Wednesday, October 12, 2011

Travel with Zahra

Salam

Seperti yang saya ceritakan pada post sebelum ini, saya sekeluarga akan pulang ke Terengganu atas urusan tertentu. Ini adalah kali pertama kami berjalan jauh bersama seorang bayi yang akan mencapai umur 2 bulan, dalam masa beberapa hari lagi. :)

Persiapan agak berbeza, sebelum ini saya hanya perlu memikirkan bekal dan pakaian untuk saya dan suami pakai sewaktu di kampung nanti. Tapi kali ini saya perlu memikirkan keperluan Zahra yang agak memeningkan kepala. Berapa pampers, baju, barut perut yang akan digunakan? Bagaimana pula saya mahu membancuh susu di dalam kereta nanti? Perlukah saya membawa bantal dan tilam Zahra?

Oleh kerana ini kali pertama, saya membawa kesemuanya secara extra. Extra pampers, takut-takut di sana nanti banyak pula Zahra buang air besar, extra baju sebab risau kalau-kalau Zahra muntah dan mengotorkan baju. Untuk memenuhi keperluan membuat susu, saya membeli thermos yang lebih kecil supaya mudah di bawa di dalam kereta dan menggunakan less spaces, dan tupperware mini untuk keperluan susu Zahra. Rancangnya, setiap kali kehabisan susu, kami akan berhenti di R&R untuk membancuh susu. Tilam kami tak bawa, hanya bantal sahaja, rasanya itu sudah boleh menampung keperluan tidurnya nanti.

Beg Pakaian-2 beg Zahra, 1 beg mama and abi -_-'

Bekalan. Nyum! Nyum!

Persiapan akhir: Si baby :)

Bila sudah mempunyai ahli tambahan, masa yang diambil untuk persiapan juga memerlukan masa tambahan. Tidak mahu tercicir perkara-perkara yang penting, nanti susah pula di sepanjang perjalanan. Ye la, kita mungkin boleh bertolak ansur mana-mana yang patut, tapi bayi? Susah kita dan kesian mereka kalau ada keperluan yang tidak mencukupi. Contohnya jika tidak cukup pampers, tak kan la mahu mereka terperap dengan pampers yang lembap sementara kita membeli yang baru? Atau tak kan mahu mereka menahan lapar dalam esakan kerana lupa keperluan membancuh susu sementara kita mencari alternatif lain di tengah lebuhraya?

Jadi, semuanya perlu lebih teliti dan hati-hati. Alhamdulillah, perjalanan saya telah pun sempurna tanpa sebarang kesulitan dan musibah. Saya bakal meng'update' beberapa lagi post berkaitan dengan kepulangan saya ke Terengganu. InsyaAllah :)

Mood: Excited!

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...