Wednesday, April 2, 2014

Felt, Guestbook Corner, Bazaar-Job!

Salam

Alhamdulillah, selesai sudah beberapa perkara yang membuatkan saya sibuk sepanjang 2 minggu. Tersangatlah sibuk sehinggakan kesihatan saya sedikit terganggu (ya, saya memang mudah sakit orangnya). Tapi dalam kesibukan itu, Allah permudahkan kesemuanya dan saya panjatkan kesyukuran untuk segala kelapangan dan kemudahan yang Allah berikan.

22 dan 23 Mac: Saya membuka booth di Bangi Gateway anjuran Eheh Bazaar. Kraftangan Felt seperti bantal, keychain, brooch, coin purse dan lain-lain tersedia untuk dijual. Pada waktu yang sama, saya juga mempamerkan hiasan yang akan digunakan untuk Guestbook Corner bagi mereka yang berminat. (gambar ada pada post sebelum ini, klik).

29 Mac: Saya menyediakan hiasa meja Guestbook Corner untuk pengantin yang tersangatlah cantik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, seronok melihat Guestbook Corner saya menjadi salah satu kemeriahan dalam majlis tersebut. (untuk gambar penuh majlis, boleh klik link)


30 Mac: Saya sekali lagi membuka booth tapi kali ini semperna dengan program Simfoni Warna di UKM. Walaupun sambutan tidak memberangsangkan seperti booth yang saya pernah buka di UIAM (klik), tapi sekurang-kurangnya saya sudah mengutip pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti. Insyaallah saya tidak serik dengan UKM. Kalau ada jodoh, saya akan buka booth lagi di sana tapi dengan menyertai program yang lebih ramai pengunjung. Insyaallah. (untuk gambar penuh booth, boleh klik link). 


p/s: Usaha telah pun saya kuatkan tapi rezeki masih belum mencapai tahap atau target yang saya mahukan. Mungkin saya perlu lebih lagi memperkasakan doa atau mungkin juga saya perlu berdoa agar dicukupkan dengan rezeki yang Allah kurniakan...kerana manusia...walau sudah berjumpa dengan sebukit emas, tetap juga dia akan mencari bukit kedua. Untuk renungan kita bersama. Wallahua'lam.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...