Ini satu lagi kemestian jika pulang ke Terengganu. Menikmati keindahan pantai Terengganu. Siapa yang tidak mengunjungi pantai Terengganu jika ke Terengganu memang rugi. Menenangkan fikiran dengan mendengar deruan angin pantai yang mendamaikan sambil menjamah mata dengan keindahan pantai bersih yang memutih, nikmatnya. Sesekali berjaya lari dari tekanan hidup di kota memang memberi semangat baru dalam diri kita. Tambahan pula, bila melihat keindahan sebegini terasa betapa Allah SWT itu Maha Berkuasa. Bagaimana kehalusan angin yang menderu boleh melembutkan hati yang keras dengan batu-batu kelalaian. Subhanallah!
Seperti kebiasaan, setiap kali balik ke Terengganu, saya dan suami akan singgah di pantai. Tidak kira la samada di dalam perjalanan pergi atau perjalanan pulang, kami memang akan meluang masa menikmati keindahan yang memang mustahil untuk diperolehi di Kuala Lumpur. Bezanya dulu kami berdua, kini kami bertiga. Hati saya benar-benar teruja. Mahu membawa Zahra berjalan di pantai dan berkongsi perasaan gembira saya setiap kali menikmati cumbuan bayu yang bertiup.

Kerana kepulangan kali ini tidak lama, kami hanya ke Pantai Batu Buruk yang berdekatan dengan rumah. Turun saja dari kereta, Zahra mengecilkan mata. Mungkin kerana angin pantai yang kuat menderu. Beberapa lama kemudian Zahra nampak teruja, matanya membulat dan kepalanya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Entah apa yang dilihatnya, saya pun tidak pasti Panggilan kami tidak di layan, dia lebih suka melihat pantai. Malahan, tabiatnya yang melihat kamera pun dilupakan. Jadinya kami gagal menangkap gambar Zahra memandang kamera ketika di pantai. Suka benar dia.


Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya. Ameen
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave words. :)