Thursday, June 16, 2011

Puteri-Puteri Sayang

Salam

Alhamdulillah, beberapa hari ini saya diserikan dengan khabar gembira kelahiran dua orang puteri. Salah seorangnya anak sepupu saya, Wan Noor Farisan dan isterinya Kak Jumie. Hati saya menggebu bahagia tatkala memegang bayi comel seberat 2.4kg itu. Bertambah bahagia, saat di dalam pelukan saya dia membuka mata. Terkelip-kelip seolah-olah memerhatikan saya, berbeza sekali bila dipegang orang lain. Matanya terkatup rapat. Saya berbisik "Jadi anak Cik Bila ok?", dan bayi tersebut masih memerhatikan saya. Sedetik hati saya terusik, mungkin dia dapat merasai denyutan bayi kecil di dalam kandungan saya. Saya memerhatikan si ibu yang kelihatan penat, senyum sentiasa dibibir walaupun tangannya luka dan matanya bengkak. Kasih ibu, sungguh, hingga ke syurga.

Nurqisha Nuha bt Wan Noor Farisan Born on 15.06.2011

Beberapa hari sebelum itu suami saya menerima pesanan ringkas dari sahabat perjuangannya. Memohon doa untuk isterinya yang sedang berjuang, bertarung nyawa mahu melahirkan seorang bayi ke dunia. Saya mendengar berita itu dengan perasaan yang hiba, rasa sedih mendengar dia menahan sakit selama dua hari. Ada ketika sakit begitu memuncak, dia muntah. Saya jadi tak keruan seketika, rasa simpati dan takut bersatu. Saya mendoakan segalanya menjadi kafarah buat dia, menjadi satu bayaran bagi bahagia yang akan datang. Saya menambah doa, tidak mahu mengalami rasa sakit yang sebegitu kuat. Tapi segalanya di tangan Allah dan saya selaku hambanya yang selayaknya akan diuji, redha dengan setiap ketentuannya. Pukul 7.30pagi kami menerima berita segalanya selamat. Bayi perempuan telah dilahirkan ke dunia dan ibu itu selamat. Saya dan suami memanjatkan syukur. Alhamdulillah. :) Tahniah buat Hazwani Yusof dan suami, Mokhtaruddin Ahmad.

Khadeeja bt Mokhtaruddin Ahmad. Born on 10th June 2011

Tahniah buat kalian semua, semoga diredhai Allah dan kehidupan bertambah ceria. Doakan saya pula, yang bakal berjuang dalam bidang yang sama. Menjadi ibu mithali dan isteri yang solehah. Ameen.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.

Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...