Tuesday, May 24, 2011

Langkah Baru

Salam

Sudah hampir 3 minggu saya menjalani latihan praktikal. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil iktibar. Tentang bagaimana seharusnya agama Islam itu menjadi pebimbing kehidupan bagi mengelakkan kita dari terus menerus dalam kegelapan. Saya tiada daya, mahu menyuarakan segala yang terbuku terasa seperti tidak mampu. Pengenalan yang tidak sampai sebulan tidak memungkinkan sebarang teguran. Yang saya mampu kini hanyalah memberi contoh yang terbaik, dan sesekali bertegur bagai bertanya bagi mengingatkan mereka. Apa-apa pun doa saya, semoga Allah tetap mengira tindakan saya ini sebagai amal makruf nahi munkar, dalam kategori selemah-lemah Iman mungkin.

Barangan keperluan bayi semakin mencukupi, hanya tinggal beberapa perkara yang memerlukan saya dan suami menabung. Babycot, Baby Tub, Set Barut dan Lampin Bayi, itu saja yang tinggal. Dalam saya menulis checklist, baru saya tersedar saya tidak mempunyai checklist untuk diri sendiri. Saya menarik nafas beberapa ketika, memikirkan apa yang patut saya lengkapkan untuk diri sendiri sebagai kelengkapan bersalin, kosong. Hanya beberapa perkara sahaja yang terlintas. Stokin, Maternity Pad dan Set Bersalin. Mungkin saya perlu lebih bertanya, luaskan sumber, mungkin dengan melayari internet.

Semenjak menjejaki bulan ke 7 kandungan, saya mula merasakan sakit-sakit yang menyengalkan pada perut. Kata teman sekerja, itu hanyalah kontraksi palsu yang dia sendiri pun pernah alami semenjak usia kandungan 7 bulan. Saya agak kerisauan sebenarnya, dengan rehat yang kurang cukup dan rasa lemah yang amat sangat, saya takut akan melahirkan bayi pramatang. Minta semuanya di jauhkan. Nauzubillahiminzalik. Saya mahu semuanya baik-baik belaka. Semoga Allah mengabulkan doa seorang bakal ibu, yang hatinya saban hari kegusaran memikirkan tentang kemungkinan kelahiran anak pertama ini adalah pengakhiran kehidupannya. Nauzubillahiminzalik.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga di dalam golongan yang memperjuangkan agamanya. Yang sentiasa mencari keredhaannya. Ameen.


Semoga setiap amalan diterima, setiap langkah dibawah redhaNya. Ameen.

2 comments:

  1. maternity pad kt giant or tesco ade jual...brand kotex xslh aku color dia color pink..or ko bleh tnye promoter yg jge kt ctu...then set bersalin tu kakak aku ckp jgn beli sendayu tinggi pnye sbb dia panas..nnt boleh panas dlm...pastu jgn lpe beli minyak pati ikan, sgt baik utk luka dalaman...

    k tu je khidmat nasihat dr aku berdasarkn pengalaman aku yg sntiasa jd org suruhan & peneman utk beli brg keperluan ble kakak or adik aku nk beranak n berpantang ..hehehe...

    oh lg satu, nnt pas bersalin dlm mggu ke 3 or 4 cmtu la kne p berurut..aku bleh rekemen ko mkcik tukang urut ni utk ko...

    ReplyDelete
  2. Salam

    Dear Niza yang disayangi,

    Thanks for the suggestion psl Maternity Pad and Set Bersalin. Aku igt nk Set Bersalin tu nak pakai Mustika Ratu pnya. Ok x ek? Pati Ikan Haruan Polleney ek...ok, insyaAllah aku letak dlm checklist.

    Bab tukang urut tu mak aku dh ada orang. kwn dia kt tmpt ngaji jgak. Anyway, thanks Niza :)

    ReplyDelete

Feel free to leave words. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...