Salam
Hari ini jadual saya dipenuhi dengan aktiviti berjalan mengukur tanah. Tidak cukup dengan itu, saya memaksa Zahra mengukur tanah sambil minum susu dan tidur. Kesian dia. Tapi nampaknya macam seronok juga. Bila dia terjaga, matanya akan meliar melihat pemandangan sekeliling. Adakalanya ketawa sendiri hingga mengekek, apa yang menghiburkan hati pun saya tidak pasti.
Kononya mahu menebus kekecewaan semalam, saya dan suami mengambil keputusan untuk ke Universiti Malaya (UM) memandangkan UM juga sedang 'ber-konvokesyen'. Kekecewaan pertama adalah apabila sudah sampai separuh jalan, barulah saya teringat yang susu Zahra kehabisan dan memerlukan penambahan. Pening juga kepala memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Akhirnya idea muncul, kami singgah di stesen minyak untuk mengambil air panas. Alhamdulillah, air panas ada disediakan, untuk memasak maggi sebenarnya tapi kami mengambil peluang ini untuk membuat susu anak. :p
Kekecewaan kedua. Sangka saya susu yang baru tadi saya beli telah pun saya masukkan ke dalam beg bayi sewaktu singgah di rumah mama. Malangnya, susu tersebut saya tinggalkan di atas meja. Berputar juga kami mencari di dalam kereta, ingatkan terjatuh di bawah kerusi dan sebagainya, rupanya tertinggal pula. Suami sudah pun memberi kata dua, samada mahu pulang atau membeli susu baru. Ada sedikit rasa bersalah sebenarnya, mahu pulang tapi perut berkeroncong mahu makan makanan di pesta konvokesyen. Kalau beli susu lagi, takut menghabiskan duit suami, sedangkan stok susu masih banyak. Setelah berkira-kira, akhirnya kami membeli susu, sudah separuh jalan, apa salahnya diteruskan. Saya merasa serba salah dan memohon maaf dari suami, "Sorry, awak marah tak?". "Tak", suami senyum tawar dan kemudiannya menyambung, "Ada la sikit tapi awak pun tak mahu benda ini berlaku kan..". Saya mengangguk, membuat muka kesian.
Berhenti di kedai runcit, saya mengambi peluang ini untuk menukar lampin Zahra sementara suami membeli susu. Alhamdulillah, rezeki saya (untuk ke UM) dan Zahra (minum susu) ada. Suami membancuh susu dengan senyuman sebelum meneruskan matlamat kami untuk berjoli di pesta konvokesyen UM.
Kekecewaan ketiga. Sampai saja di UM, suasana kelihatan lengang. Ada sedikit rasa hairan sebenarnya tapi saya diamkan saja di dalam hati. Tahun lepas kami pernah mengunjungi pesta konvokesyen UM dan keadaannya tersangatlah meriah. Kereta bergerak perlahan kerana kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kekurangan parking. Sampai di depan Bangunan Canselori, suami membaca sebuah banting yang elok bertulis, "Pesta Konvokesyen Universiti Malaya, 3/10 hingga 8/10". Saya mengangguk, "Hari ini berapa hari bulan?". Suami melihat handphone dan separa menjerit memberitahu, "9!". Saya jadi lembik.
Aduhai, sudah la datang dari jauh, pelbagai dugaan pula yang dihadapi. Tengok-tengok kami sudah pun terlambat mennghadiri pesta konvokesyen UM. Kononnya mahu menebus kekecewaan selepas menghadiri konvokesyen UIA, tengok-tengok lebih kecewa pula jadinya. Tak apa la, mungkin bukan rezeki. :p

No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)