Keropok lekor memang satu kemestian setiap kali pulang ke Terengganu. Memang tak lengkap rasanya jika tak membeli keropok di sana. Kata mama, "Keropok Terengganu sedap" dan saya mengakuinya. Jadinya setiap kali balik ke Terengganu, tangan kami tidak pernah kosong dengan keropok lekor sebagai buah tangan untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur.
Walaupun sudah menyediakan bekalan, tetap juga tak puas rasanya jika tidak bermusafir sambil memakan makanan ringan. Kami tiba di Pahang dan membeli keropok lekor, saja mahu mencuba keropok lekor Pahang pula :p Kedainya 'open air', jadi setiap pengunjung memang berkesempatan melihat bagaimana keropok lekor dibuat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengambil beberapa keping gambar.

Saya keliru beberapa ketika, kalau semua pun Losong, bagaimana nak tahu yang mana satu yang diperkatakan sebagai keropok lekor Losong yang famous kerana kesedapannya itu? "Semua pun sedap dan lebih kurang rasanya" suami memberi jawapan ringkas. Setelah meninjau-ninjau kami memutuskan untuk memilih kedai yang sebelum ini telah pun suami kunjungi dan keropok lekornya menepati citarasa kami.
Lihat saja suami mengambil gambar, mak cik tersebut senyum dan berkata, "Nak promote dalam internet ya?". Suami saya membalas senyuman. Dan kerana senyuman suami yang manis itu, kami diberi keropok lekor yang siap digoreng sebagai bekalan secara percuma. Terima kasih mak cik! :)

p/s: Kereta berkelajuan serdahana dan saya berlapang dada melihat Zahra 'enjoy' dan tersenyum-senyum setiap kali kereta bergerak. Mungkin merasakan dirinya terbuai-buai. :)
p/s: Terengganu part 3.. Next! :p
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)