tengok dan selalunya malam memang tak boleh tengok langsung. Saya tak nak mereka fanatik tidak memasal. Banyak lagi hiburan lain yang menyeronokkan dan merangsang tumbesaran otak. Bukan saya kata Upin Ipin tak ada kebaikan ya, ada kebaikannya cuma tak nak dia terlampau taksub dan terleka untuk terokai dunia (cewah!).

Berbalik pasal isu update blog. Saya ada install application blog tapi function nya agak terhad dan nak meng-update blog jadi tak seronok. Kalau ada sesiapa yang tahu application blog untuk android yang bagus, boleh inform saya ya. Terima kasih! :)

Alhamdulillah, Felt dan Guestbook Corner saya semakin mendapat tempat. Duduk-duduk diam pun masih ada yang buat tempahan dan bertanya itu dan ini. Lebih-lebih lagi permintaan terhadap photoprops. Selalu jer dapat. Seronok saya. Kalau ada pembaca Widad Jannati yang nak tempah photoprops...sila-silalah whatsapp saya di 012-2118905 ya.

Hurm...apa lagi nak update ya... Oh, adik yang hampir bongsu (second last) dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Civil Engineering di Politeknik Tuanku Mizan, Terengganu. Tengok persiapan dia, saya pula yang berkobar-kobar nak sambung belajar. Tapi kena tunggu keadaan stabil dulu. Kena tunggu suami habiskan PhD, anak-anak besar sikit dan saya rehat dari pregnancy. Eh, mengandung lagi ke? Bukan hari tu baru bersalin  ke? ..................Ya, saya mengandung lagi. Saya suka mengandung, sebab tu 4 tahun berturut-turut mengandung. Tak tahu ke?

Ok, berbalik pada topik sambung belajar. Dengar macam lama jer nak sambung belajar kan...actually saya target lagi 2 tahun saya akan sambung balik. Moga-moga dalam tempoh tu semangat ini tak akan pernah padam. Saya nak jadi student cemerlang yang ada anak 4! Huhuhu

Sampai sini dulu ya, nak update blog Felt dan Guestbook pula. Jangan lupa singgah tau! :)




Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...