Monday, June 6, 2011

Anniversary

Salam

Hari ini genap setahun saya dan suami mendirikan rumah tangga. Jujur saya katakan, saya memang menantikan detik ini. Mahu meraikannya bersama-sama suami. Pada awalnya saya merancang untuk melakukan kejutan, tapi memandangkan keadaan saya yang semakin sarat dan masa yang terhad maka agak mustahil untuk saya merancang kejutan. Makanya saya mengharapkan suami yang membuat kejutan. Tapi setelah ditimbal balik beberapa kali, saya rasa adalah lebih manis jika saya dan suami sama-sama merancang untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami. Makanya, aktiviti malam ini, kami rancang bersama.

Kami tidaklah merancang sambutan yang meriah atau sangat-sangat romantik seperti candlelight dinner atau jamuan makan, apa yang kami rancang cukup serdahana untuk kami berdua. Tapi apa yang penting adalah kenangan yang bakal dipahatkan di dalam ingatan. Apa-apa pun saya tetap berkeras mahukan kek untuk ulang tahun kami, saya merasakannya tidak lengkap tanpa kek. Suami hanya menuruti. Bila rancang bersama begini, saya rasa lebih seronok kerana dapat melihat suami yang bersungguh-sungguh memikirkan rancangan yang bakal di atur. Malah saya dapat merasakan kasih sayangnya dengan lebih mendalam bila dia cuba menimbulkan kenangan silam kami pada malam sambutan ulang tahun kami nanti.

Ini ulang tahun perkahwinan yang pertama, saya mengharapkan kami terus merasai kenikmatan menyambut ulang tahun ini walaupun usia sudah menginjak ke pengakhirannya. Biar pun ketika itu tiada lagi sambutan, namun biarlah ada ucapan beserta senyuman antara saya dan suami. Pada saya, tarikh seperti ini wajar dikenangkan bagi memupuk kasih sayang yang berterusan. Doa saya, yang saya yakin, doa suami juga, moga perkahwinan kami ini sentiasa diredhai Allah, kekal hingga ke syurga dan melahirkan pejuang-pejuang Islam. Semoga semuanya baik-baik belaka. Ameen.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

p/s: 1st Anniversary, pregnant 1st baby. 2nd Anniversary, 2nd baby maybe? :)



Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...